APRC Malaysia 2011: Aksi Bermula di Johor Bahru

APRC Malaysia 2011 -01.01

Pemandu dari Jepun, Yuya Sumiyama dan Rifat Sungkar adalah pemandu terpantas di kalangan peserta lain pada hari pembukaan Rali Malaysia 2011 di Johor Bahru semalam.

Bersaing di atas litar berjarak 2.5km di dalam peringkat perlumbaan khas [super special stage], kedua-dua mereka daripada pasukan sama iaitu Cusco Pertamina, berlumba dengan kereta yang sama iaitu Mitsubishi Evo X dan juga mencatat masa yang sama iaitu 2minit 02.1 saat.

Pencapaian tersebut pastinya akan meningkatkan keyakinan mereka pada peringkat seterusnya di Ladang Tai Tak pada Sabtu dan Ahad.

APRC Malaysia 2011 -01.03

Pemandu dari Scotland, Alister McRae dari pasukan Proton Motorsports di tempat ketiga dengan masa 2minit 02.5saat manakala pemandu dari India, Gaurav Gill yang memandu kereta Mitsubishi Evo X di tempat keempat dengan masa 2minit 02.7 saat.

APRC Malaysia 2011 -01.02

Pemandu Malaysia terbaik pula ialah Muhammad Rafiq Udhaya iaitu juara Kejohanan Rali Malaysia musim lepas yang mencatat masa 13 terpantas iaitu 2minit 18.9 saat dengan kereta Subaru Impreza.

APRC Malaysia 2011 -01.04

Sebanyak 35 buah kereta bersaing di dalam pusingan pembukaan rali ini.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

3 comments

    • jelapangPadi on 02/04/2011 at 4:24 PM
    • Reply

    ehem-ehem…saudara karam mana….??

    • YuRi6996 on 02/04/2011 at 10:47 PM
    • Reply

    MK team
    kindly review & comment this post

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/03/protectionism.html

    love by me, but not for many

    • mat zam on 03/04/2011 at 6:46 PM
    • Reply

    best giler APRC….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.