Archive for January, 2011

DIJUAL: Yamaha RXZ ’88

Lu orang tau sepupu sepapat GT DagangKar kan? Nampaknya tu dah jadi KPI gua. Setakat ni komisyen yang gua dapat dah boleh beli Pagani Zonda trade in dengan Veyron tapi loan tak lulus sebab gua tak bayar PTPTN. Ok gua tipu. Lu orang tau Boss? Lu orang tau RXZ? Lu orang tau Yamaha? Lu orang [...]

FA Racing – Niko Niza Racing: Pusat Sehenti Permotoran

Dalam menala kereta susah hendak cari yang berkenan di hati, kadang-kadang kita tidak tahu mengenai rekod bengkel, jika bagus dan jujur, kita yang puas hati jika tidak maknanya duit pun hangus dan kereta pula entah ke mana. Baru-baru ini saya ke Bengkel FA Racing dan Niko Niza Racing yang terletak di bawah satu bumbung di [...]

Nissan dan Mazda Berkongsi Produk

Nampaknya perkongsian produk automotif bukan sahaja berlaku antara pengeluar dua negara bahkan di dalam negara sendiri. Terbaharu, Nissan dan Mazda mengikat perjanjian di mana Mazda akan membekalkan Premacy kepada Nissan bermula Mei 2011. Mazda Premacy dijual di serata dunia dan lebih dikenali sebagai Mazda5, ianya adalah antara produk utama Mazda dengan jualan kumulatif daripada tahun [...]

Proton Satria Neo Cusco Diuji di Jepun

Staf Proton Motorsports, Suriya Sankaran dan Faidzil Alang kini berada di Tokyo, Jepun bagi menghadiri sesi ujian Proton Satria Neo Cusco dan sesi bersama media. Enjin Neo Cusco masih lagi standard kecuali kotak gear dog box dan suspensi Cusco. Kontra dengan pemahaman popular, kereta rali boleh dibelasah dengan kondisi standard, tanpa pacuan empat roda atau [...]

Lagi Gambar Ferrari FF

Beberapa hari lepas Ferrari mengedarkan gambar studio Ferrari FF berwarna Grigio Ferro Metallic Grey. Kali ini mereka mengedarkan tiga gambar proses pembangunan kereta iaitu ujian 4WD di permukaan bersalji di Sweden dan Finland. Sistem 4WD kereta ini adalah yang pertama seumpanya untuk kereta Ferrari dan dipaten dengan nama sistem 4RM. Sumber: Newspress -Mak/d Uia-

Toyota FT-86 II

Tahun lepas dunia automotif agak riuh apabila Toyota mengumumkan mereka akan mengeluarkan FT-86 sports concept. Kemudian keluar pula berita Subaru akan mengeluarkan versi FT-86 tersendiri, memandangkan Toyota ada saham dalam Subaru, model gabungan mereka orang panggil Toyobaru. Dan tahun ini pada bulan Mac di Geneva Toyota akan menayangkan kepada umum evolusi FT-86 dan menariknya diberi [...]

Kia Picanto Baharu [2]

Kia Picanto baharu menjanjikan keselesaan kepada penumpang dengan saiznya yang lebih besar daripada model terdahulu, ruang kargonya juga 27% lebih luas. Picanto juga bakal ditawarkan dengan varian dua pintu menampilkan imej sporty dan bandar. Bakal pembeli ditawarkan beberapa sesaran enjin iaitu 1 liter Kappa 3 silinder yang boleh menggunakan minyak biasa dan minyak campuran iaitu [...]

VW XL1 Super Efficient Vehicle

VW tampil dengan kereta yang benar-benar gila. XL1 Super Efficient Vehicle [SEV] adalah kereta hibrid yang dikuasakan oleh enjin 800cc TDI 2 silinder common rail diesel berkuasa 48 ps. Motor elektriknya pula berkuasa 27 ps dengan jumlah kuasa keseluruhan SEV adalah 75 ps. Kuasanya kecil tetapi bahagi jumlah itu dengan berat kereta ini yang hanya [...]

Kia Motors Bersaing Di Daytona

Kia Motors mula bersaing di Daytona International Speedway tahun lepas tanpa pengalaman langsung berlumba di Amerika. Walaupun baru runcit-runcit berlumba tetapi mereka berjaya menarik perhatian pesaing dan peminat perlumbaan Grand-Am tersebut dengan prestasi pasukan yang menggunakan dua buah Kia Koup [sebut Kup wahai encik Matpon!]. Pasukan berjaya meraih dua kali tempat kelima terbaik dan enam [...]

50 Tahun Jaguar E-Type

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 50 kereta ikonik iaitu Jaguar E-Type. Semasa dilancarkan di Geneva pada tahun 1961, E-Type menerima sambutan hangat kerana rekabentuknya yang cantik dan sehingga kini masih lagi mempunyai pengaruh pada rekaan, prestasi, keselesaan dan teknologi terkini dalam kereta Jaguar moden. E-Type mampu mencapai kelajuan 241 km/j dan dijual pada separuh harga kereta [...]