Chevrolet Orlando

Chevrolet Orlando 2010.02

Kenderaan pelbagai guna [MPV] adalah model yang tidak boleh diabaikan oleh pembuat kereta. Chevrolet turut tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan Orlando, MPV pertamanya untuk pasaran Eropah. Sebagaimana MPV sederhana lain, Orlando dilengkapi tujuh tempat duduk dan uniknya MPV ini ialah bumbungnya yang rendah. Walaupun rendah, pereka Orlando meninggikan kerusi barisan kedua dan ketiga seterusnya membolehkan penumpang melihat keluar dengan jelas.

Chevrolet Orlando 2010.01

Menjadi trend pembuat kereta menggunakan platform kereta sedan untuk MPV dan begitu juga Orlando yang menggunakan Cruze sebagai asas. Untuk enjin, pembeli mempunyai tiga opsyen iaitu 1.8 liter petrol berkuasa 141 hp, dan dua enjin diesel 2.0 liter berkuasa 131 hp dan 163 hp.

Badan muskular ala kereta kereta Amerika.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

7 Komen lu orang:

  1. Orlando Bloom kena beli ni?…haha

  2. macam rupa SUV pon ada gak..

  3. tak nampak mcm mpv…body muskular camni mesti mahazam suke…hehehe…

  4. ada nmpk mcm prado

  5. menarik perhatian jgk nie……

  6. mcm citer Hawaiia Five-0 malam tadi kat channel 721 HD .. chevvy yg bawak jeneral jahat (saje gua nak ckp gua pakai astro Beyond) keh keh keh

  7. tak baik riak sepat…hehe

Lu komen kat bawah: