Honda Jazz Wajah Baru

Honda Jazz Malaysia 2011.08

Honda Malaysia Sdn. Bhd. [HMSB] pada Rabu melancarkan Jazz wajah baru. Model baru itu didatangkan dengan gayaan sporty, keselamatan dan utiliti yang dipertingkatkan serta warna baru.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, Jazz telah banyak memenangi hati peminat di serata dunia dengan rekaan ikonik dan ruang yang luas, serbaguna serta hemat minyak yang menjangkaui tanggapan pelanggan mengenai kereta kompak konvensional. Bukan setakat memenangi pelbagai anugerah daripada pelbagai agensi dan media, kedua-dua generasi Jazz telah terjual sebanyak 3.7 juta unit di seluruh dunia.

Mengikut Yoichiro Ueno, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Jazz menjadi pilihan pasangan dan individu yang mencari kombinasi imej bergaya dan pemanduan menyeronokkan tanpa mengorbankan keselesaan, ruang dan prestasi kereta bersaiz sederhana.

Honda Jazz Malaysia 2011.03

Antara ciri-ciri tambah nilai pada Jazz itu ialah Vehicle Stability Assist [VSA] yang berfungsi bagi menghalang kenderaan dari menggelincir semasa selekoh. Pada bahagian luaran, Jazz dipasangkan bampar depan dan belakang yang lebih aerodinamik selain daripada lampu kabus baru. Pada bahagian kabin, ruangnya disegarkan semula dengan skema warna baru iaitu kombinasi biru-hitam pada kerusi dan panel pintu serta cahaya berwarna ambar pada meter kelajuan dan paparan audio.

Spesifikasi enjin Jazz masih lagi dikekalkan iaitu 1.5 liter i-VTEC 120ps yang dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan automatik. Sistem keselamatan pula terdiri daripada dua beg udara, ABS dan tambahan penahan kepala pada penumpang tengah belakang.

Honda Jazz Malaysia 2011.10

Jazz baru ditawarkan dengan satu warna ekstra iaitu Brilliant Orange Metallic di samping warna sedia ada iaitu Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Brilliant White Pearl.

Perubahan-perubahan yang dilakukan walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang peningkatan harga, masih lagi kekal pada RM109,800…

-Mak/d Uia-

Popularity: 20% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Honda Jazz Wajah Baru!
  2. Honda Jazz Hybrid
  3. Honda Jazz Si
  4. Concept M: Khas Buat Peminat Honda
  5. Honda Insight: Kereta Hibrid Termurah!

14 Komen lu orang:

  1. jangan beli .. mahal!!.. dah ler bumper buruk eeuuwwwwww..keh keh keh

    VSA tu bukan dah ada pada model sama tahun 2008 ker?

  2. ah..kegemaran sepat barangkali..

  3. myvi..myvi..myvi..tgk kaler jazz tu pun tiru myvi SE hehe

  4. Mahal…mahal…mahal…camne gua nak beli ni?

  5. pergh….mahal tul….baik tunggu exora turbo je…huhuhu

  6. Sesunggunya Veyron lagi mahal. Sekian.

  7. ad iras2 myvi la….msty honda xdk idea dh ny…

  8. smart!! i will get it…yeaahhh

  9. Ija, jangan beli. Because u better buy Jazz hybrid. Jazz Hybrid very good in daily commuter. Walaupun Jazz Hybrid slow berbanding Honda Jazz biasa, tapi banyak perubahan dari segi exterior dan interior dan juga murah der.

    Gua pun hairan kenapa Jazz nih sangat mahal. Come on! Jazz digunakan untuk kegunaan harian dan juga daily mover. Jazz is not for the rich! Honda Jazz adalah kereta Sejuta Umat dimana semua rakyat can buy this ride!

    Honda Jazz bukan untuk disimpan dalam Showroom jer, dimana kereta ini tidak seharusnya menjadi sebuah kereta Premium! Ini bukan BMW! kenapa kereta Sejuta Umat nih berada dalam kategori Premium? Honda Malaysia, put this ride in the same bracket price between Vios, then say bye-bye to Vios! mark my word! Perodua u scare hah! Jazz Better Than Myvi! RM109,800? Stupid Price! Honda Jazz/Fit & Ford Fiesta are the best! This two ride are Rival in US Market. F**K Yeah!

  10. dont buy jazz.. buy myvi instead.. like me.. myvitek rulesssssssssssss

  11. serius, next year gua nak Kia Rio, Chevy Sonic turbo dan Hyundai Accent Hatch masuk market B-Segment untuk bersaing dengan kete lain.
    Sepat, Kancil, Kelisa & Kenari still my favourite. Myvi not so good. Your aunt oledi booking Ford Fiesta meh? ceh…last-last cancel jer..

  12. CM Punk

    itu fiestaa gua antar majalah sulah book maaa.. nanti sudah beli gua posing mcm kereta gua punya lepas tu hantar majalah mangga

  13. Good morning Sepat. peh. Gua bagi list kereta yang patut lu survey.

    1.Citroen
    -Nice rides but Brooklands Motors are the worst! Dont buy Citroen nanti you menyesal kata uncle bimmer gua. Peh (serius, design Citroen alaf baru memang best berbanding zaman Tiara Mat Kuntau)

    2.Renault
    -Semua kereta resing dan rege premium jer, tidak mendapat sambutan tempatan. Only enthusiast jer berminat. (wa respek Carlos Ghosn, but Nissan better)

    3. Subaru
    -SUV dan STI semua mahal giler. no entry level segment and daily rides. (Cuma mampu beli 2nd hand STI jer)

    4. Skoda
    -Rare species in Malaysia. Boring design and overpriced in Malaysia. (VW better)

    5. Chery, Chana, Era, Mahindra
    -Murah tapi kualiti okey ke? Kalau beli Eastar dan kereta komersil okey jer, tapi still not so good. (Buy Perodua or Proton better, But Datsun is Back!!)

    6. Lotus
    -Sport car jer. Still a Toyota. For enthusiast only. (Bunga lotus lagi murah der)

    7. Lexus, Infiniti, BMW, Merc, Audi, Volvo, Alfa, Land Rover, Jaguar, Buick, Mini

    -Not in my league. For richest man only maa. dont bother this segment. no money no talk. (cuma mampu beli BMW E46, Volvo S60, Lexus IS200, Alfa Romeo 146 2nd hand jer, nak beli BMW F30 mana mampu der)

    8. Porsche, Lambo, Ferrari, Aston Martin, Maserati, Bentley, Scania, Bugatti, Fisker Karma, Tesla

    -This ride for Justin Bieber, Mark Zuckerberg, Daniel Radcliffe, Cristiano Ronaldo, Warren Buffett and the rest wealthy and richest wannabe VVIP only jo. This segment Out of league for low income like me. Hahahah! (Cuma dalam video game jer dapat merasai kelajuan dan feeling memandu kereta nih)

    9.Proton, Perodua, Toyota, Honda, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Suzuki, Isuzu, Ford, Chevrolet, Peugeot, Volkswagen, Hyundai KIA.
    -gua, sepat and the rest GT readers, focus on this brand. dont blame the Tax, just buy and drive it to believe. Peh. Chevy forever~

  14. remeber. 10K gross salary is good to buy bmw?

Lu komen kat sini: