Bengkel Pennzoil-GearTinggi

SBengkelPennzoilGT04.01

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Gunaseelan Rajoo adalah jagoan rali tempatan dan acap kali ditampilkan dalam GearTinggi. Bersama Faidzil Alang, juara litar tempatan dan penala pemanduan dan pengendalian Proton Motorsports dan pemilik FA Racing mereka bergabung dalam Bengkel Pennzoil – GearTinggi.

Bengkel maya ini berfungsi untuk menyelesaikan masalah kereta anda, memang pening kepala kalau ada masalah dan lebih bermasalah jika tidak selesai, duit, masa dan tenaga habis begitu sahaja.

Dengan rekod lebih 20 tahun Faidzil dalam industri automotif, beliau akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyelesaikan permasalahan yang anda hadapi.

Jika ada masalah dengan enjin, tayar, suspensi, elektrikal atau ingin bertanya mengenai permotoran emelkan butiran lengkap ke geartinggimedia@gmail.com

Paling menarik, tiga soalan yang dijawab pada setiap bulan akan menerima minyak pelincir sumbangan UMW Pennzoil.

Terbaik untuk sekutu. Jemput bertanya!

:-)

-Mak Uia-

Popularity: 11% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. KEPUTUSAN: Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010!
  2. TAMAT: Peraduan Raya GSR Pennzoil-GearTinggi 2010!
  3. Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010
  4. KLIMS 2010: UMW Pennzoil Sdn. Bhd.
  5. GSR Pennzoil – GearTinggi.com Taxi Ride!

14 Komen lu orang:

  1. nak tanya ape yer……..

  2. gua takmo tanyalah..karang kalau gua punya soalana dijawab, gua pula yang menang..si helmi juga yang kecik hati.kehkehkeh

    cikgu, lama tak nampak dalam GT ni..

  3. min : ada……. saje jer menyepi kejap..

  4. Min
    Gua tak kecik ati la…lagi berbesar hati sekutu2 rapat gua menang …haha
    Cikgu : tanya la…gua pun dah tak tau nak tanya soklan ape ni ha…

  5. soalan cepumas…apsal susah sangat subjek mekanik dynamic….

  6. Pelug
    Lama tak nampok bro? BZ study ke?…hehehe

  7. gua time besdei dudlu (sblm kawin) takde sape ingat nak bagi present.. gua pi sogo .. beli apa barang gua nak ..suruh sogo wrap..pi pej pos.. dan poskan ke alamat opis.. keh keh keh … so what? takde sape pun tau gua punya idea ..ok lu org boleh ciplak

  8. btw mak uia.. gua ingat lu kena buat satu windows kecik kat sebelah forum ni utk soklan bertanya dan jawapan dari panel2 kehormat sedara guna dan faidzil ..kalau post sini rasa tak sesuai ..pendapat gua laa.. tq

  9. gua nak tanye nape wira gua tak pickup2…1.3 tukar 1.5, rase lbh krg je…tukar clutch plate 1.6, same je…extractor 4-2-1, bunyi je gempak…1.3 ngn 1.5 tu beza topspeed je..tp pickup tetap hampeh…gua oberhaul enjin, same gak…aduh…pening pk…

  10. Mak UIA
    Soklan bkn post kat sini kan…kena hantar ke geartinggimedia@gmail.com…betul kan?

  11. Sepat
    Entri intro, kemudian baru letak pada menu sisi.

    Caparzo
    Lagi afdal hantar emel.

  12. ok. soalan gua ialah tade soalan. sekian.

  13. kenapa matpon malas nak buat entri panjang…???

    kenapa mesti matpon yg selalu buat selingan mata…??

  14. caparzo
    gua skang nie sambung lagi gua nyer study..projek keta rally gua tangguh dulu..finance tak cukup..
    dok kl tapi broadband cam haram dia punya service

Lu komen kat sini: