Amid: URO Vamtac, Malaysian Style!

UroVamtac00

Korang mesti heran, pasal apa aku asyik-asyik tulis pasal cerita askar? Ye laa, nak baca pasal kereta modified, korang beli je la majalah.

Ok, mungkin korang pernah ternampak kenderaan yang rupa macam HUMVEE tapi bukan HUMVEE dengan celoreng askar kita atas jalan. Sebenarnya, menda ni nama dia URO Vamtac dan berasal dari Sepanyol, bukan Amerika Syarikat.

UroVamtac01

Kenderaan ni asalnya direka untuk tentera Sepanyol yang memerlukan satu kenderaan pengangkut taktikal baru. Rekabentuknya sememangnya banyak meniru bentuk HUMVEE tetapi URO Vamtac ini dikatakan lebih baik dari segi prestasinya berbanding HUMVEE.

Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah bersetuju membeli 85 buah Vamtac dengan kontrak bernilai RM56.1 juta. Syarikat tempatan, MASDEF telah diberi kepercayaan untuk mengimport masuk dan mengubahsuai Vamtac mengikut kehendak tentera darat kita.

Antara konfigurasi yang dibekalkan ialah sebagai pelancar peluru berpandu darat ke udara Igla, pelancar peluru berpandu anti kereta kebal Metis, pelancar grenad automatik 40mm dan pembawa mesingan berat 12.7mm. Bentuk badannya yang besar dan luas membuatkan Vamtac cukup sesuai dijadikan pengangkut senjata berat.

-Amid-

Matpon: Gua suspek macam ada yang tak kena je dengan artikel Amid ni.

Sumber gambar 1: Oscar / Wikipedia Sumber gambar 2: Porras / Wikipedia keduanya dengan lesen ini.

Silakan kongsi:

27 comments

Skip to comment form

    • najeep on 15/11/2009 at 11:27 PM
    • Reply

    first…
    gua sokong jer army kita pakai nie…gua suka
    ringkas benor artikal nie…apasal amid?

    • kete_hitam on 15/11/2009 at 11:48 PM
    • Reply

    bagus utk org yg x suka membaca
    tp… gambar kene lebeh lg la……

    • Org miskin on 16/11/2009 at 12:15 AM
    • Reply

    Ok gak keta ni, kalau bwk balik kg ni gerenti gempak….tp agaknye berapa harge die haa……

    • mr_konet on 16/11/2009 at 12:26 AM
    • Reply

    harge die? cube tgk.. 85 bijik dgn harge RM56.1 juta= RM660,000..huhu dh leh angkat skyline gtr baru tu.. tp sape2 kampung die kat utan blantara lehla beli ni.. gile best

    • Org miskin on 16/11/2009 at 12:55 AM
    • Reply

    tu harga borong, klu beli satu mau lebih sejuta tuuu…..
    Klau aku tengku mahkota mane2 negeri mau aku mintak bapak aku beli satu utk aku niii…
    tapi aku org miskin beli yg scale model pon dah bangga habis…

    • seandexters on 16/11/2009 at 4:34 AM
    • Reply

    Askar Malaysia ni memang giler kreatif bab2 modified military vehile nih. Jurulatih aku cakap, kalau vehicle tu import dari USA then after a few year askar USA datang buat latihan kat sini, diorang pun tak boleh nak kenal yg vehicle tu keluaran negara dioarang….haha

    • carragher27 on 16/11/2009 at 7:08 AM
    • Reply

    sekali sekala baca pasal askar ni best jugak sebenarnya.. itu hari kereta kebal.. er, amid pasni kasik review pasal jet pulak ke..

    • Han on 16/11/2009 at 7:58 AM
    • Reply

    jangan dibubuh bodykit ah beng suda..
    kat mana ada jual ha scale model mende ni??

    • pelug on 16/11/2009 at 8:42 AM
    • Reply

    banyak negara 1malaysia berbelanja beli barang untuk defence…
    jom main perang2…pakai yang betol punya.

    • ala lingkup on 16/11/2009 at 9:12 AM
    • Reply

    apa nak dikato

  1. oh…style…..mcm gua….

    • kete kite on 16/11/2009 at 9:37 AM
    • Reply

    Bagus2.. aku sokong kalo kerajaan tingkatkan infrastruktur pertahanan negara… weldan3

    • kete kite on 16/11/2009 at 9:49 AM
    • Reply

    Bagus2..

    • Longman on 16/11/2009 at 9:49 AM
    • Reply

    ni buat main 4×4 challenge sedap nih….

    • lesen_L on 16/11/2009 at 10:32 AM
    • Reply

    kena bukak ketegori baru ni…

    • alang saro on 16/11/2009 at 1:47 PM
    • Reply

    vamtac..ganas dan brutal..memang best kalau digunakan jntuk sukan 4wd…

    • luqae on 16/11/2009 at 3:32 PM
    • Reply

    tukar jadi website askar la hehe…garenti kerjaan support gear tinggi ni!mana tau gov bg budget 100k setahun ke hehe.

    • dato k on 16/11/2009 at 4:08 PM
    • Reply

    ilmiah…

    • pendita_gila on 16/11/2009 at 6:19 PM
    • Reply

    amid dah berubah….dgr2 die nk join team ahh beng…
    mat cuba ko bongkar misteri ni

  2. Malas itu amalan mulia

    GuabukanMatpon

    1.11 pagi 171109

    • on 17/11/2009 at 11:14 AM
    • Reply

    Kang aku tulis panjang2 kang, korang gak boring nak baca… Untuk maklumat, penghantaran Vamtac ni belum selesai lagi, dan gambar dia cukup susah nak dapat. Ada pun gambar besar taik hidung je, tak best nak tempek kat sini.

    Nanti aku update lagi kalau dapat berita baru…

    • gunners on 17/11/2009 at 4:12 PM
    • Reply

    tengok gambo #1,ade muke-muke humvee,tapi dari sudut gambo #2, nampak cam land rover plak….

    • on 18/11/2009 at 8:42 PM
    • Reply

    sekadar utk pengetahuan…teringat gua lagu “sekadar dipinggiran”

    • achapp on 21/11/2009 at 11:28 PM
    • Reply

    aku ade nampak humvee sojar ni konvoi rmai2 kt melaka dlm bln 10 yg lpas.. tp x pasti sme ada humvee us @ humvee mdm (malaysia domestik market)..

    • apex on 20/01/2010 at 5:55 PM
    • Reply

    aku rase askar pun turut terpengaruh dengan majalah modified kerete ni sampai keta kebal pun dia nak bikin

    • apex on 20/01/2010 at 5:57 PM
    • Reply

    aku rase askar pun turut terpengaruh dengan majalah modified kerete ni sampai hummer pun dia nak bikin ade
    kangoo bar besar tu…

Leave a Reply to pelugCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.