Jualan Hibrid Honda cecah 800,000

Mungkin ramai yang tidak tahu, ataupun konon-konon macam tahu, Honda merupakan pengeluar pertama di dunia yang memperkenalkan kereta hibrid dan Honda Insight generasi pertama telahpun diperkenalkan pada November 1999.

Honda yang kini mempunyai 7 model hibrid di 50 buah negara dengan 22,000 unit model hibrid telah terjual di UK sementelah model hibrid pertama Honda dijual bermula tahun 2000. Menurut laporan penjualan hibrid Honda untuk seluruh dunia bagi tahun 2011, dianggarkan sejumlah 200,000 telah terjual dimana jualan bagi tahun 2011 meningkat sebanyak 30% berbanding tahun 2010. Dan sepanjang tiga tahun lepas, penjualan kereta hibrid Honda telahpun melebihi 500,00 unit.

Di Jepun sendiri, penjualan kereta hibrid ini melebihi 45% daripada kereta biasa milik Honda yang lain yang didaftarkan dengan JPJJ [Jabatan Pengangkutan Jalan Jepun] bagi bulan Disember 2011. Manakala untuk penjualan hibrid Honda di Malaysia, maaf gua takde rekod apa-apa lagi. Tapi berdasarkan pemerhatian mata kasar di ibu kota, memang tak susahlah nak tengok Insight atas jalan. CR-Z yang segak itupun gua dah terserempak beberapa kali.

Sumber: Newspress

-C27-

 

 

Popularity: 20% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Honda Insight: Kereta Hibrid Termurah!
  2. Kempen Selepas Jualan Honda Bermula Dengan Honda Insight Sebagai Hadiah Utama
  3. Honda Jazz Wajah Baru!
  4. Toyota Prius: 200k Di Eropah!
  5. Toyota Prius Laku Dua Juta Unit!

5 Komen lu orang:

  1. Honda Insight generasi pertama yang pernah digunakan encik John Travolta dalam movie Be Cool memang lah sangat hodoh kalau nak dibanding Fiat Multipla. kahkahkah~
    okey,semua jenis kereta Honda memang evolusi der. gua heran kenapa Honda tidak berani revolusi kereta dorang. Honda harus terima hakikat bahawa jualan Toyota Prius bukan saja champion di Jepun malah di seluruh dunia. Synergy Hybrid memang lebih advance berbanding Honda IMA. tapi bagi saya, kedua-dua kereta nih memang huduh der. design belakang kereta hybrid memang macam tu ke?
    serius, saya lebih suka design Honda Fit & Prius C berbanding Insight & Prius. steady~

  2. JPJJ… kah…kah…

  3. baii da blk ke dari TAS?dulu die penah guna perkataan JPJJ…hehehe…

  4. Nampak klakar je insight kaler ijau tu. X nampak resing lgsg der. Design ala2 cari mkn je ni.

  5. helo bro? ader citer myvi semut merah tu lagi ke? lawak gila der. hahaha

    gua bagi warning kepada Toyota & Honda. Mazda itu unik. Mazda itu lagi best. Mazda skyactic akan menewaskan honda toyota hybrid. bagi saya Mazda layak memdapat No1 berbanding GM, VW, Toyota, maupun KIA Hyundai. Hidup Mazda!!

Lu komen kat sini: