Alat Ganti Terpakai Diharamkan, Apa Nasib Pada Jun 2011?

Halfcut.02

Datang bulan Jun akan datang selain dari ulang tahun GT yang kedua ialah pengharaman import alat ganti dan komponen kenderaan terpakai. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan semasa semakan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2009 kerana faktor keselamatan dan alam sekitar.

Bak kata Matpon, sekarang macam mana kira? Untuk informasi pembuat dan yang melulus dasar kerajaan, apabila pengguna menggantikan alat ganti rosak dengan yang terpakai maknanya telah berlaku proses kitar semula di situ. Kitar semula adalah kerja yang mulia, kita kurangkan pembaziran, guna mana yang ada. Senang cerita, formulanya seperti di bawah:

Alat ganti terpakai = Murah dan kitar semula, tidak perlu korek bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Alat ganti baharu = Mahal, perlu banyak proses produksi, korek muka bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Sekarang, jelas yang mana lebih mesra alam.

Selain dari itu, dakwaan yang lain ialah sebab keselamatan.

Alat ganti terpakai = Kemungkinan tidak selamat kerana barang terpakai, memang logik ringkas.

Alat ganti baharu = Logiknya lebih selamat kerana baru diproduksi tetapi masih tidak terjamin kerana tiada standard yang menjamin keselamatan alat ganti setakat ini. Lebih dirisaukan jika alat ganti terpakai diharamkan lebih banyak barang sub-standard berlegar dipasaran. Sudah tentu tidak selamat.

Halfcut.01

Ada pro dan kontra dalam dasar baharu ini, kerajaan perlu pastikan dalam apa dasar pun yang dibuat tidak membebankan rakyat. Apabila Perdana Menteri melaung-laungkan slogan rakyat didahulukan maknanya keuntungan kapitalis-kapitalis ditolak ke tepi, rakyat diutamakan. Jika hendak dibuat juga, bentangkan kajian-kajian dan dapatan-dapatan akademik supaya senang hendak dibuat penerangan kepada rakyat.

Halfcut.03

Walau bagaimanapun secara jujurnya saya tidak merasa risau dalam hal ini kerana industri alat ganti terpakai melibatkan sebahagian besar peniaga Cina. Dalam keadaan sokongan pengundi Cina semakin berkurangan sudah pasti kerajaan tidak mahu kehilangan undi mereka.

Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek [CSL] mendakwa industri ini bernilai RM10 bilion dengan 5,000 peniaga dan 100,000 pekerja. Bahkan, Malaysia menjadi hab import ke Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan Jepun. Tambah beliau aspek keselamatan untuk sebahagian besar alat ganti sukar untuk dinilai kecuali item utama seperti kotak gear dan pencengkam brek.

Ini menteri yang kata, bukan penulis GT yang kata. Untuk info sekutu, CSL telah pun membawa hal ini ke peringkat tinggi negara dan pastinya ini adalah isu penting dalam komuniti perniagaan Cina. Jika Barisan Nasional menganggap pengundi Cina penting lah.

-Mak/d Uia-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajisemulahentiimportalatterpakai/Article

Silakan kongsi:

58 comments

Skip to comment form

  1. first of all.. Menteri2 atas nuuu semua drama queen.. kenapa gua cakap camtu? sebab nak PRU laa jadi timbulkan satu isu nasional then take another step back after some consideration and being a good listener lah.. maka rakyat akan rasa kerajaan prihatin..

    sesuatu isu atau pembaharuan yang dibawa ke mesyuarat kabinet mesti dah ada persetujuan umum so kalau akal diguna dikepala dgn baik. Insyaallah keputusan yang dibuat mesti dpt dicerna oleh rakyat dgn baik bukan main hantam kromo

    peace..

  2. Gua sokong en sepat…kena tidak dari dulu je diharamkan…nape tetiba tahun ni plak…tepuk dada tanya hati…lu pikir la sendiri( bak kata Nabil Raja Lawak)

    • Datsun Buah Kana on 18/01/2011 at 9:54 AM
    • Reply

    Pasni apa plak… pasal AP?

    • Salem Anak Leman on 18/01/2011 at 11:20 AM
    • Reply

    hmmm merana kite. nak beli yang original dan baru mana mampu. pakai keter pun sebab xnak anak2 and bini kena ujan panas.

    kalau beli baru pun belum tentu original. byk yang fake.

    so satu2nya harapan, kite g kedai halfcut carik yg ori tapi terpakai. tengokla aku pangkah ape PRU nanti. bile lagi nak berubah?

    • itik_nila on 18/01/2011 at 11:42 AM
    • Reply

    klu baru pun tiruan ape ke halnye…….lg bahaya..baik pakai seken yg ori..dri baru yg tiruan….klu bandingkan ketahanan die..yg seken ori tu lagi tahan…….

    • nismo34 on 18/01/2011 at 11:59 AM
    • Reply

    – tarikh akhir Import Brg2 terpakai CKD(Halfcut) akan di kuatkuasakan dalam awal bulan 7
    – halfcut masih ada tp AP mengimport brg2 terpakai ni akan diberi pd 10 company shj dalam malaysia..so mana2 company halfcut yg tiada AP tidak dibenarkan mengimport brg2 terpakai ckd
    – 2 company yg dpt kenal pasti adalah FADER USED PARTS TRADING SDN BHD/Munlee Auto Parts Sdn Bhd mendpt AP mengimport halfcut
    – kerajaan telah melantik NAZA Group selaku pengeluar/penjual AP tuk sume brg spare part kenderaan & kenderaan ckd br & juga pengeluar AP untuk mengimport halfcut
    – lesen untuk mengimport bodyparts dan interior masih boleh di import dr japan
    – brg2 yg berkaitan dgn enjin dan performace kenderaan dimansuhkan

    • gunners on 18/01/2011 at 12:28 PM
    • Reply

    huh….. gomen ni teruk lagi dari ular dia punya belit….. kejap cakap tak naik, tau2 naik, kita tunggu jerrr……..

    • e-pi on 18/01/2011 at 1:44 PM
    • Reply

    ak nekad ubah gomen PRU ni…lantak la…ak dah xtahan

  3. ada can undang-undang dunia yang satu ni akan ditangguhkan atau diharamkan terus..

    • belalang_kontot on 18/01/2011 at 5:27 PM
    • Reply

    cam yg nismo34 tulis tu, nampak cam pass kat kroni2 je…shilakhe…

    • yuri on 18/01/2011 at 6:43 PM
    • Reply

    perghhh…spare part nye pasal
    isu2 yang lain semua tolak belakang
    gilelah korang…

    • pelug on 18/01/2011 at 7:48 PM
    • Reply

    tak sempat la gua tukar enjin wira buruk gua..xkan nak pakai campro cps kat wira..mengigau ker aper???

    • Salem Anak Leman on 18/01/2011 at 8:08 PM
    • Reply

    @yuri.. kami bkn menolak isu lain.. isu lain pun kami alert juga.. dah topik ni psl halfcut keter, sudah tentu kami bincang psl halfcut kete.

    takkan nak kami bincang pasal ulam mana yang sedap kalau cicah sambal belacan? aiyo..

    • smut_liar on 18/01/2011 at 9:49 PM
    • Reply

    jgn tkut.. dah sampai masanya nanti mesti dia tukar lain plak..
    tak caya tunggulah nanti…
    kera di hutan mesti disusukan…

    • 4g93p on 18/01/2011 at 10:13 PM
    • Reply

    nk sokong ker kerajaan dacing ker pru akan dtg?

    • hasang on 18/01/2011 at 10:22 PM
    • Reply

    Steady la sheikh !
    Mari kita bersama2 Membangun Bersama ISLAM !

    • segansilu on 18/01/2011 at 10:59 PM
    • Reply

    gile siot..gua mau hacut!!!

    • azwan nbs on 18/01/2011 at 11:19 PM
    • Reply

    ni la kereajaan….
    rakyat dimiskinkan….

    • cb400vtec on 19/01/2011 at 10:11 AM
    • Reply

    Salem Anak Leman,
    aiyo..lu phmkn sket ayat yuri tu..
    bkn suh bincg ulam mana yang sedap kalau cicah sambal belacan tp isu2 lain yg bley korg pertimbangkn utk tukr gov..
    aku pn panas ati ngn gov ble dpt tau psl laporan audit negara tp aku plus minus ngn isu2 lain pmbangakng,sme je jack..sume manusia..perangai msg2 sme,susah nk cri yg btul2 ikhlas…
    tp klu pas solo gua sokong 100%..

    • bos on 19/01/2011 at 12:14 PM
    • Reply

    duit didahulukan rakyat dimiskinkan.ade gaye da slogan tu

  4. haram jadah…

    • karim Jantan on 19/01/2011 at 5:21 PM
    • Reply

    @bos.. mmg mantap la slogan lu tu. hik hik.
    membangun bersama islam!

    • belalang_kontot on 19/01/2011 at 8:17 PM
    • Reply

    pokok pangkalnye kembali kepada islam…tu je…barulah negara membangun+diberkati…

    • bos on 19/01/2011 at 11:43 PM
    • Reply

    bli halfcut xde hukum riba.amacam?

    • jatd on 20/01/2011 at 1:03 AM
    • Reply

    bab AP klu nk kurang pon x pa tp jgn lupa biaq bg sma rata…jgn nk bela 1 kaum ja….yg dok beli brg hcut pon bleh pangkah jugak….lg ramai plak tu..pak din kt umah aku ni dok penin la ni..enjin teksi dia bru tukaq…klu xcdent mna nk cari tangki/intercooler/condensr yg murah2.dah la nk dapat plangan susah…buat yg dok kt puncak tu INGAT TANGGA SAPA YG PEGANG,klu depa tendang tangga tu ………

    • dedi on 20/01/2011 at 6:23 PM
    • Reply

    fuh….panas tul isu halfcut…sampai masuk campurtangan politik…mmg btl apa yg dinyatakan sahabt2 disini…Kerajaan tolong fikirkan untuk rakyat..bukan nk kayakan kroni jer…ingatlah..kuasa rakyat..kuasa keramat…

    • bos on 20/01/2011 at 8:52 PM
    • Reply

    buat stail time minyk nek.pakat bli halfcut bnyk2.wat simpanan

    • NurChahaya on 20/01/2011 at 10:33 PM
    • Reply

    Aku risau, peraturan tu boleh menyebankan masalah penyeludupan. Contoh macam Beras. 1 Company je dapat AP. Tapi, berapa ramai yg seludup. aku tak kata, kalau ramai yg dapat AP, penyeludupan akan takde. Penyeludupan tetap ada, cuma kuranglah sikit. So, bila ramai boleh bawa masuk secara halal, maka sapa dpt untung? Gomennnnnnn jugakkk…
    Pikir-pikirlah…

    • yuri on 20/01/2011 at 11:12 PM
    • Reply

    saye harap matpon n geng blh terangkan isu hakat ni dgn teliti
    nmpk gaye ramai yg salah faham nih
    bile details xclear,fitnah melande mat…

    • bos on 21/01/2011 at 10:01 PM
    • Reply

    yuri:btul gak tu.ktorang kt cni xnk wat tmbh dosa sbb halfcut.pssstt,klu pm kte men halfcut gak die wat x bnd cmni?kekeke

    • M13 on 22/01/2011 at 8:12 AM
    • Reply

    Ni nak suruh pakai spare part Cap Ayam kot. Dasar telujuk lurus kelingking berkait.

    • megat putra kuning on 22/01/2011 at 11:08 AM
    • Reply

    gomen nk slamatkan proton n kepentingan2 gomen dlm isu otomobil..
    gomen xtau xramai rakyat malaysia mampu nk pakai ferrari n xnk buang masa buat loan.bank nk bangkrap kot…oii bank2 semalaysia,nak suruh org pakai kete baru,korang nk untung buangkanlah birokrasi2 korang tu…jgn jd bodoh…kerana halfcut ramai rakyat malaysia menceburi bidang otomobil,ramai ada bakat drift,menteri2 just tau ckp,myk claim,..kan ckp lbih2 kene i.s.a..
    gomen xnk mng PRU kot….

    • jatd on 23/01/2011 at 2:03 AM
    • Reply

    akumintak2ada la ahli parlimen baca kita punya komen….mna nk p tau isu ni bleh d bentang kn kt sana…..ada ka mat?

    • bawang on 23/01/2011 at 2:38 AM
    • Reply

    pangkah ler dacing…kalau dacing kalah..sape nk kayakan kroni dia lagi..?cian kat kroni dia..kita orang marhein nih..memang kena lipat kat pemerintah jer lah

    • bos on 23/01/2011 at 12:55 PM
    • Reply

    ble rakyat men drift mle la ckp drift tu sukan 1malaysia.npe xckp 1jepun?xpun 1 dunia?

    • members 69 on 26/01/2011 at 2:20 PM
    • Reply

    duit d dahulukan rakyat kelaparan…ni lah kerajaan 1 malaysia yg korang ramai sokong.tak reti2 ker.suma 1 malaysia.rasuah 1 kerajaan.lu pikirlah sendiri

    • members 69 on 26/01/2011 at 2:27 PM
    • Reply

    pak menteri mana pergi half cut.kita yg bawah je gi half cut sebab tu lah diorang tak kisah…yg penting perut diaorang kembung.perut kita apa peduli.

    • megat putra kuning on 30/01/2011 at 2:09 PM
    • Reply

    pak menteri tau lepak je…seepatah haram pon xphm apa tu half cut…

    • megat putra kuning on 30/01/2011 at 2:10 PM
    • Reply

    bg aku sbb halfcut org msia kreatif..pkir2lah sendiri….kalau org msia mcm tg.djan ley n ank2 koporat yg laen xkesah….

    • megat putra kuning on 30/01/2011 at 2:13 PM
    • Reply

    naza xyah seboklah nk import brg2 lusuh..xcukup lg ke hrta bapak yg ada???kami ni bukan mcm kowang byok pitis…tu pun kowang nak sebat???kowang tau ke lepak2 kat halfcut sambil minum air kotak?pegilah sebok dgn fellalli kowang tu…

  5. haram jad punyer dasar krajaan..pasni suh gomen mansuhkan sume cukai n duti.pas2 harga jualan sume jenis kete turun kpd kurang 50k..x kira yg import atau local.baru bleh xde half cut..buat dasar x pikir poket rakyat.PRU vote biar jatuh terguling gomen.baru tau rasa!!

    • rojak on 03/02/2011 at 1:14 PM
    • Reply

    hahaha,nampak sngat nak bagi untung kat kroni diaorg.ape la,menteri kat atas tue mane pernah cari brg spepart sendiri,kalo rosak tukar baru sebijik kete.kite yg kurang kaye cam diaorg halfcut la tmpat mencari sparepart.mmg la sekehenm tapi confem ori nak dibandingkan ngan baru yg kebanyakkan ciplak mane korg nak?

    • jamal on 11/02/2011 at 12:43 AM
    • Reply

    Alasan2 tu helah bela diri je.agenda lain tu yg sbnarnya.YB2 yg kita undi bknnya nak bersuara bantu rakyat.kalau pasal mengutuk,ketawa tbahak2,menghina,cari salah org,merendah2kan pembangkang kat dewan rakyat/negara diaorg la jaguh…semua jadi ‘YES-MAN’,PLAY-SAFE,nak jaga periuk nasik sendiri.Bila pilihanraya baru tehegeh2 jumpa org kg.yg paling maju lepas praya aku prasan YB lah,dulu pakai kereta msia,skrg dah pakai PRADO model Baru

    • M13 on 11/02/2011 at 3:18 AM
    • Reply

    Aku sokong Jamal! Dengan ada kedai 1/2 cut la aku belajar kenal enjin dan spare part kereta. Nak paksa rakyat beli kereta baru buat apa? Simpan duit beli beras, gula dan minyak lagi bagus..Nak kata laju kereta aku pun laju ada aircond dan takda karat pun. Cubala tengok Overhaulin, Topspeed dan rancangan seumpama dengannya. Kasihanlah kami rakyat mahrain ni. Pada mereka yang berkenaan wujudkanlah dasar yang membawa kemajuan kepada negara tanpa membebankan rakyat

  6. keh keh keh panjang berjela.. nota guacuma satu aje: That’s it. change govt next GE. TQ

  7. Sepat, tukar GD kepada GE ke..kehkehkeh

    • jamal on 11/02/2011 at 11:23 PM
    • Reply

    aku takdelah provoke smpi nak tukar pemerintah ke ape.x ambil peduli pun politik2 ni.cuma bijak pandai kata “lebih baik tidur dgn ‘setan’ yg kita kenal drpd tidur dgn ‘malaikat’ yg kita x kenal”.politik ni pusing2 org yg sama jgk…lepas ni aku rasa kita kena biasakan lepak tempat baru mcm kedai basikal,kedai akurium,kedai bunga,kedai pancing,kedai 2 ringgit…

    • geng kedai halfcut on 08/03/2011 at 8:55 PM
    • Reply

    ni anggaran sahaja
    1>>5000 kedai halfcut-4998 kedai halfcut..yg tinggal munlee n fader je…
    2>>25000 pekerja-20000 pekerja=5000 pekerja..20000 pekerja yg len klu x tanam anggur kene kerja kilang dgn basic RM700..
    3>>kedai besi buruk biase dpt 100tan sehari akan berkurang kepada 50tan..mne nak cari lg 50tan sehari.. termasuk kedai scrap plastik,minyak hitam terpakai,lebur aluminium..abis la klu kedai yg kecik2 gulung tikar la..
    4>>transport kontena, biase sehari 5000 kontena kuar masuk, akan berkurang 2500 sehari..so driver kontena x byk alaun dpt bile anta kontena..dgn ni driver lori kontena pon ak dikurang kan 25% drpd pekerja yg ade..bile kontena kurang masuk malaysia pekerja kastam pon akan dikurangkan..
    5>>kadar pengangguran malaysia akan bertambah 17%..bile byk orang menganggur,kadar jenayah akan meningkat 20%,, org yg kene ragut,pecah rumah,samun,rompak sana sini pon akan meningkat peratusnya..
    klu nak ikut besok pon x abis nak tulis ni..hahaha
    hope kerajaan kaji semula pasal ni..
    kereta kat japan sume murah2 je sbb japan pengeluar kereta sendiri.. tp malaysia ade gak proton tp kenapa mahal??

    • lelumber kuning on 28/03/2011 at 6:00 PM
    • Reply

    yg bercakap tu boley la
    diorang pakai BMW pakai mercedes
    diorang apa kisah pasal barang2 hapkat ni
    kita kalo kete rosak kdai hapkat la tempat cr barang yg murah
    diorg kalo rosak terus tukar kete baru
    elaun tahunan menteri brp?
    tak main la hapkat2 ni
    CHANGE GOVT NEXT ELECTION

    • spero kuning on 28/03/2011 at 11:48 PM
    • Reply

    aku mmg lama dah nak tukar gov ni..
    Buat keputusan tak nak ambik kira kesusahan rakyat..
    semua nak menguntungkan diorang dan kroni je..
    Bila sykt halfcut akan dikurangkan ke 5 major comp.. penyeludupan mesti meningkat.. pastu buat plak kempen beli dr kedai berdaftar sbb selamat..
    mcm kes rokok la.. bg harga naik.. orang beli yg seludup.. dah gov tak dpt income.. so kempen la rokok seludup bahaya.. ceh.. rokok yg bayo tax tu tak bahaya la konon..
    Ni la jd kalu buat sesuatu tu xde keikhlasan.. nawaitu bukan untuk rakyat..

Leave a Reply to ejuCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.