APRC China 2010: Akhirnya Proton Juara!

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.14

Setelah kemarau keputusan cemerlang akhirnya Pasukan Rali Proton R3 menjadi juara pada pusingan akhir Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] di China. Sebelum perlumbaan bermula saya agak skeptik dengan prestasi Proton sebab keputusan sebelum ini mengecewakan. Kebiasannya Proton Satria Neo S2000 akan tersangkut di tengah-tengah perlumbaan sedang rancak dan sebab itu saya tidak siarkan pusingan sebelum ini. Tambahan pula harapan peminat Proton begitu tinggi dan lebih baik saya simpan sendiri sahaja.

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.09

Walau bagaimanapun saya yakin ramai yang akan tersenyum gembira dengan keputusan kali ini. Proton memenangi podium pertama dan kedua serta tempat kedua dan ketiga Piala Asia! Keseluruhannya pasukan memenangi tempat kedua dalam kategori pembina di hadapan Subaru dan Mitsubishi! Hero memang habis lambat!

Alister McRae menjuarai perlumbaan manakala Chris Atkinson di tempat kedua APRC dan untuk Piala Asia pula McRae di tempat kedua dan dituruti Atkinson di tempat ketiga. Alister juga mencatat kemenangan peribadi dengan menduduki tempat ketiga kategori pemandu APRC.

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.10

Walaupun mencatat pelbagai kemenangan tetapi ianya tidak mudah buat Alister dan Atkinson. Pada hari Sabtu tayar Neo Alister pancit manakala tayar Neo Atkinson pula tiga kali pancit! Jalan memang kasar. Hari terakhir perlumbaan ternyata milik Alister dan Atkinson, mereka berlumba bersungguh-sungguh di belakang Hiroshi Yanagisawa dari pasukan Cusco Racing dengan kereta Mitsubishi Evolution 10 dan selang beberapa ketika Yanagisawa terpaksa bersara sebab masalah mekanikal dan apa lagi, podium 1-2 milik Proton!

Di kala sesetangah orang memandang sinis dan tidak yakin akhirnya Proton menjadi juara tambahan pula pasukan baru setahun jagung dengan teknologi yang masih dalam pembangunan.

Akhir kata, tahniah untuk pasukan Rali Proton R3!

Sumber: Proton Motorsports

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • Sekeru longgaq on 09/11/2010 at 8:31 AM
    • Reply

    Tahniah Pasukan Rali Proton R3…..

    • jelapangPadi on 09/11/2010 at 8:52 AM
    • Reply

    gua tabik..toing2

  1. tahniah.

    • pak mat tempe on 09/11/2010 at 9:13 AM
    • Reply

    pak mat ucapkan taniah

    • e-pi on 09/11/2010 at 10:17 AM
    • Reply

    tahniah…

    • belalang_kontot on 09/11/2010 at 2:47 PM
    • Reply

    tahniah!!!yeah…

    • bimmer_drifter on 09/11/2010 at 3:08 PM
    • Reply

    syabas…..evo dan subaru…mkan asap…..

    • exJAVANESE on 09/11/2010 at 3:17 PM
    • Reply

    Alhamdulillah..
    Nama proton mkin banyak meniti dibibr dan dimata masyrkat dunia!
    Teruskan! Selepas ni, harap pemandu rally anak watan kita pula yg memandunya dengan kejayaan yg gemilang…insyaAllh…
    (apsal ayat gua tibe2 skema nih?? hahahha)

    • jokong on 09/11/2010 at 3:57 PM
    • Reply

    kerete kodok ade x

    • wirakarat on 09/11/2010 at 5:26 PM
    • Reply

    tahniah!!!!!

    • Made on 09/11/2010 at 6:14 PM
    • Reply

    Terbaik.rally tempatan sory gua tak minat.
    kereta x hensem.

    • madee on 09/11/2010 at 7:19 PM
    • Reply

    dah lama gua tungu2 ni..

    • alibaba on 09/11/2010 at 10:31 PM
    • Reply

    tahniah proton! aku harap nanti proton boleh kuarkan keta satria neo replika s2000 aprc sempena kejayaan nih.hah,lagi satu! bung mokhtar patut tau cite nih.

Leave a Reply to jokongCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.