Archive for February, 2011

Hyundai i10 Wajah Baharu

Hyundai i10 kini mempunyai wajah baharu. Perubahan yang dibuat adalah pada interior serta luaran yang mempunyai kesinambungan daripada model baharu Hyundai lain seperti ix35 dan ix20. Selain daripada kosmetik, i10 turut dipasang enjin 1.0 liter Kappa menggantikan enjin 1.1 liter Epsilon. Enjin 3 silinder Kappa dikatakan lebih jimat minyak dengan emisi yang sangat rendah. i10 wajah [...]

Renault Wind Roadster Gordini

Selepas kejayaan melancarkan Twingo dan Clio edisi Gordini, Renault menambah koleksi edisi istimewanya dengan melancarkan Wind Roadster Gordini. Kereta coupe-roadster ini diwarnakan dengan skema Gordini berwarna biru Malta dengan jalur putih berkembar dari depan hingga belakang kereta. Warna putih diteruskan pada cermin sisi dan corong udara gril depan. Logo huruf G melengkapi penampilan Gordini. Pada [...]

Mazda MX-5: 900 Ribu Unit Di dunia!

Jumlah total produksi Mazda MX-5 mencapai 900 ribu unit pada 4 Februari 2011. Pencapaian signifikan ini diperoleh 21 tahun dan 10 bulan selepas pengeluaran skala besar atau paling tepat pada April 1989. Pencapaian ini juga menjadikan MX-5 sebagai kereta sport 2 pintu paling laris di dunia macam goreng pisang panas [atau penapis air MLM atau [...]

Five Axis Project CT: Lexus CT 200h

Masalah dengan kereta hibrid ialah penampilan yang kurang menarik dan susah hendak mempengaruhi pembeli muda sedangkan mereka adalah demografi yang signifikan. Walau bagaimanapun di tangan penala kereta kita boleh lihat mereka menyalahi falsafah hibrid, penala-penala terkenal sudah pun memasang kit super caj atau turbo pada kereta hibrid. Ini adalah indikasi yang jelas bahawa kereta hibrid [...]

VW Race Touareg

Serentak dengan tontonan umum Touareg Gold Edition di Qatar seperti yang ditulis semalam, VW turut menampilkan sebuah lagi model sama tetapi dengan modifikasi berbeza iaitu Touareg 3. Model ini adalah versi jalanan Race Touareg 3 dengan kuasa pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam masa kurang dari 6 saat. Badan SUV yang bersaiz 6 [...]

RS27: Enjin Formula Satu Renault

Renault kini terlibat secara tidak langsung dalam Formula Satu, pembuat kereta dari Perancis hanya membekalkan enjin kepada pasukan iaitu Lotus Renault GP, Red-Bull Racing Renault dan Team Lotus Renault dan ketiga-tiga pasukan baru sahaja melancarkan kereta mereka pada ujian pra musim di Sepanyol. Menariknya ketiga-tiga pasukan menggunakan enjin yang sama daripada Renault Sport F1, bahagian [...]

VW Touareg Gold Edition

VW Touareg Gold Edition benar-benar dicipta sebagai kereta mewah. Pemiliknya boleh pandu ke mana sahaja lokasi tetapi yang menjadi masalah ialah tempat parkir kerana sempena dengan namanya SUV ini dilengkapi emas 24 karat yang disadur pada suis-suis pada bahagian interior. Touareg Gold Edition ini diwarnakan Magic Morning dengan aksesori lain seperti rim custom bersaiz 22 [...]

Kenderaan Terbaik Euro NCAP 2010

Baru-baru ini Euro NCAP mengumumkan lima kereta terbaik tahun 2010. Tahun lepas Euro NCAP melakukan ujian pelanggaran untuk 29 buah kereta di mana 65% daripadanya mendapat capaian 5 bintang berbanding 90% pada tahun 2009. Pengurangan 25% ini menunjukkan kriteria untuk mencapai lima bintang pada tahun 2010 lebih sukar. Antara kereta dengan hasil ujian terendah ialah [...]