APRC Australia 2011: Alister McRae Mendahului Hari Pertama Rali

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.01

Pemandu Proton, Alister McRae berusaha keras untuk mendahului hari pertama Rali Antarabangsa Queensland. Beliau ketinggalan sebanyak 50 saat dan jatuh dari tempat kedua kepada dua belas selepas Proton Satria Neo S2000 yang dipandunya terhenti sejurus keluar dari laluan air di peringkat perlumbaan [ss] ketiga. Tidak mahu menyerah kalah, Alister kembali berlumba dengan garang apabila memenangi tiga SS dan seterusnya membuka jurang di hadapan Nathan Quinn di tempat kedua dengan kereta Mitsubishi Evolution.

Sementara itu, seorang lagi pemandu pasukan iaitu Chris Atkinson dibayangi prestasi tahun lepas apabila keretanya mengalami masalah. Selepas mendahului dua SS, Neo S2000 yang dipandu gagal untuk dihidupkan akibat masalah alternator. Chris walau bagaimanapun boleh meneruskan perlumbaan di bawah format super rally.

Satu lagi pencapaian pembakar semangat diraih oleh pasukan rali Proton Cusco apabila mereka mendahului kategori pacuan dua roda [2WD] dengan jagoan rali Karamjit Singh di tempat pertama manakala Akira Bamba di tempat ketiga.

-Mak/d Uia-

Muhammad

2 Comments

Kata Anda//