Archive for January, 2011

Pemandu Malaysia dan Jepun Menguasai Perlumbaan Rotax Max Jemputan 2011

Pada 9 Januari lepas telah berlangsung di litar Go Kart Sepang Perlumbaan Rotax Max Jemputan 2011. Pemandu tempatan, Akash Neil Nandy yang berusia 14 tahun mendominasi perlumbaan seterusnya menjadi juara kategori junior. Akash mendahului dari petak utama perlumbaan di hadapan pemandu Jepun, Ukyo Sasahara di dalam cabaran 20 pusingan itu dengan msa 16 minit 45.898 [...]

Kia Rio Generasi Baharu

Lakaran rasmi Kia Rio baharu telah didedahkan kepada umum dengan rekaan yang berani sebagai tanda langkah besar dalam evolusi rekaan Kia. Rio baharu ini lebih panjang, rendah dan lebar daripada model sekarang serta direka untuk menyuntik emosi pada kenderaan segmen B dengan mensasarkan konsumer yang energetik dan progresif yang mahukan rekaan berbeza daripada yang lain. [...]

Toyota Prius v

Apabila pertama kali baca mengenai Toyota akan meng’mpv’kan Prius, saya akui agak teruja, perubahan sikap ini ialah kerana ialah MPV dicampur Prius persamaannya ialah MPV hibrid. Dan pada Isnin Toyota memperkenalkan Prius v dengan huruf v merujuk kepada Versatility. Prius v bukanlah MPV tujuh tempat duduk tetapi sebuah station wagon bersaiz sederhana atau gambaran yang lebih [...]

Bengkel Pennzoil-GearTinggi

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Gunaseelan Rajoo adalah jagoan rali tempatan dan acap kali ditampilkan dalam GearTinggi. Bersama Faidzil Alang, juara litar tempatan dan penala pemanduan dan pengendalian Proton Motorsports dan pemilik FA Racing mereka bergabung dalam Bengkel Pennzoil – GearTinggi. Bengkel maya ini berfungsi untuk menyelesaikan masalah kereta anda, memang pening kepala kalau ada masalah [...]

Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010

Pada bulan September 2010 seramai lima orang telah dipilih sebagai pemenang peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi. Pemenang dihadiahkan pakej servis kenderaan Pennzoil Autocare serta bonus cenderamata Pennzoil manakala tips pemanduan selamat pula saya minta dihalalkan sebab sesi tersebut terpaksa dibatalkan. Kepada yang gagal saya minta maaf sebab hadiah hanya terhad kepada lima set sahaja. [...]

Honda Civic Concept dan Civic Si Concept

Honda Civic Concept dan Honda Civic Si Concept dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara semalam, model konsep yang memberi bayangan Civic generasi kesembilan yang bakal dijual beberapa bulan lagi. Civic for all people – frasa untuk generasi pertama Civic dan model kesembilan ini masih lagi dipegang di mana pengguna ditawarkan pelbagai [...]

Selingan Mata [28] Honda Civic Concept

Hi! Saya Matpon lagi. Saya tau awak semua mesti suka Honda Civic kan. Saya suka Veyron. Semalam saya tido awal. Tapi bos saya asyik cerita KPI. Sekian lagi sekali. -Matpon-

Selingan Mata [27] Toyota Prius Family

Hi! Nama saya Matpon, semalam saya tunggu Toyota Amerika tunjuk kereta ni lah tapi saya tido awal. Sekian. Sumber: Toyota -Matpon-

Selingan Mata [26]

Kebiasaannya Matpon yang buat entri selingan mata, tetapi kali ini minta maaflah Encik Matpon sebab projek ini standardnya macam kontraktor kelas A. Bagi pada lu gua tak tau apa akan jadi. Apa pun, kalau sekutu susah nak baca poster di atas, bunyinya adalah; “Senyum semacam aje! Ada projek besar untuk pembaca GT!,” Projek ini kita [...]

Proton Bersaing dalam Rali Monte Carlo

Proton akan memulakan kempen rali antarabangsa 2011 dengan menyertai rali Monte Carlo dari 18 hingga 22 Januari yang juga pusingan pembukaan Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pasukan Proton Motorsports menerima Jalur Gemilang daripada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek pada Selepas lepas di Shah Alam. Turut hadir ialah Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir [...]