Pennzoil GSR Berjaya Capai Sasaran di APRC Australia
“Ianya rali yang bagus, kami tamat di tempat pertama kelas A6 seperti dirancang dan tempat keempat di dalam kelas 2WD. Kami skor markah yang bagus dan sekarang berada di posisi kedua keseluruhan kejuaraan selepas dua pusingan. Kereta mempunyai masalah pada top mount suspensi belakang pada hari pertama perlumbaan dan kehilangan masa dan selepas itu kami hanya berlumba untuk menamatkan perlumbaan.”
Di atas ialah petikan emel daripada pemandu utama dan prinsipal pasukan Pennzoil GSR, Gunaseelan Rajoo, baru-baru ini mengenai prestasi beliau di Rali Antarabangsa Queensland, Australia yang merupakan pusingan kedua Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC]. Gunaseelan yang memandu Proton Satria Neo 1.6 2WD berjaya menamatkan perlumbaan di dalam rali yang kompetitif dengan jarak keseluruhan 760 km.
Encik Shamsul Nahar, Pengurus Pemasaran UMW Pennzoil Distributors Malaysia Sdn Bhd berkata beliau gembira dengan kejayaan dalam kelas A6 dan mata yang dikutip di Queensland.
“Dengan empat lagi pusingan APRC, kami gembira dengan keputusan tempat kedua keseluruhan kategori 2WD,” kata beliau.
Selain daripada perlumbaan rali, pasukan menghadiahkan dua peminat bertuah yang berjaya memenangi peraduan yang dianjurkan Air Asia selaku rakan pasukan. Mereka dibawa menaiki kereta rali Proton Satria Neo sebelum rali bermula.
Pennzoil GSR adalah satu-satunya pasukan Malaysia dengan kereta dan pelumba tempatan yang bakal berlumba di dalam kesemua pusingan APRC. Walaupun hanya pesaing tunggal dalam kelas A6, yang penting ialah menamatkan perlumbaan dan mengumpul mata. Kejohanan masih lagi di peringkat awal dengan empat lagi baki pusingan di serata Asia.
-Mak/d Uia-









yahniah… penzoil GSR Racing team
tahniah… penzoil GSR Racing team
yang ni betul2 team malaysia punya…
wow.
Tahniah GSR Team
Wa nak tanya.. berape ramai peserta yang berlumba dalam class A6 tue?? Sape tau tolong jawab.. time kasih..
Mak/d UIA…apsal dah 3 ari takde post ni?
Bak sini gua jawab. Gua dah buang sume bos-bos GT ni. Gua dah beli dengan harga RM3juta. Sekian.
Hutang yer jangan salah faham
kehkehkeh..hanya gua yang mengerti mengapa tiada entri selama beberapa hari ini..