Archive for February, 2011

Video: Hidup Sebatang Absorber

Hi. Nama gua Ohlins. Gua rasa penat juga hidup sebagai absorber ni. Tapi tuhan marah kalau kita mengeluh pasal hidup. Ok. Sebenarnya nama gua Matpon. Ohlins ni gua saspek 1 hari nanti gua nak interview dia. Dah lama gua tak buat kerja interview-interview ni. Lu tengok! Lu tengok! Barulah boleh flashback teori jirim pitagoras asbestos [...]

Mitsubishi Delica D:2

Mitsubishi pada Khamis lepas melancarkan van mini kompak Delica D:2. Walaupun kompak tetapi mempunyai interior yang luas dengan ciri-ciri mesra penumpang seperti pintu gelungsur pada kedua-dua sisi serta kerusi pelbagai aturan. Delica D:2 menggunakan enjin cekap bahan bakar 1.2 liter yang dikahwinkan dengan transmisi CVT dengan kesemua varian layak menikmati cukai kereta-eko Jepun sehingga 75%. [...]

Mitsubishi i-MiEV, Kereta Elektrik Capai 4 Bintang Euro NCAP

Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan [...]

Red Bull Skoda Team

Pasukan Red Bull Skoda akan membuat penampilan pertama pada 5 hingga 6 Mac ini pada Rali Mexico iaitu pusingan pertama S-WRC musim 2011. Juara IRC tahun lepas, Juho Hanninen dan Mikko Markkula akan berlumba dengan Skoda Fabia S2000. Rali Mexico merupakan salah satu pusingan paling mencabar dan stim dalam siri S-WRC. Trek tanah sekitar Leon [...]

Proton S16 [Saga] Capai 3 Bintang ANCAP

Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j. Ujian ini adalah yang [...]

Maersk Tempah Kapal Kontena Terbesar Dunia Daripada Daewoo

Entri ini adalah yang pertama mengenai kapal kontena dalam GT. Dalam keghairahan sesetengah daripada rakyat 1Malaysia membandingkan betapa tertinggalnya Proton dengan syarikat Korea hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa negara itu sudah lama bermain dan bernafas minyak dan kejuruteraan. Suka untuk dikongsi bersama sekutu, Lee Myung-bak, Presiden Korea Selatan, adalah antara tenaga kerja yang terlibat [...]

Hyundai i40: Macam Biasa, Boleh Tahan Cun!

Imej Hyundai i40 sebelum ini banyak didedahkan ikut stail Matpon, main selingan mata dan kalau ikut lakaran memang gempak. Akhirnya Hyundai secara rasmi berkongsi dengan media gambar sebenar model yang akan dilancarkan serentak dengan slogan baharu iaitu New Thinking. New Possibilities. i40 juga adalah refleksi semangat perubahan di Hyundai dan mewakili konsep terbaru iaitu modern [...]

Lotus Elise Club Racer

Satu kelebihan kereta-kereta Lotus ialah beratnya yang ringan macam kertas bukan kerana penjimatan kos seperti kereta-kereta lain tetapi kerana falsafahnya iaitu untuk laju, ringankannya [to add speed, add lightness]. Baru-baru ini ramai yang skeptik Lotus akan lari daripada falsafah tersebut namun Lotus Elise Club Racer telah membuktikan sebaliknya. Jurutera Lotus telah mendietkan kereta yang sedia [...]

Video: VW Golf24

Helo geng. Gua memang suka buat follow up entry  bos gua. Senang keje gua. Lagi senang kalau post video ekekekekeke. Gua rasa nama Golf ni tak berapa nak matching buat nama kereta. Masalahnya sekarang Golf tu orang main kat padang. Masalahnya sekarang orang memang suka letak nama pelik-pelik. Masalahnya sekarang ni apa yang penting kawan-kawan? [...]

Honda Civic 2012

Pelbagai komen mengenai Honda Civic generasi ke 9, ada yang kata cun, ada yang kata biasa-biasa dan paling ekstrem ada yang kata Honda dah kering idea. Walaupun secara visualnya Civic ini tidak banyak berubah daripada model sebelumnya tetapi itu adalah sifat Honda, kebanyakan model hanya dievolusikan dan bukan revolusi. Selain daripada itu, rekaan-rekaan lama masih [...]