Archive for March, 2011

Video: Ujian Pra Musim Proton Satria Neo S2000 di San Remo

Gua ni memang dah rindu dengan bunyi kereta rali. Haih. Video di atas ialah Giandomenico Basso, juara musim pertama IRC. Proton panggil dia untuk ujian di San Remo sebagai persedian rali musim 2011. Basso adalah juara musim pertama IRC. -Mak/d Uia-

Proton Tandatangani MoU Dengan Nissan

Pada 2 Mac lepas Proton mengumumkan mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman [MoU] dengan Nissan bagi mengkaji peluang-peluang baharu dalan mengukuhkan kebersaingan bersama dalam pasaran global. Berdasarkan kajian ini yang akan mengambil masa selama 3 bulan, kenderaan generasi baharu Proton akan menggunakan teknologi dan kepakaran pembuatan terpilih Nissan. “Kerjasama ini akan mengurangkan masa pembangunan produk baharu [...]

Proton R3 Satria Neo – Pandu Uji Singkat

Tengah hari semalam dalam cuaca mendung saya ke kilang Proton Shah Alam untuk pandu uji Proton R3 Satria Neo. Ikutkan skru GT boleh tahan sibuk tetapi memandangkan ramai yang teruja dan hits carian R3 Satria Neo tinggi tak sampai hati rasanya nak lepaskan kereta ini, tambahan pula kereta hac memang sentiasa di hati. Baru-baru ini [...]

DIJUAL: Subaru Forester

Amid nak jual kereta. Sapa nak beli Forester boleh la interkom dia. Gua dengar dia nak beli Skyline. Sapa ada buyer gua tak bagi komisyen ekekeke. RM55k aje der. Sekian. -Matpon-

Toyota Prius+: Wish Hibrid

Diikutkan Toyota Wish bukanlah MPV bersaiz penuh sebab kerusi barisan ketiga boleh tahan sempit. MPV ada 2 kategori, bersaiz penuh atau sederhana. Saiz penuh ialah konfigurasi kerusi selesa untuk 7 atau 8 penumpang, MPV sederhana pula jenis kerusi 5 + 2, maknanya selesa untuk 5 penumpang dan azab untuk penumpang barisan ketiga. Kalau kanak-kanak macam [...]

Proton R3 Satria Neo

Dijuruterakan untuk pemanduan yang dinamik, Proton pada semalam memperkenalkan kereta hac eksklusif Proton R3 Satria Neo. Dibina oleh Divisyen Permotoran Proton di bawah jenama Race, Rally, Research [R3] kereta ini mudah dikenali dengan warna Fire Red dengan bumbung hitam. Enjin 1600cc Campro CPS yang digunakan pada Satria ini dipertingkatkan lagi dengan peralatan Stage 2 R3 [...]

MRC 2011: Cabaran Bakal Bermula

Sejumlah nama-nama besar dijangka akan menyertai pusingan pembukaan APRC yang juga sebahagian dari MRC 2011 di Plaza Angsana Johor Bahru dan Estet Tai Tak di Kota Tinggi bermula 1 hingga 3 April. Buat pertama kalinya juga, peringkat istimewa pendek berjarak 2km dibina di kawasan bersebelahan Plaza Angsana untuk menyuntik lebih kesedaran umum terhadap sukan rali. [...]

Toyota Verso-S

Toyota kembali ke segmen B-MPV [mini MPV] dengan model baharu iaitu Verso-S. Menariknya Toyota mengakui Verso-S antara yang terkecil di antara pesaing dalam segmen tetapi macam biasa, benda-benda kecil tetapi rasa besar adalah kepakaran Toyota dan sekutu mereka iaitu Daihatsu dan Perodua dan kini mungkin juga Subaru. Toyota boleh diberi kredit kerana mereka adalah pelopor [...]

Selingan Mata [29]

Kah kah kah kah. Sekarang macamana kira? Gua rasa brader ni ada talent. Silap-silap kalau gua kena tendang bos gua dah calon. Huk huk huk huk. -Matpon-

Mitsubishi Colt Juro Special Edition

Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard. Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak [...]