Archive for April, 2011

Honda Tampil Dengan Kapcai Baru Yang Sporty

Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini memperkenalkan motosikal baru, Honda Wave Dash yang terus menawan hati golongan pencinta motosikal yang mengutamakan prestasi termaju, keselesaan, keselamatan dan reka bentuk pada sebuah motosikal. Honda Wave Dash merupakan produk kedua dalam rangkaian model “All Mode Mighty Series”. Ia menambah tawaran produk [...]

Honda Jazz Wajah Baru

Honda Malaysia Sdn. Bhd. [HMSB] pada Rabu melancarkan Jazz wajah baru. Model baru itu didatangkan dengan gayaan sporty, keselamatan dan utiliti yang dipertingkatkan serta warna baru. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, Jazz telah banyak memenangi hati peminat di serata dunia dengan rekaan ikonik dan ruang yang luas, serbaguna serta hemat minyak yang menjangkaui tanggapan [...]

VW Beetle: Model Baru Yang Klasik

Baru-baru ini Volkswagen (VW) memperkenalkan kepada umum model terbaharu tetapi klasik dalam sejarah penubuhannya, Beetle. Kereta ‘kumbang’ ini begitu mayshur hinggakan apabila ditanya mereka yang tidak arif hal-ehwal kereta pun berkemungkinan tinggi akan mengenalinya. Salah satu faktor popularitinya ialah rekabentuk yang pelik dan hampir-hampir tidak berubah sejak dari mula diproduksi pada tahun 1938. Generasi terbaru [...]

Peningkatan Kualiti Kereta Proton Mengukuhkan Penerimaan Pengguna

SHAH ALAM, 22 APRIL 2011 – PROTON melancarkan Kempen Kualiti 2011 bagi menggalakkan seluruh kakitangannya agar terus melipatgandakan usaha untuk menambahbaik tahap kualiti dalam operasi dan perkhidmatan demi menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan kompetitif samada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Dengan tema ’Kualiti Berlandaskan Inovasi’ untuk tahun 2011, kempen yang merupakan acara tahunan PROTON [...]

Scion FR-S Concept Coupe: Inspirasi AE86

Kita dah banyak didedahkan dengan imej model gantian Toyota Levin, namun kereta sebenar masih lagi tidak muncul. Kali ini di New York, Toyota sekali lagi bermain dengan model konsep, bezanya ia dijenamakan di atas nama Scion FR-S. Entah kenapa Toyota tidak menggunakan namanya sendiri, L-FA di bawah nama Lexus dan kini Scion FR-S pula. FR-S [...]

Suzuki SX4, Kereta Penumpang Versatil

Crossover adalah kenderaan yang asing untuk pasaran tempatan. Hakikatnya kenderaan ini adalah versatil, dengan jarak kelegaan bumi yang selesa serta rekaan yang rugged ianya sesuai untuk pelbagai kegunaan, anda boleh memandunya ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, memunggah barang dapur dan kemudian pada hujung minggu keluar bandar meredah hutan kecil untuk memancing dan berkelah. [...]

IRC Sepanyol 2011: Mata Pertama Untuk Proton

Giandomenic Basso berjaya mengutip mata pertama musim ini untuk Proton di Rally Islas Canarias El Corte Ingles di Sepanyol yang merupakan pusingan kedua Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pemandu dari Itali itu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan memperolehi 2 mata dalam kategori pemandu dan 16 mata dalam kategori pengeluar. Proton adalah pengeluar Asia terbaik pada [...]

Air Asia Rakan Baharu Pasukan Pennzoil GSR Racing

Air Asia kini secara rasminya terbabit dalam sukan rali apabila syarikat tersebut menaja pasukan Pennzoil GSR Racing dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dan Kejohanan Rali Malaysia [MRC]. Air Asia bukan nama asing dalam bidang sukan di Malaysia dan antarabangsa dengan penglibatan mereka di dalam Formula Satu, Moto GP, bola keranjang, bola sepak dan kini [...]

Edaran Tan Chong Motor Akan Terbangkan Pemilik Nissan Teana ke Paris, Perancis

Kuala Lumpur (1 April 2011) – Seorang ahli perniagaan, Encik San Mun Sow berasa sangat gembira apabila dihadiahkan dengan satu pakej penerbangan ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Bisnes, selain penginapan tiga malam di sebuah hotel lima bintang untuk dua orang kerana memenangi cabutan bertuah peraduan “Menangi Percutian ke Paris dengan A380” anjuran Edaran [...]

Video: Audi Korner Baring

Kah kah kah. What crazy. Gua tak paham sepatah haram pun video ni. Gua tau kereta Audi ni korner baring. Demi KPI yang dah lama gua tinggal gua gagahkan jua. Sekian. Babai. -Matpon-