MRC 2010: GSR Pennzoil Menang Tiga Tahun Berturut-Turut di Perlis!

GSR Pennzoil Perlis 2010.07

Pasukan GSR Pennzoil Racing sekali lagi membuktikan yang mereka adalah pasukan rali terbaik tempatan apabila memenangi Kejohanan Rali Malaysia [MRC] pusingan Perlis buat kali ketiga berturut-turut. Podium untuk pusingan keempat dan terakhir MRC itu didominasi oleh dua pasangan pemandu dengan Karamjit Singh dan pemandu arah Douglas Pickering menjuarai kejohanan manakala pemandu yang juga pengurus, Gunaseelan Rajoo dan pemandu arah Jagdev Singh di tempat kedua. Pasukan memenangi pusingan Perlis pada tahun 2008 dan 2009.

GSR Pennzoil Perlis 2010.11

Gunaseelan yang kembali memandu selepas tidak berlumba dalam tiga pusingan sebelum ini gembira dengan pencapaian komprehensif pasukan yang bukan sahaja memenangi kedudukan 1-2 bahkan dua pemandu mereka, Faidzal Alang dan Jamaluddin Tukimin masing-masing adalah juara keseluruhan kategori 1.6 dan 1.3.

“Dengan pusingan terakhir di Perlis saya tahu saya perlu membuat penampilan semula kerana ini adalah pusingan kegemaran kami yang harus dimenangi, semua orang berkerja keras untuk menang, pemandu, pemandu arah, krew dan juga peminat, saya menerima ini sebagai hadiah terbesar daripada mereka, kami bukan sahaja menang tiga tahun berturut-turut tetapi turut menjuarai kategori 1.6 dan 1.3 membuatkan saya sangat gembira! Terima kasih kepada semua terutama sekali penaja, UMW Pennzoil,” kata Gunaseelan.

GSR Pennzoil Perlis 2010.06

Sementara itu pengurus besar UMW Pennzoil Sdn Bhd, Ruslan Abd Ghani berkata kemenangan itu melambangkan kualiti minyak pelincir Pennzoil.

“Kami sudah bersaing dalam MRC untuk beberapa tahun dan memenangi banyak podium, kereta yang digunakan mengharungi keadaan yang sangat mencabar dan untuk makluman kesemuanya menggunakan minyak pelincir sama seperti yang dijual kepada umum, saya gembira kerana pelanggan kami menikmati produk yang berkualiti dan tahniah untuk pasukan atas prestasi yang cemerlang,” kata Ruslan.

GSR Pennzoil Perlis 2010.18

Pasukan GSR Pennzoil Racing ditaja oleh UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd, Badan Pelancongan Melaka, Yokohama [YHI] dan FireFly.

-Mak Uia-

Popularity: 9% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Pasukan GSR Pennzoil Racing Mensasarkan Kemenangan Tahun Ketiga di Perlis!
  2. Karamjit Menguasai Hari Pertama Rali di Perlis!
  3. MRC Bahau: GSR Pennzoil 1-2!
  4. Juara Rali Asia Katsu Taguchi Pandu untuk Pasukan GSR Pennzoil!
  5. Muhammad Rafiq Juara MRC 2010!

3 Komen lu orang:

  1. bile search video rally malaysia nah, tahun bila tah rally malaysia yg keluar,x da update lgsung,yg ada pun rakam guna handset…omg,pihak media mana wehhhhh

  2. Gua tak nak jadi fire stone. Berdosa. Lu layan je GT jo bersepah cerita rally dalam ni. Gua pun pening baca.

  3. patut lah bising 1 perlis..ada rally rupanya..

Lu komen kat sini: