Chevrolet Aveo Baru

 

Saya teringat pada sekitar tahun 2003/04,  Chevrolet Aveo mula popular pada pasaran tempatan. Kalau dilihat, sesekali imbas Aveo ini jelas mempunyai susuk tubuh yang lebih kurang sama antara Jazz/Myvi. Aveo pada ketika itu ibaratnya model pertengahan antara kedua model tersebut. Kalau rasa slip gaji tak berapa nak lebih dan tak mampu nak membayar ansuran Jazz, maka sudah tentu Aveo yang akan menjadi pilihan. Di Kuala Lumpur sendiri, Aveo ini boleh tahan bersepahnya juga.

Kepada penggemar jenama Chevrolet, Aveo serba baru ini barangkali sudah boleh ditempah dan dijangka boleh didaftarkan dengan JPJ cawangan UK pada Januari 2012 nanti. Aveo baru ini diletakkan pada tangga harga antara  £9,995 sehingga £13,615 bergantung kepada varian yang disukai.

Model asas Aveo ini turut dipasangkan dengan remote locking, spoiler belakang, pemain cakera padat dan juga pengawal tingkap otomatis. Manakala untuk model tertinggi Aveo, turut dipasang adalah lampu kabus hadapan, rim aloi 15′ serta stereng bersalut kulit.

Terdapat 3 variasi enjin yang boleh dipilih. Untuk model 1.2 liter, kuasa yang mampu dihasilkan adalah sekitar 86PS manakala model 1.4 liter mampu menghasilkan kuasa 101PS. Untuk makluman sekutu, terdapat juga model enjin diesel, 1.3 yang dapat menghasilkan kuasa sehingga 95PS. Kesemua model ini didatangkan dengan gear manual untuk setiap varian manakala model 1.4 liter ditawarkan dengan pilihan gear otomatis 6 kelajuan. Amacam?

Kepada Sekutu yang berada di UK sana, barangkali bolehlah menempah kereta yang bijak [smart] ini. Dengar kata, awal Januari 2012 dah boleh dapat dah. Tapi jangan lupa ambil pinjaman berunsur syariah iye.

Sumber: Newspress

-C27-

Popularity: 23% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Chevrolet Orlando
  2. Mazda CX-5: SUV Kompak Serba Baru
  3. Persona Keseronokan dan Versatiliti Dalam Nissan X-Gear Serba Baru
  4. Chevrolet Spark: Supermini ‘Cute’ Dari Korea!
  5. Hyundai ix20: Model Baru, Lagi.

21 Komen lu orang:

  1. Malaysia biler nak masuk ni?

  2. Kalo ikut Forex semalam, 1 Pound UK = RM4.92048. Maknanya, rega kalo masuk Malaysia tanpa AP, adala dalam RM49,183 – RM66,997. Macam mahal je, tapi, kalo dah minat, apekedehal….

  3. Yg tlebih mampu bole la beli made in europe ni. Yg x berapa mampu mcm gua ni pki je la made in m’sia punya. Bila la proton nk kuar model baru kompak ganti savvy ni…..

  4. Heh…kalau Naza punya after sales service macam hampeh pun tak guna jugak bawak masuk kereta ni.

    Masuk FB page Chevrolet Malaysia pun ntah amenda ntah. Admin tau ulang ayat yang sama aje. Chevrolet Aveo mak aku hilang spoiler depan pun dari bulan 2 sampai la ni takde orang diorang reply camne nak dapat yang baru.

    Mungkin diorang tak layan Chevrolet yang diimpot masuk oleh HICOM kot. Ntah la, kereta mak aku pun Chevrolet jugak!

  5. chevrolet aveo+daewoo=sparepart mcmmne?jgn buat msuk mcm 1st model dulu..airbag xder,abs xder…myvi je lah tmpat mengadu…

  6. sepatutnya kena banyak keta2 macam ni kat malaysia..
    kompak, 2 pintu, sporti skit2.

  7. minah kat tempat keja aku ada pakai aveo ni(amik 2nd). setaun lebih dah kot, ok je tgk… xtau la setaun lebih kemudian…

  8. The Best Hot Hatch in My List…perghh..
    1.Suzuki Swift Sport 2012
    2.Ford Fiesta ST 2012
    3.Honda CRZ
    4.Citroen DS3
    5.Renault Clio
    6.Volkswagen Polo
    7.Proton Satria Neo R3
    8.Chevrolet Sonic/Aveo
    9.Renault Twingo
    10.Honda Civic Euro 2012
    11.Hyundai Veloster
    12.Nissan Tiida Turbo

  9. ok. gua pny wish list is ZZZzzzzZZzzz. Yeah!

  10. Gua ulang…JGN BELI! Msalah dgn adik gua pkai model sebelum ni resale vLue gila merudum dan kalau lu nak pakai gak make sure loN short term kalau takmo tanggung masalah.. Service center pun teruk hehe… X berbalot..minyak kuat giler..tapi x tau laa model ni dah ok kut..pisss

  11. ehhh….CRZ dah ada pasaran m’sia ker??

  12. member gua kat UK pon pakai kancil 850 injection…kehkehkeh

  13. aku x beli pun, aku amik kelisa je(2nd gak), dah hampir setaun dan still enjoying the car(minyak jimat gile)…

  14. kelisa,kenari,myvi,compact yg hot giler…sape2 nk menyesal giler..belilah aveo…utk org hipokrit lak,beli aveo sorg sebijik,pastu bukak kelab,pegi konvoi dari perlis ke johor,pastu buat sidang media xpun sembang ngan org kmpung bahawa kete ni bgus…hahahahak…..

  15. amaran sepat tu ada betulnyer guys..peh mat saleh aku…
    aku pnh tgk salesman dia merapu…aveo ni mmg brand korea,daewoo tu mmg lah penah buat kete kebal..tpi skrg ni nk jualnye kereta…apa punya merapu daa…so skrg ni aku xtau mcm mana pck tu ntah beli ke idak…

  16. ok, segala komen milik lu orang ni akan gua sampaikan kepada pengguna di UK kelak.sekian.

  17. Mane posting baru

  18. keta ni tak tahan kat mesia..kawan aku bli pun nyesal sampai la..lower arm pun leh tercabut..value xda..bli kelisa lagi elok..kalis rosak..value pun masih tinggi…

  19. comp box terbakar rm3000 …2 bulan keter adik gua tersadai kat service center nak tunggu comp box baru.. lps repair jual siap topup utang bank 6K lagi sebab dah tak tahan tanggung bawak hidup kehkehkeh ..

  20. captiva abg aku pakai ok je,trai cuba sonic plak, aku rasa ok jugak kot……

  21. Ehem, Chevy okey ape! Ini bukan Daewoo! Bukan! Chevy Sonic baru nih 100 peratus American Handmade! Percayalah cakap gua. Daewoo sudah takde, yang ade cuma GM Korea.

    “Chevrolet Sonic 1.4-liter turbo inline-four producing 103 kW (138 hp) and 201 N·m (148 lb·ft) torque. The 1.4L turbo engine uses a timing chain to drive the camshafts”

    Amacam? ade gentar Proton Preve? Ade gentar tak hah! 1.4 Turbo guna Timing Chain! Chevy Tearing All Manufacture apart since 1967! Come back when u won 5! 5! 5! yeeehaaaaa!

Lu komen kat sini: