Chevrolet Cruze Station Wagon: Wagon Yang Kacak!
Pasaran wagon di Malaysia ini sebenarnya unik. Jikalau zaman pertengahan 80an membawa ke era 90an, kereta berkonsepkan wagon ni cukup popular di kalangan peniaga pasar malam. Dengan harga yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik, maka secara tidak langsung ianya menjadi pilihan dikalangan peniaga indie pada waktu itu.
Tetapi pada zaman ini, entah mengapa tiba-tiba sahaja wagon ini diangkat menjadi premium. Sampaikan kereta yang boleh dianggap sukan [sport] seperti Evo pun turut diwagonkan. Harga jangan cakaplah. Memang takde semangat 1Malaysia langsung. Begitu juga dengan kereta-kereta yang berkategorikan dalam segmen D pun turut menerima tempias untuk diwagonkan. Kalau anda rasa, Cruze salon itu pun dah kelihaan kacak, apatah lagi apabila ianya dipanjangkan untuk menjadi seperti ini. Ternyata kekacakkan yang sedia ada diteruskan kepada model Cruze Station Wagon ini. Dengan ruang but yang memang luas sehingga mampu memuatkan sehingga 1500 liter cukup untuk mengangkut barangan berniaga ke pasar malam, itu pun jika anda tergamaklah. Akan tetapi jika anda jenis yang orang banyak duit, kereta ini cukup sesuai untuk dipakai untuk dibawa bersiar-siar diwaktu petang sambil membawa anak-anak berserta dengan tikar mengkuang dan lain-lain barangan untuk berkelah diletakkan di bahagian belakang.
Dengan dilengkapi enjin diesel 1.7 liter, angka 130hp memang sedang-sedang elok orang kata untuk menarik badan kereta wagon yang berat dan panjang ini. Sebenarnya kereta ini tidaklah panjang mana, tetapi lebih kepada ilusi mata apabila bumbung belakang ditarik sehingga ke hujung kerana panjang keseluruhan kereta ini hanyalah 4678mm, manakala untuk salon pula panjangnya hanyalah 4597mm.
Tetapi tahukah anda bahawa konsep kereta wagon premium di Malaysia ini tersangatlah kecil. Jauh benar beza dengan keadaannya di luar negara. Barangkali, faktor perbezaan darjat yang membuatkan kereta wagon premium kurang diterima di sini. Ok, sekarang ini saya nak beritahu anda satu rahsia, sebenarnya saya memang dah lama jatuh cinta kepada Chevrolet Cruze salon. Bila bubuh kit badan sama rim berbelas-belas memang nampak tak begitu baik [nampak jahat]. Memadangkan saya belum tergamak nak menipu slip gaji, maka ada eloknnya saya pakai dahulu Alza S2000 ini. Cruze Station Wagon ini akan mula dipamerkan kepada umum pada Geneva Motor Show bulan ini.
Sumber: Newspress
-C27-
Popularity: 15% [?]
Related posts:










Proton bila plak nak keluarkan stationwagon? Dulu masa Wira dalam production, dah ada prototype sebiji pakai body Libero…last2 ke parit..
Kacak mmg kacak, steady…
Mengikut data MAA, jualan CHEVY CRUZE untuk market Segmen C Malaysia tidak mendapat sambutan seperti mana HONDA CIVIC FD, NAZA FORTE, PROTON INSPIRA dan TOYOTA COROLLA. Malu jo, jenama KIA mengatasi CHEVY apa cer? Lu orang tengok jer jualan KIA FORTE laku macam K-Pop. Okey, gua peminat setia Girls Generation..terbaek~
Berbalik kepada topik di atas, design Chevy Cruze Station Wagon sangatlah BIASA-BIASA SAJE. Kalau lu orang perasan Chevy Cruze Salon terutama lampu belakang ada iras-iras Honda Civic. Tapi bila transform jadi Station Wagon cantik pulak gua tengok. Lagi best bila dilengkapi enjin Diesel 1.7 jo..Diesel tuu…
Gua percaya HYUNDAI ELANTRA MD & FORD FOCUS 2012 MK3 yang akan dilancarkan nanti akan mencabar market Segmen C. Inokom Elantra adalah kereta paling kontroversi sekali di Malaysia, apa cer Sime Darby asyik delay jer? Bila nak launch? Ternyata Sime Darby lagi teruk berbanding UMW..hampeh.
“Ok, sekarang ini saya nak beritahu anda satu rahsia, sebenarnya saya memang dah lama jatuh cinta kepada Chevrolet Cruze salon. Bila bubuh kit badan sama rim berbelas-belas memang nampak tak begitu baik [nampak jahat]”
Encik Azmin, Lu punya taste macam familiar jer. Adakah lu minat BMW?
Dalam wish list gua takde senarai Chevy Cruze. Memang tidak terpikir nak beli Cruze tapi gua minat Ford Focus MK3. Serius, Ford Focus 2012 sangat stylo dan sesedap rasa. Ford Focus F30 M3 custom..amacam? Steady~
sebenarnya gua tidak begitu minat dengan kereta wagon kecuali Caldina Gt4 turbo. sebab DNA gua jenis resing…dengan rega wagon rm145k, bagus beli Honda Accord Euro R, Mitsu Evo 8, Honda ITR DC5. hujung minggu buat JDM TT Gathering club….power~
gua dah decide..no more resing2.. gua want executive look.. sooooooo jeng jeng jeng
Sepat : power…no more resing ek
chevy aveo=daewoo
chevy cruze=opel?daewoo?
optra=suzuki?
chevrolet=rojak pasembur…
mbr baik aku dh terkena dh dgn chevy cruze..ats highway jerangau-jabor..tgh best speeding tetiba check engine menyala2 pastu trus mati…best x?pastu bwk pelan2 spi kuantan pegi tuning blik,itu pomen ckp…haiya,lu angkat ini chevy r?ini kereta naza masuk mau untung sja maa..bkn mau tlg itu melayu pakai kereta…ini kereta comp.box dia cpt pns..dia punya grill xder design utk sejuk comp.box maa…lu sudah kne tipu sama naza woo….amacam?ni pengalaman dpn mata gua…pomen2 chevy tlg komen skit…
wa suka la sama itu wagon lor…
tp br punya manyak mahal lor…
dpt evo wagon pun jd lah.. leh wat niaga..
tak minat eh wagon gini. dok resing.