Muhammad Rafiq Juara MRC 2010!

MRC Perlis 2010.05

Karamjit Singh sememangnya terlalu pantas dan bagus pada pusingan keempat dan terakhir Kejohanan Rali Malaysia 2010 di Kangar tetapi itu masih tidak memadai untuk beliau merangkul kejuaraan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebaliknya Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dinobatkan sebagai juara walaupun beliau dan pemandu arah Sean Gregory hanya berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di Perlis dalam keadaan litar yang lembap.

MRC Perlis 2010.01

Kemenangan Muhammad Rafiq sebenarnya dibantu oleh kejayaan beliau di Johor Bahru kemudian di Jempol, Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu. Dengan kedudukan yang selesa memasuki pusingan Perlis, Muhammad Rafiq hanya memandu secara normal dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada kedua-dua hari perlumbaan.

MRC Perlis 2010.07

Prestasi pasangan pasukan GSR Pennzoil Racing, Karamjit dan pemandu arah Douglas Pickering dengan kereta Mitsubishi Lancer sangat hebat pada kedua-dua hari dengan pemandu yang berjaya menghampiri beliau. Sepasang lagi pemandu GSR Pennzoil, Gunaseelan Rajoo dan Jagdev Singh pula menamatkan pusingan Kangar di tempat kedua.

Karamjit dan Pickering secara keseluruhannya memenangi tempat kedua kejohanan manakala Andrew Miller daripada Hong Kong dengan kereta Subaru Impreza di tempat ketiga.

“Saya kehilangan kejuaraan kerana masalah mekanikal di Johor Bahru dan Kuala Terengganu, jika tidak saya yakin keadaan akan berubah.”

“Mungkin saya perlukan kereta baharu dan memberi cabaran yang lebih baik musim hadapan,” kata Karamjit.

MRC Perlis 2010.03

Muhammad Rafiq pula menganggap Karamjit adalah pencabar terbesar jika beliau ingin mempertahankan kemenangnya.

“Beliau memang sangat berbakat dan pastinya cabaran saya pada tahun hadapan akan lebih sukar. Saya yakin beliau akan menebus kekalahannya dan sementara itu saya akan menyimpan kemenangan saya ini,” kata Muhammad Rafiq.

MRC Perlis 2010.04

-Mak Uia-

Popularity: 11% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. MRC Kenyir 2010: Lohitt Urs Juara!
  2. MR10: Muhammad Rafiq Ketiga Piala Asia!
  3. MRC Tasik Kenyir 2010: Karamjit Singh Mengintai Penamat Podium!
  4. Karamjit Menguasai Hari Pertama Rali di Perlis!
  5. MRC 2009: Karamjit dan GSR Pennzoil Juara!

6 Komen lu orang:

  1. taun depan pakai evo suploh la encik karam…

  2. ape evo X, pki inspira la hehehe

  3. kenapa rally malaysia x penah ada liputan video..haih geram aku

    klau la ada yg merakamkn best,cam ni

    http://www.youtube.com/user/rallymedia?feature=chclk#p/u/21/oEEXZSLIelw

    my favourite rally channel

  4. tul la tv3,astro n rtm x nak support,sampah tul media yg ada

  5. @nismo34.terbaik bro channel youtube tu,ak dh lama subscribe.
    tu yang ak suka tgk rally luar dari pada tempatan.

  6. @Made.ya btol memang terbaik chanel ni,bile search rally malaysia nah, tahun bila tah rally malaysia yg keluar,x da update lgsung,yg ada pun rakam guna handset…omg

Lu komen kat sini: