VW Race Touareg

VW Race Touareg 2011.02

Serentak dengan tontonan umum Touareg Gold Edition di Qatar seperti yang ditulis semalam, VW turut menampilkan sebuah lagi model sama tetapi dengan modifikasi berbeza iaitu Touareg 3. Model ini adalah versi jalanan Race Touareg 3 dengan kuasa pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam masa kurang dari 6 saat.

VW Race Touareg 2011.01

Badan SUV yang bersaiz 6 meter lebar telah diubahsuai sedikit untuk kegunaan harian dan roda yang asalnya bersaiz 16 inci ditukar kepada 18 inci dari jenama BBS. Signatur tulisan Race Touareg berwarna emas memenuhi sisi kereta yang ditindan atas warna Magic Morning iaitu warna putih dengan bayangan warna emas. Interior kereta yang asalnya digunakan untuk perlumbaan Rali Dakar diubahsuai dan satu-satunya peralatan yang tidak diusik ialah sangkar keselamatan. Para pereka menggunakan konsep interior yang dipanggil Stealth Look yang mana memberi imbasan kokpit Touareg versi perlumbaan.

Sumber: VW

-Mak/d Uia-

Popularity: 13% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. VW Race Touareg 3: Buat Rali Dakar!
  2. VW Touareg Gold Edition
  3. Motor: Topi Keledar SHARK
  4. Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010
  5. Volkswagen: Kos R&D Saja Lebih RM20 Bilion!

6 Komen lu orang:

  1. best…

  2. Menarik tp 2 pintu jer…

  3. dia punya skup angin…

  4. proton tak nak try ke…??

  5. nampak gagah perkasa tul…

  6. biar btol tak kan 6 meter lebar, 6 meter panjang kot..hehe

Lu komen kat sini: