MRC Perlis 2011: Pennzoil GSR Mendominasi Podium
KANGAR, 29 Mei 2011 – Perlumbaan yang berbaloi buat pasukan Pennzoil GSR apabila mereka mendominasi podium pada pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia [MRC] yang diadakan di Kangar, Perlis sepanjang hujung minggu lalu.
Cody Crocker, juara Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dari Australia dan Jagdev Singh pemandu arah tempatan yang menggunakan kereta Subaru Impreza bermula dengan cemerlang pada hari Sabtu dengan mengatasi pelumba lain. Berbekalkan kejayaan itu beliau meneruskan pemanduan cemerlang seterusnya berjaya menduduki tempat pertama pada hari terakhir perlumbaan. Kemenangan tersebut berjaya menebus kembali kegagalan beliau pada pusingan pertama MRC pada April lepas akibat kemalangan seawal hari pertama perlumbaan lagi. Kejayaan itu turut melonjakkan kedudukan Cody ke tempat teratas kejohanan di samping Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsports yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Di tempat kedua pula ialah seorang lagi pemandu Pennzoil GSR yang juga jagoan rali tempatan iaitu Karamjit Singh dan Vivek Ponnusamy dari India yang menggunakan kereta Mitsubishi Evolution. Dominasi podium tersebut ternyata menggembirakan pasukan apabila kemenangan kedua-dua pelumba menjadikan Pennzoil GSR di tempat teratas kategori pasukan.
“Akhirnya segala penat lelah merancang dan melaksanakan strategi berbayar. Kami menggunakan pemandu dan kereta terbaik. Dengan mata yang dikutip Cody dan Karamjit berjaya melonjakkan kami ke atas dalam kategori pemandu dan pasukan.” kata Gunaseelan Rajoo, prinsipal pasukan Pennzoil GSR.
Pelumbaan kali ini turut disertai oleh nama besar seperti Katsu Taguchi dari Jepun yang turut memandu di bawah pasukan Pennzoil GSR.
“Sayang Katsu gagal untuk menyertai Cody dan Karam, jika tidak pasti podium diwarnai terus oleh warna kuning dan hitam pasukan kami!,” kata Gunaseelan. “Selain itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan pasukan seperti UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd, Air Asia, Cusco yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami, tidak lupa juga WSM selaku penganjur perlumbaan yang saya kira antara yang terbaik di Asia Pasifik sekarang ini.” tambah Gunaseelan.
MRC kini berbaki dua lagi pusingan dan dengan perkongsian mata peneraju kejohanan dan ditambah dengan penyertaan pelumba-pelumba terkenal Asia ternyata pusingan-pusingan seterusnya akan lebih sengit dan menarik.
Popularity: 16% [?]
Related posts:
- APRC Malaysia 2011: Proton Mendominasi Podium!
- Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!
- MRC 2010: GSR Pennzoil Menang Tiga Tahun Berturut-Turut di Perlis!
- Juara 4 Kali APRC, Cody Crocker Sertai Pennzoil GSR Racing Team
- Air Asia Rakan Baharu Pasukan Pennzoil GSR Racing









Pergh…Pennzoil GSR Team mmg hebat
Hope GT could give better picture quality at least like this
http://www.permaisuri.com/autoshow/autoid/20110601090647/WRX-GDB.html