Aksesori Ironman 4X4 Kini Ditawarkan Di 38 Buah Cawangan Tan Chong Ekspres Auto Servis

ironman-4x4-navara-2016-01

Rustcare Sdn Bhd, pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4 kini menawarkan kelengkapan tersebut di 38 buah cawangan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS). Aksesori itu menawarkan pelanggan Navara sedia ada untuk meningkatkan tahap keselamatan, prestasi dan gaya hidup kenderaan 4×4 mereka dengan mudah.

Pelanggan kini boleh menghantar kenderaan 4×4 mereka untuk proses naik taraf suspensi di 38 buah TCEAS. Manakala perkhidmatan naik taraf bagi Ironman “Challenger Pack” dan aksesori-aksesori lain boleh disiapkan di 12 pusat perkhidmatan TCEAS terpilih.

Menjadi syarikat automotif pertama yang memperkenalkan aksesori 4×4 sebenar kepada TCEAS, Ironman 4×4 nyata menyerlahkan lagi penampilan garang Nissan Navara. Pelanggan boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan merangkumi Kit Suspensi, Pemijak Sisi dan Rails atau Bar Tunda Perlindungan di Belakang (Rear Protection Tow Bar). Pakej Challenger Pack, Challenger Pack PRO, Suspension Pack dan Suspension Pack Pro boleh didapati pada harga bermula RM5,000 hingga RM19,000.

Kami percaya bahawa dengan memperluaskan aksesori-aksesori ini untuk TCEAS, ia menyediakan lebih banyak peluang kepada pelanggan Navara yang sedia ada. Sama ada ia untuk kegunaan rekreasi atau komersial, kami di Ironman 4X4 boleh menyatakan ini adalah produk bertaraf dunia.” kata Pengarah Rustcare Sdn. Bhd., NicholasLing.

ironman-4x4-navara-2016-02

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Bukan itu sahaja, bull bars turut meningkatkan sudut mendekat dan perlindungan bahagian hadapan trak dengan signifikan. Manakala pemijak sisi dan rail dengan salutan serbuk besi 4×4 bukan sahaja memberi perlindungan kepada kenderaan anda. Malah memudahkan proses keluar masuk dari kenderaan.

Rear Protection Tow Bar Ironman 4×4 pula direka untuk memberi perlindungan terbaik dan gaya kepada Nissan Navara. Pada masa yang sama menawarkan kemudahan high light jack points, penyangkut tunda bersepadu dan memaksimum jarak kelegaan tanah.

Sempena pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4, TCEAS akan memberikan tawaran pengenalan dengan diskaun ke atas semua pakej Ironman 4X4 termasuklah kos buruh dan aksesori. 

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman (suspensi sahaja) layak menerima jaminan produk selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km. Manakala aksesori lain hadir dengan jaminan selama setahun.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, kami berharap untuk terus berkembang untuk meningkatkan perkhidmatan kami. Dengan ini, kami percaya bahawa para pelanggan kami akan rasa lebih lega apabila menghantar kenderaan Nissan dan Infiniti mereka untuk Pusat 4S Nissan Glenmarie, serta perkhidmatan naik taraf untuk Nissan Navara yang sedia ada. Kami komited untuk berkhidmat para pelanggan kami dengan menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih menarik dan berkualiti,” kata Pengurus Besar Kanan Selepas Jualan, Alat Ganti & Bengkel TCEAS, Michael Yao.

Nissan Navara Ironman.2016.03

Selain pengenalan ini, TCEAS juga mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengedaran SUPAGARD yang pertama di Malaysia. Salun kereta dengan konsep ‘bilik Kaca-Cermin dan pendingin hawa’ di pusat 4S Nissan Glenmarie itu menawarkan perlindungan bertaraf dunia serta lebih nilai kepada para pelanggan Nissan.

Sebagai tambahan, Pusat 4S Nissan Glenmarie kini menawarkan khidmat servis, pembaikan dan diagnosis ke atas semua model Infiniti melalui Hab Servis serta Lounge Pelanggan yang baru.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838, atau Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Infiniti di talian 1800-88-3330.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.