Acara Belon Udara Panas “MyBalloonFiesta” Kini Kembali dan Lebih Dekat Dengan Kuala Lumpur

evening-show-will-start-at-6pm

Selepas 8 tahun diadakan di Putrajaya, pesta belon udara panas MyballonFiesta kini lebih hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur. Penganjuran tahun ini bertempat di Desa ParkCity dengan tema “Balloon in the Park”. Sebanyak 18 belas belon udara panas dengan pelbagai bentuk dan warna dijangka memeriahkan acara kali kesembilan ini. Acara belon udara panas akan bermula pada 10 hingga 12 Mac dari pukul 4 petang hingga 10 malam.

Pesta ini dijangka menarik pelbagai pengunjung tempatan dan luar negara.

Acara sebelah pagi dikhususkan kepada ahli MyBalloonClub manakala untuk orang ramai pula pada sebelah petang. Terdapat juga pameran Belon Udara Panas dan “Night Glow” dari Jumaat hingga Ahad.

tethered-balloon-rides-available-for-myballoonclub-members

Untuk tahun kedua berturut-turut, MyBalloon Fiesta menerima tajaan dari Kementerian Pelancongan, Republik Indonesia.

Terdapat juga aktiviti sampingan seperti aktiviti ekstrem manakala rakan kali ketiga iaitu Foodgasm akan menyediakan pelbagai hidangan dari vendor makanan.

Untuk memasuki fiesta ini, bayaran pengunjung awal ialah RM16 (2 hingga 15 Januari) untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.

layout-map

Tiket boleh didapati di outlet MyNews.com Lembah Klang bermula 16 Januari 2017 yang berharga RM21 untuk kategori umur. Tiket itu tidak termasuk bayaran menaiki belon udara. Tempat adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Acara Myballoon Fiesta 2017 dianjurkan oleh AKA Balloon Sdn Bhd.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.