APRC New Caledonia 2011: Pennzoil GSR Cemerlang
Ianya pencapaian yang membanggakan buat pasukan Pennzoil GSR Raing di Noumea pada hujung minggu lepas apabila mereka berjaya menyudahkan perlumbaan dan menduduki tempat pertama dan tunggal dalam kelas A6. Ini adalah pencapaian buat kali ketiga selepas pusingan pertama Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] di Johor dan kedua di Queensland.
Walaupun berlumba dalam cuaca yang panas dan membahang, pasukan berjaya menduduki tempat kesepuluh di antara 35 peserta termasuk 20 peserta antarabangsa yang merupakan pusingan ketiga APRC di New Caledonia itu.
“Ianya perlumbaan yang bagus. Kereta berfungsi dengan baik walaupun pusingan kali ini mencabar, kami berjaya menamatkan perlumbaan dan mengumpul mata dalam kelas 2WD,” kata prinsipal dan pemandu pasukan, Gunaseelan Rajoo.
Pasukan Pennzoil GSR Racing kini berada di kedudukan kedua dalam kategori 2WD dengan hanya satu mata ketinggalan di belakang seorang lagi pemandu tempatan iaitu Karamjit Singh dengan 78 mata manakala Akira Bamba yang tidak berlumba kali ini di tempat ketiga dengan 68 mata.
“Kami mensasarkan untuk memenangi kelas A6 tanpa kegagalan dan kami teruja dapat mengekalkan prestasi di dalam tiga pusingan berturut-turut. Kami kini berada di tempat kedua kelas 2WD dan kami akan berusaha keras untuk kekal bersaing di dalam kelas ini,” tambah Gunaseelan Rajoo.
Perlumbaan seterusnya di New Zealand dijangka sengit apabila tiga pelumba bakal bersaing bagi merebut kejuaraan. Untuk itu pasukan akan mempertaruhkan seorang lagi pemandu pada perlumbaan di sana. APRC kini berbaki tiga lagi pusingan dengan dua daripadanya di Jepun dan China.
Selain daripada itu, pasukan turut berterima kasih kepada penaja seperti UMW Pennzoil Malaysia, Air Asia, Yokohama Tyres dan Cusco terhadap sokongan mereka sepanjang kempen APRC.
Popularity: 12% [?]
Related posts:









Tahniah Team GSR …Team Malaysia
tahniah!team dari malaysia,memandu kereta malaysia…