Pennzoil GSR Menamatkan Perlumbaan Di Posisi Teratas Kategori A6 Di APRC New Zealand

Pasukan Pennzoil GSR sekali lagi berjaya menamatkan perlumbaan kali ini di Rali Antarabangsa New Zealand yang merupakan pusingan keempat Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pada 15 hingga 17 Julai lepas.
Kejayaan ini adalah yang keempat berturut-turut sejak pusingan pertama APRC di Johor pada April, Australia pada bulan Mei dan New Caledonia pada bulan Jun.
“Ianya usaha yang menakjubkan daripada pasangan pemandu dan kru dalam mencapai kejayaan sepanjang empat pusingan ini. Ini menunjukkan yang kita mempunyai pasukan bertaraf antarabangsa dan produk Pennzoil ternyata berkesan dalam pencapaian ini,” kata Encik Ruslan Abdul Ghani, Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Malaysia Sdn Bhd.

Pasukan Pennzoil GSR dipandu oleh pasangan pemandu baru iaitu Sanjay Takle dan Musa Sherif dari India yang menggunakan Proton Satria Neo 1.6 2WD. Mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 keseluruhan dan tempat ketiga kelas pacuan 2 roda. Kemenangan itu juga berjaya menarik perhatian media negara mereka.
Gunaseelan Rajoo dan pemandu arah Jagdev Singh pula memandu Ford Fiesta di bawah kategori Kelas N dan selepas mencatat keputusan kedua pada hari pertama rali mereka terpaksa menerima hakikat untuk menamatkan perlumbaan pada hari kedua rali apabila tayar Fiesta mereka tercabut pada peringkat perlumbaan [SS] 15. Walau bagaimanapun beliau tidak berputus asa dan berazam untuk kembali lebih kuat selepas ini termasuk mempersiapkan pasukan untuk APRC musim depan.

Selain daripada itu, pasukan turut berbangga dengan bakat muda dari New Zealand iaitu Michael Young yang memenangi kategori junior pada perlumbaan ini. Michael adalah pelumba Pennzoil GSR yang mengambil bahagian di Kejohanan Rali Malaysia [MRC].
“Michael sedang serius membangunkan karier ralinya dan kami berbangga dengan pencapaian beliau,” kata Gunaseelan.
Popularity: 10% [?]
Related posts:









Gua LIKE