NISSAN NV200 VANETTE DAN NAVARA SINGLE CAB BAHARU

KUALA LUMPUR (18 Februari 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan dua model kenderaan komersial ringan yang serba baru iaitu Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab 4×2.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Kami sentiasa menjadi jenama pilihan dalam segmen kenderaan komersial ringan di Malaysia, contohnya model C22 Vanette yang merupakan satu legenda. ETCM menyedari tentang permintaan pelanggan kami terhadap kenderaan komersial, maka kedua-dua model yang dilancarkan pada hari ini telah direka bentuk bagi menepati keperluan perniagaan yang paling optimum.’’

NV200 VANETTE

Van panel NV200 serba baru yang dinanti-nantikan ini telah mewarisi nilai komersial Vanette.

NV200 memiliki gaya luaran yang tersendiri, ciri-ciri keselamatan yang bertaraf tinggi, fungsi-fungsi yang maju dan kecekapan bahan api yang mengagumkan, malah dilengkapi dengan ruang kargo luas (berukuran 4.2m³) yang mampu memenuhi pelbagai jenis kegunaan. Reka bentuk NV200 merupakan suatu revolusi baru kepada kenderaan komersial ringan.

NV200 Vanette menggunakan enjin 1.6-liter HR16DE dengan teknologi Pemasaan Injap Boleh Ubah Berterusan (CVTC) yang menjana kuasa 109ps dan kuasa kilasan 152Nm, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar. Gabungan ini menghasilkan penjimatan bahan api yang amat baik iaitu 14.0 km/liter.

Model NV200 telah mencapai standard kecemerlangan dari segi keselesaan pemanduan. Enjin yang dipasang pada bahagian hadapan bukan sahaja meminimumkan bunyi bising, sekali gus mencegah situasi ‘tempat duduk hadapan yang panas’ di samping mengurangkan keletihan pemandu. Selain memberikan pemandangan yang lebih luas kepada pemandu serta menawarkan stereng kuasa elektrik, NV200 dilengkapi dengan Meter Pelbagai-Fungsi yang memaparkan maklumat penting seperti revs enjin, penggunaan bahan api, jarak dan masa pemanduan di atas Paparan Dot Matrik 2.8”. Meter Pelbagai-Fungsi itu juga dilengkapi dengan banyak fungsi amaran seperti had kelajuan, jadual penyelenggaraan, timer dan juga transmission shift-up alert supaya pemandu boleh menukar gear pada kelajuan optimum.

Aspek penting lain termasuk penggunaan sistem penggantungan spring single-leaf di belakang kenderaan yang membolehkan kenderaan itu menampung keberatan muatan sehingga 740kg. Reka bentuknya yang kompak dan dalaman yang luas turut membolehkan ruang kargo memuatkan dua palet Euro.

Seperti semua kenderaan Nissan, keselamatan tetap merupakan aspek penting bagi NV200 Vanette. Ciri-ciri keselamatan standard merangkumi dua beg udara, ABS, EBD, Zone Body Construction, tali pinggang keledar pre-tensioners, lampu brek tinggi, cermin pandangan belakang yang luas dan cermin sisi yang besar.

NAVARA SINGLE CAB 4×2

Nissan Navara Single Cab memaparkan unsur versatiliti. Dengan mempunyai rangka yang teguh dan enjin diesel common rail yang paling berkuasa dalam kelasnya, Navara Single Cab 4×2 merupakan kenderaan pilihan untuk perniagaan.

Pengguna mempunyai tiga pilihan dari segi reka bentuk badan kenderaan, iaitu Luton, besi ataupun kayu. Ketiga-tiga reka bentuk badan ini dibina berasaskan cesi kerangka logam tegangan tinggi berlapis ganda yang telah dikukuhkan dengan kemampuan untuk menampung beban maksimum sebanyak 750kg.

Keupayaan mengangkut muatan seberat itu merupakan hasil sumbangan Enjin Diesel Common Rail YD25DDTi 2.5 liter Navara Single Cab dengan turbo intercooler yang menyalurkan kuasa output sebanyak 144PS dan kuasa kilasan 294 Nm, malah ia juga dilengkapi dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar untuk mencapai kuasa dan penjimatan bahan api yang terbaik.

Sungguhpun Navara Single Cab direka untuk menangani muatan berat, pemandu tidak terpengaruh oleh bebanan berat itu. Kenderaan komersial ini memberikan keselesaan optimum kepada pemandunya dengan menawarkan tempat duduk yang besar dan selesa, sistem pendingin hawa dan unit audio standard 1CD/radio.

Seperti varian-varian lain Navara, Single Cab ini turut dilengkapi dengan penggantungan depan double-wishbone dan aksis belakang yang tegar dengan spring semi elliptic leaf. Selain itu, konsep Zone Body yang teguh menyumbang kepada kelasakan keseluruhan.

Senarai peralatan keselamatan termasuk kerangka impak sisi, turus stereng boleh laras, brek cakera depan dan sistem brek yang mampu mengimbangi muatan berat dalam kenderaan bagi mencapai kestabilan membrek.

Harga jualan bagi Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab serba baru masing-masingnya bermula dari RM62,047.93 dan RM64,391.55, tidak termasuk cukai jalan, insuran dan caj pendaftaran. Harga-harga adalah sah di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Kedua-dua kenderaan ditawar dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km yang mana tiba dahulu, tertakluk kepada syarat dan terma.

Popularity: 18% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Edaran Tan Chong Motor Lancar Nissan Navara 4×4 King Cab
  2. NV200 Combi: Ini Van Nissan Baru!
  3. NV200 Combi Untuk Kawasan Bencana Gempa Di Jepun
  4. Nissan Latio Baharu Untuk Pasaran Tempatan
  5. Nissan Juke: SUV Unik

6 Komen lu orang:

  1. Pada pendapat gua, Nissan Vanette adalah van paling membosankan dan sangat huduh, van nih lebih kepada pergi menjual sayur atau digunakan oleh apek pasar malam dan juga ahbeng menjual dvd Kamen Raider cetak rompak.

    Gua bukan mengutuk Vanette, tapi masalahnya tuan empunya van tuh tidak menjaga imej van tersebut dengan teratur sana sini berkarat tak senonoh betul kalau dipandang awek segi kolej.

    Kalau VW Beetle, Toyota KE70 & Tiara Mat Kacau Limited Edition boleh dijaga dengan baik, kenapa tidak Nissan Vanette? kita tengok fenomena lori di US & Jepun, mesti ada efek krom atau ala-ala batmobile dan nampak stylo sekali wlaupun lori tersebut sangat old skul. amacam?

    Nissan NV200 sebenarnya sudah lama berada dalam WISH LIST. Gua memang minat kereta bentuk kotak atau Boxy Mover seperti Hiace, K-Kar mesin basuh, Cube/Materia/bB/Dex, VW Kombi, Vellfire, Elgrand, Citreon Tubik Concept & Van Chevy digunakan oleh penjenayah dalam filem hollywood. Peh.

    Nissan NV200 Vanette berharga RM62,047. Gila murah dan sangat mengarut tapi berbaloi sebab interior dashboard yang begitu cantik berbanding Alza & Persona, ada dua beg udara, ABS, EBD, Zone Body Construction, tali pinggang keledar pre-tensioners, lampu brek tinggi, cermin pandangan belakang yang luas dan cermin sisi yang besar. (gua copy & paste jer)

    Kenapa Baii editor MK beli Alza? Kenapa beliau tidak sabar menunggu NV200? Ingat Alza tu Lambo Aventador ke? kahkahkah~ rugi Baii rugi….

    Persoalannya adakah NV200 akan laku dipasaran malaysia? Ya atau Tidak? jawapannya YA. kalau gua Tauke demo audio, NV200 adalah pilihan gua dan juga mungkin Alza SR. Steady~

  2. Van tu cantik dibuat saingan Alza harga pun OK… tapi, bukan spec kenderaan perdagangan la… kokpit dia paling aku respek…. siang aku bawak pegi opis, malam bawak berniaga kat up-town…

  3. kenapa nv200 ni dibuat versi panel van, kenapa x dibuat utk versi penumpang window van, klu dibuat version window van utk penumpang beserta auto transmision confirm akan laku pnya, sbb saya rasa van ni lebih baik dr alza, toyota avanza, enjin pown superb, kena pada body die,

  4. KD, gua memang minat giler dengan NV200, cuma versi penumpang takde, sedih gila gua bila tahu NV200 cuma ade panel van. Dashboard NV200 memang cantik berbanding Alza, Exora, Grand Livina dan Avanza mahupun Chery Easter.

    Kalau u nak tau, NV200 menjadi teksi di bandar New York. Bayangkan kalau ade citer Hollywood, babak kejar mengejar antara Spiderman dengan penjahat, sure akan diselitkan dengan Taxi NV200 nih. Perghhh…Gila bangga gua der. Cantik juga ler NV200 kaler kuning. Lagi best berbanding Myvi Lagi Power Lagi Best. Ye dak? ye dak?

    Nissan NV200 Taxi Of Tomorrow.

  5. bkn saya x setuju dikeluarkan nv200 versi panel van, tp klu dikeluarkan 2 varian kn menarik, 1 version panel van, satu version utk window van( van penumpang)

  6. CM, harap2 nnti ETCM kluarkanlah nv200 vanette versi penumpang, klu kluar versi penumpang confirm tergugat mpv2 lain pnyer, haha, trutama avanza dg alza confirm tergugat

Lu komen kat sini: