FA Racing – Niko Niza Racing: Pusat Sehenti Permotoran

Bengkel FA Racing Niko Racing.22

Dalam menala kereta susah hendak cari yang berkenan di hati, kadang-kadang kita tidak tahu mengenai rekod bengkel, jika bagus dan jujur, kita yang puas hati jika tidak maknanya duit pun hangus dan kereta pula entah ke mana. Baru-baru ini saya ke Bengkel FA Racing dan Niko Niza Racing yang terletak di bawah satu bumbung di seksyen 27, Shah Alam.

Bengkel ini masih lagi tidak sempurna tetapi kereta-kereta projek yang diparkir di dalamnya adalah hebat-hebat belaka. Ada tiga buah kereta rali GSR Pennzoil Racing iaitu Proton Putra 4WD Turbo, Mitsubishi Evolution 9, Mitsubishi Evolution 10 dan half cut Evo 10 yang dengar kata akan disalin ke dalam Proton Inspira. Kereta pelanggan lain juga tidak kalah, ada sebuah Mitsubishi Evolution, Mazda RX7 dan sebuah kereta dalam pembikinan – Proton Wira Aeroback 1000 hp! Gila.

Bengkel FA Racing Niko Racing.20

Di bawah premis ini ialah FA Racing yang diasaskan dan diuruskan oleh Faidzil Alang dan isteri. Faidzil adalah pemandu ujian Proton Motorsports dan sudah banyak kereta dikerjakan termasuklah sejumlah piala dan pingat perlumbaan yang dimenangi. Senang cerita FA Racing ialah konsultan perlumbaan, servis yang ditawarkan ialah teknik dan tunjuk ajar sama ada pemanduan harian atau perlumbaan dan juga persiapan kereta rali dan trek. Faidzil  boleh membantu mereka yang berminat hendak berlumba tetapi tidak tahu di mana hendak bermula, beliau akan mengajar teknik memandu dari sifar hinggalah mahir dan antara kejayaannya ialah pasukan Brothers in Racing yang memenangi tempat ketiga kategori touring production pada Merdeka Millenium Endurance Race [MMER] 2010. Faidzil bukan setakat mengajar teknik memandu tetapi turut membangunkan krew pasukan. Selain dari itu, Faidzal Alang dan Wan Mohd Hafiz adalah hasil asuhan Faidzil yang turut meraih kejayaan tersendiri dalam Kejohanan Rali Malaysia [MRSC] dan Kejohanan Rali Sprint Malaysia [MRSC]. Terbaharu rekod peribadi Faidzil akan bertambah apabila beliau menyertai sukan drift dengan menyertai pasukan Tengku Djan.

Bengkel FA Racing Niko Racing.03

Sebuah lagi bengkel di bawah premis sama ialah Niko-Niza Racing. Niko adalah pakar fabrikasi chasis kenderaan. Beliau berpengalaman luas dalam pembinaan kereta buggy dan bersedia mencurahkan kemahiran dan pengalaman yang ada kepada sesiapa yang berminat. Semasa lawatan saya ke bengkel, Niko sedang asyik membina struktur Proton Wira Aeroback 1000 hp! Struktur kereta ini memang hebat dengan palang besi penuh satu kereta dengan tempat duduk di tengah. Wira ini bakal dilengkapi payung terjun di belakang kereta sebagai brek tambahan dan boleh dijamin akan menggegar perlumbaan drag tanah air.

Bengkel FA Racing Niko Racing.09

Idea di sebalik bengkel ini ialah pusat sehenti permotoran, tidak perlu susah-susah menunda kereta dari satu bengkel ke satu bengkel, di sini anda boleh belajar memandu, menala kereta dan membinanya sekaligus oleh pakar yang terkenal dan mempunyai rekod yang cemerlang. Tidak banyak bengkel yang mempunyai servis komprehensif begini.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka, dail sahaja Faidzil di 012 934 7441 atau emel fa.racing@gmail.com

-Mak/d Uia-

Popularity: 18% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Bengkel Pennzoil-GearTinggi
  2. Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!
  3. Air Asia X Taja Lotus Racing!
  4. Lotus Racing Adalah Team Lotus!
  5. F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

14 Komen lu orang:

  1. …1000hp!!!!…klu la kete praannnggg haku ade hp cm2…perghhh

  2. er, kereta Evo X GSR tu bila nak beraksi?? dari tahun sudah duduk dalam garaj aja..

  3. kalo mau bikin kete Myvi gua bleh?…hahaha..BOT

  4. terbaik lah… harap ada lebih banyak OSC mcm nih….

  5. aeroback tu der!!!!KEMBANG IDUNG GUA JAP!!!

  6. fuyoo.. mane nk cekau duit ni.. nk bikin cronos jd 1000hp jgak..hehee

  7. Aeroback tuu…pada kulit luar aje..;-)

  8. FA Racing memang best la,majulah sukan permotoran untuk negara,

  9. dh jd aerobaek la plak..bkn aeroback lg

  10. gua nk mcm ni la nnti kt parking umah,e6 sebijik,pastu ada kete perang buat main drag…perghh…

  11. enjin 4 silinder 1000hp skrg bukan mustahil da.ramai da leh wat da.

  12. Lu orang rasa kalau gua tune Veyron berapa boleh pegi?

  13. brother…
    wa susah mau cakap sama pasal enjin…tapi wa ada hati dan lui mau bikin wa punya bini(wira a/b)..tapi wa tak tau nak buat cammana..kat sarawak cni kuat makan olang…wayeling saja punmau sampai 2k…mana mau simpan enjin lagi…pikir2,itu BIG Vtec boleh fit sama wira ah??blapa owh lia punya halga kat malaysia??kalau pasang??

    haiya…kuat sulsah…kasi impormation okay brother..

  14. Cant wait to get my Countach in there?

Lu komen kat sini: