Archive for December, 2010

Selingan Mata [24]

Ok. Kalau lu orang bijak bestari lagi bijaksana cuba teka rim sukan kereta apa ni? Bukan rim Exora tu yer tapi sebelah dia. Kalau betul lu belanja gua karipap sardin ok. Kalau salah pun belanja gua juga ok. Sekian dari gua. -Matpon- Babai.

Fairuz Fauzy Bukan Lagi Pemandu Ketiga Lotus Racing

Fairuz Fauzy kini bukan lagi pemandu ujian dan ketiga pasukan Lotus Racing. Bersama pasukan itu Fairuz sempat lima sesi pemanduan dan selepas ini akan mencari peluang berlumba sepenuh masa dalam perlumbaan antarabangsa lain. Walau bagaimanapun fokus beliau tetapi kepada Formula Satu. Sebelum menyertai LR beliau adalah naib juara kejohanan World Series by Renault Formula 3.5 [...]

MRC 2010: GSR Pennzoil Menang Tiga Tahun Berturut-Turut di Perlis!

Pasukan GSR Pennzoil Racing sekali lagi membuktikan yang mereka adalah pasukan rali terbaik tempatan apabila memenangi Kejohanan Rali Malaysia [MRC] pusingan Perlis buat kali ketiga berturut-turut. Podium untuk pusingan keempat dan terakhir MRC itu didominasi oleh dua pasangan pemandu dengan Karamjit Singh dan pemandu arah Douglas Pickering menjuarai kejohanan manakala pemandu yang juga pengurus, Gunaseelan [...]

Baii: Mazda5 Perjalanan Jauh Tiga Generasi

Mazda merevolusikan banyak perkara dalam dunia automotif. Walaupun sebagai pemain industri kecil, Mazda telah mengabdikan segala pengetahuan yang mereka ada, melabur dan akhirnya hampir hampir bankrap kerana keghairahan barisan jurutera mereka mencipta benda baru dalam industri. Ada dua perkara yang sering dikaitkan dengan revolusi Mazda, pertama mereka satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang kekal menggunakan [...]

Muhammad Rafiq Juara MRC 2010!

Karamjit Singh sememangnya terlalu pantas dan bagus pada pusingan keempat dan terakhir Kejohanan Rali Malaysia 2010 di Kangar tetapi itu masih tidak memadai untuk beliau merangkul kejuaraan seperti tahun-tahun sebelum ini. Sebaliknya Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dinobatkan sebagai juara walaupun beliau dan pemandu arah Sean Gregory hanya berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan [...]

Karamjit Menguasai Hari Pertama Rali di Perlis!

Di atas kertas Karamjit gagal untuk menjuarai Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2010 namun itu tidak menghalang beliau daripada menampilkan aksi terbaik pada hari pembukaan pusingan keempat dan terakhir MRC di Kangar, Perlis. Pemanduan yang cemerlang semalam menyebabkan pemandu dengan mata tertinggi, Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu arah Douglas Pickering dengan kereta Subaru Impreza hanya berjaya [...]

Isuzu D-Concept dan Trak Hibrid

Isuzu walaupun mempunyai jualan kecil di Malaysia tetap hadir di KLIMS malah dengan ruang pameran dua tingkat. Tidak banyak kenderaan yang dipamerkan tetapi setiap satunya menarik perhatian. Sebagai peminat pikap mata saya terhenti pada sebuah model yang cantik dan kemas, Isuzu D-Concept yang ditingkat taraf daripada D-Max. Dengan rim besar, badan direndahkan dan warna putih [...]

Proton Jebat: Mivec Turbo 237hp!

Tema modifikasi memang tidak boleh lari daripada pembuat kereta nasional, jika entri semalam mengenai Perodua Infinite Concept hari ini adalah giliran Proton Jebat yang diasaskan daripada Inspira. Tidak tepat sebenarnya sebab kuasa Jebat berlipat kali ganda daripada Inspira, kereta ini asalnya daripada Mitsubishi Lancer Ralliart.

Proton Akan Bersaing dalam IRC dan APRC 2011

Bermula tahun hadapan Lotus akan bersaing dalam Formula Satu manakala Proton pula bersaing dalam perlumbaan rali, sukan yang sinonim dengan mereka sejak dahulu lagi. Memulakan kempen di pentas dunia ialah perlumbaan rali Monte Carlo yang juga perlumbaan pembukaan Intercontinental Rally Challenge [IRC] pada 19 hingga 22 Januari depan.

Perodua Alza Infinite Concept

Tidak dinafikan kereta-kereta Perodua yang dimodifikasi memang cun. Paling popular ialah stail JDM namun trend untuk Myvi dan Viva tidak berapa menjadi mungkin kerana harga barang Jepang mari tidak semurah Mira, Move atau Cuore. Pengusaha kit badan tempatan pula masih gagal untuk menarik perhatian kaki modifikasi dan ini sebenarnya adalah peluang perniagaan keemasan kepada mereka [...]