APRC Hokkaido 2010: Mata Untuk Proton!

ProtonS2000.AprcHokkaido.011

Berita ini sebenarnya lambat hampir seminggu. Saya pun tak terasa teruja sangat nak menulis awal sebab keputusan Proton tidak berapa cemerlang. Walaupun begitu, tim tetap membawa pulang 3 mata berharga.

Pada leg pertama, tayar Neo S2K Alister McRae 2 kali pancit dan kehilangan 1 minit. Ternyata hari tersebut bukan milik mereka apabila batu merosakkan sump kereta dan kehampaan terus melanda kem Proton apabila enjin kereta Chris Atkinson mengalami masalah injap bengkok.

ProtonS2000.AprcHokkaido.012

Proton memulakan hari kedua dengan format Super Rally, kedua pemandu mencatat masa dalam kelompok 5 terbaik sehinggalah Chris terpaksa bersara kerana masalah enjin. Alister pula membawa keceriaan kepada tim dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga seterusnya menjamin mata perlumbaan untuk Proton.

Walaupun keputusan biasa-biasa saja tetapi tetap berguna sebagai input untuk menambaik kereta. Dan suatu mengenai Jepun ialah rali memang budaya mereka. Mereka tetap menyokong Proton walaupun kita tak pernah menjual kereta di sana. Mungkin sebab pemandu tim memang sedia terkenal but at least we got them to support us and seeing a Japanese holding Jalur Gemilang is a sweet thing! [heheh, susah sangat nak tulis BM].

Foto: Proton Motorsports

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 30/05/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    i first..

    sekali mamat jepun pegeng bendera tarbalik daa…
    Dan kalau x silap i,gmbar kt atas tu ialah toyota varis yg ditaja oleh petronas…??..btul ker?

    • speed on 30/05/2010 at 10:28 AM
    • Reply

    xpe dimaafkan la org jepun pegang terbalik, and petronas kat jepun sponsor kat malaysia?

    • pelug on 30/05/2010 at 11:12 AM
    • Reply

    terbang tinggi tinggi proton satria neo…….
    rasa macam nak beli sebijik bawak

    • pelug on 30/05/2010 at 11:13 AM
    • Reply

    pegi menoreh….sambungan komen gua

    • azwan nbs on 30/05/2010 at 2:32 PM
    • Reply

    jom…

    • carragher27 on 30/05/2010 at 8:01 PM
    • Reply

    Gua dah ada berita pasal taxi ride… hehehe
    besok pagi gua umum kat Wall mukabuku GT..

    • pendita_gila on 31/05/2010 at 12:32 AM
    • Reply

    gua menanti penuh kesabaran

    • pendita_gila on 31/05/2010 at 12:40 AM
    • Reply

    min jgn lupa kasi tag sama gua

  1. yaa..taxi ride tu ada dimaklumkan olehmat pon… jgn tak jadi nnt gua ride jazz lu matpon

    • on 31/05/2010 at 9:02 AM
    • Reply

    Naik teksi proton iswara kat dlm KL je la..haha..tak sabo nak tunggu good news nih..

  2. alaaa.. mane jepung tue perasaan.. pasal bendera diorang terbalik pun namapak sama.. hahaha..
    toyota Vitz tue bukan direct sponsored by Petronas.. mungkin agent minyak pelincir kat sane sponsor dia.. bukan direct..
    cam kite larr.. main rally ader orang bagi selupuk duit 2,3 riban.. suruh taruk nama minyak yang dia bawak.. ape lagi.. kasi taruk satu keta lar..
    lagipun minyak Petronas kan glamour dgn motorosports.. baru nampak team besor.. tapi itu wa rasa larr.. kalu lu ornag rasa lain.. wa tak tau.. lidah masing2 beb.. MAtpon rasa char kueh teow jerk.. hahah Mat pon.. call aku.. ader project baik nyer.. hahha

Leave a Reply to pendita_gilaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.