Archive for October, 2011

Kemenangan Berganda Proton Di dalam MSS

Syafiq Ali dan Faidzil Alang berjaya menduduki podium pada Kejohanan Kereta Touring Malaysia (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lepas. Bermula dengan grid teratas, pasukan Proton R3 mendominasi dari awal hingga akhir perlumbaan sepuluh pusingan itu. Syafiq yang memandu Proton Gen.2 memandu dengan pantas di hadapan Faidzil yang memandu Satria Neo R3. Lebih [...]

Proton Menjuarai Kategori Pemandu APRC

Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila pemenang Rally Hokkaido digugurkan kerana pelanggaran teknikal seterusnya menghadiahkan kategori pemandu Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) kepada Proton. Dengan perubahan keputusan itu, Alister McRae kini mengetuai senarai pemandu APRC dengan tempat kedua dimiliki oleh Chris Atkinson. Juara sebenar di antara kedua pemandu Proton tersebut akan ditentukan pada pusingan terakhir APRC [...]

ST Concept: Varian Berprestasi Ford Fiesta

Pengeluar kenderaan sekarang ini sedang sibuk dengan model global mereka. Masing-masing mempertaruhkan model yang bukan sahaja untuk pembeli di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Timur Tengah tetapi ke seluruh dunia, baik Jepun, Filipina, Bostwana atau mana-mana sahaja pasaran yang berpotensi. Jika anda menonton berita mengenai pergolakan negara Arab dan kini paling hangat di Libya, pasti [...]

Proton Menduduki Tiga Podium di Rali Hokkaido

Proton menamatkan perlumbaan di Rali Hokkaido dengan bergaya apabila tiga keretanya menamatkan perlumbaan dengan tiga podium pada pusingan kelima Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC). Alister McRae berjaya menebus kekecewaan pada hari pertama dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan Proton Satria Neo S2000. Memulakan hari kedua rali di belakang Katsuhiko Taguchi dengan kereta Mitsubishi Lancer [...]

Nissan Latio Baharu Untuk Pasaran Tempatan

Kuala Lumpur (29 September 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Latio baharu yang telah dipertingkatkan untuk kedua-dua varian iaitu hatchback lima pintu dan sedan empat pintu. Ia menawarkan penampilan baru dan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada semua pelanggan Nissan. Latio baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aluminium sepenuhnya keluaran [...]