Anda Peminat Warna Merah? Kini Honda HR-V Ditawarkan Dengan Warna Kegemaran Anda

image

Selepas penawaran Honda Jazz dan City berwarna merah kini Honda Malaysia melancarkan warna Ruby Red Pearl untuk model HR-V.

Malah tawaran Honda tidak terhenti di situ tetapi turut didatangkan dengan naik taraf lain yang menambah lagi seri SUV kompak tersebut. Di antara perubahannya ialah roda aloi bersaiz 17 inci dengan rekabentuk baharu untuk kesemua varian HR-V dan aksesori opsyen ‘rear shelf’ yang berharga RM550.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, sebanyak 28,500 unit HR-V telah terjual sehingga April 2016 dan terus kekal menerajui segmen SUV kompak.

image

HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8 SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT Earth Dreams dan dianugerahkan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan.

Selain dari status itu, kesemua varian HR-V mencatat skor 5 bintang di dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual sebanyak 1,500 unit HR-V setiap bulan dan optimis bahawa warna Dark Red Ruby Pearl akan menerima sambutan positif dari pelanggan.

Warna sedia ada HR-V ialah Tafetta White, Modern Steel Metallic dan Ruse Black Metallic.

image

Honda Malaysia turut memaklumkan walaupun permintaan HR-V tinggi namun mereka berjaya mengekalkan tempoh menunggu di antara 1-2 bulan.

Produksi Honda Malaysia juga bakal meriah pada bulan depan apabila mereka melancarkan Honda Civic baharu yang dikatakan model terbaik di dalam sejarahnya.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.