Peugeot 208: XY Concept dan GTi

Peugeot di Pameran Kereta Geneva pada Mac nanti bakal mempamerkan dua buah kereta konsep 208 sebagai wakil jenama Perancis itu di dalam segmen kereta supermini. Kedua-dua kereta konsep itu merupakan terjemahan lonjakan generasi tetapi di dalam dua trend berbeza. 208 XY Concept disasarkan untuk warga kota yang sukakan suatu yang berbeza dan kesempurnaan manakala 208 GTi pula terang lagi bersuluh merupakan jelmaan semula lagenda yang ikonik.

Perkara pertama yang menarik perhatian model 208 terutama sekali pada kedua-dua model konsep itu adalah perincian pada rekaan lampu utamanya dengan teknologi FULL-LED. Indikator depan yang bulat mengelilingi lampu utama menjadikan 208 seolah-olah mempunyai iris mata. Kata orang, dari mata turun ke hati, tetapi menurut Peugeot, dari perincian lampu turun ke badan kereta. Dari gambar, susah untuk tidak jatuh cinta terhadap model-model ini.

XY Concept: Untuk Warga Urban!

XY Concept ditujukan khas buat warga urban, konsep model itu lebih bebas. Tidak perlu kuasa yang tinggi seolah-olah untuk berlumba, cukup untuk melakukan tugasan harian. Enjin XY Concept dikuasakan oleh enjin 1.6 liter e-HDI berkuasa 115bhp dengan gabungan transmisi enam kelajuan manual. Uniknya XY Concept adalah pada warna Pulsion yang mana ianya akan sentiasa berubah apabila dilihat dari jarak dan lokasi yang berbeza. Variasi warna tersebut dihasilkan menggunakan kaedah eksklusif dengan menggunakan 16 lapisan cat dan lakuer (lacquer).

Pada bahagian interior, banyak peralatan disudahi dengan warna crimson (merah tua) seperti sulaman kulit pada papan pemuka, perehat lengan, stereng dan tuil gear. Di bumbungnya pula dipasang kaca panorama seterusnya memberi efek pemandangan yang lebih luas. XY Concept menggunakan roda aloi bersaiz 18 inci yang kelihatan penuh di bawah arca roda.

GTi Concept: Kelahiran Semula Lagenda Ikonik!

Berbeza dengan XY Concept yang lebih kepada pemanduan rileks-rileks, GTi Concept mempunyai legasi yang harus dijaga memandangkan model sebelumnya iaitu 205 GTi mempunyai prestijnya yang tersendiri. GTi Concept dikuasakan oleh enjin yang sama seperti model RCZ iaitu THP 200. Digabungkan dengan transmisi enam kelajuan manual, enjin 1.6 liter THP tersebut menawarkan pemandu suatu pengalaman pemanduan yang mengasyikkan. Selain daripada itu, GTi Concept mempunyai penambahbaikan pengendalian daripada model asas 208 di mana jarak roda depan dan belakang 36mm lebih lebar. Untuk kuasa pemberhentian yang optimum pula, GTi Concept dipasangkan brek cakera pada keempat-empat sudut dengan saiz 302mm di depan dan 249mm di belakang yang dikontrakan dengan angkup brek berwarna merah.

Dari segi kosmetik, GTi Concept dihias dengan ekzos krom berkembar, kit badan aerodinamik yang tampak anggun dan tidak sarat serta lencana GTi Concept pada gril dan panel belakang yang mana menurut Peugeot adalah penghormatan untuk model sebelumnya iaitu 205 GTi. Pada bahagian interior, semestinya mempunyai imej sporty dengan stereng dibalut kulit dengan sulaman benang merah yang kemudian diteruskan pada tuil gear dan kerusi. Selain daripada itu, kerusi sport GTi Concept dibalut kulit Nappa pada bahagian sisi dan perehat kepala manakala perehat belakang badan dibalut fabrik. Konsol tengah, meter dan corong penyaman udara pula dihias anggun dengan efek merah yang beransur kepada warna hitam. Panel instrumennya pula selari dengan penglihatan yang jelas dapat memberi infomasi kepada pemandu.

“Kill two birds with one stone”

Jelas sekali apa yang ditunjukkan oleh Peugeot ini adalah sifir yang mudah dan banyak menjimatkan wang. Bukan apa, di dalam dunia bisnes automotif, skala ekonomi adalah sangat penting dan sesebuah pengeluar tidak mampu bermewah untuk membangunkan dua model berbeza untuk dua segmentasi pasaran. Apa yang dibuat oleh Peugeot ialah model yang sama tetapi pelbagai varian, satu untuk kegunaan bandar dan satu lagi untuk prestasi. Itu adalah trend masa kini. Bak kata pepatah Inggeris, “Kill two birds with one stone”.

Newspress

-Md Uia-

Popularity: 13% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Peugeot 308 GT 200 Bhp!
  2. Video: Iklan Peugeot RCZ di KL!
  3. Peugeot 107: Keciknyeeee!
  4. Honda Civic Concept dan Civic Si Concept
  5. Baii: Peugeot 3008

7 Komen lu orang:

  1. alahaiii..cantiknye laa kete2 obersea..hmmmm

  2. Mmg 2 pintu je ke kete2 ni?

  3. yg dalam kereta tu
    gua lah kehkehkeh

  4. Kek Lapis Schreyer

    Baiklah murid-murid, apakah nama kereta ini?
    Toyota Vios Type J cikguuuuu……

    Salah, Kereta ini namanya Peugeot 208 Type XY. Cikgu suruh tumpukan apa yang diajar oleh cikgu tadi tapi murid-murid semua
    Kill 2 Birds with 1 Stone. Terutama Azli, Bustamam & Mustaqim, asyik leka bermain game dalam kelas jer, ape nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang nih..haih…

    okok, berbalik kepada topik Geartinggi, bila sebut Peugeot, gua teringat kembali nostalgia video game Colin Mcrae Rally 2.0 tahun 1999 versi PC. Walaupun Need For Speed & Gran Turismo sangat best waktu itu, tapi gua rasa Colin Mcrae pun ape kurangnya jo!!
    Dalam game Mcrae Rally tuh, kereta kegemaran gua iaitu Peugeot 206 WRC warna White + Blue Lion dengan sticker depan Esso memang unik der. Ford Focus & Impreza pun gua layan bai.. itu dulu-dulu jo, sekarang franchise Colin Mcrae Rally dah takde. Nostalgia gila jo….

    Dari segi design, Peugeot 208 XY & Gti sangat unik sekali. Gril side profile hood bonnet bumper termasuk lampu depan begitu fluidic sekali. Gambar di atas iaitu 208 Gti dengan kaler yang begitu mengancam sangat memukau der.

    Yang paling gua suka 208 Gti dengan THP 200 + 6 Speed manual. baru ler resing!! mana geng Vtec auto kat sini? amacam? setakat nih gua rasa Mazda Peugeot Ford & Chevy semua ade Signature Design masing-masing.
    Berbalik kepada citer game Colin Mcrae tadi, gua dari dulu lagi nak cari balik game tuh tapi tak jumpa sampai sekarang. Entah lesap kemana. Nostalgia der. Ade sesiapa main game Hitman 2? ada scene Hitman 47 terima misi pergi ke KLCC der. gila tak boleh blah hahaha…

  5. 18 inci!!
    sakit poket nk tukar tayar nnt der…

  6. Kek Lapis Schreyer

    24jam main game tak baik untuk kesihatan jo..dengar nasihat gua..tidur awal, minum yogurt & makan oat supaya anda sihat selalu..tapi kenapa HITMAN CODENAME 47 pergi Malaysia?? Misteri sungguh..gua tak paham der…

  7. crita apa lak ni der….

Lu komen kat sini: