Archive for November, 2010

F1 2011: Lotus Racing Guna Enjin Renault!

Berita yang ditunggu-tunggu kini menjadi kenyataan, Lotus Racing menggantikan enjin Cosworth dengan Renault. Bernard Rey, Presiden Renault Sport mengumumkan semalam yang mereka akan membekalkan enjin kepada LR bermula musim 2011 ke atas dan ini adalah siri berita perkembangan positif selepas pengumuman kotak gear serta hidraulik Red Bull dan pembinaan terowong angin mereka sendiri. Nampaknya tiada [...]

Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010

Sekarang ini di Las Vegas sedang berlangsung SEMA, pameran peralatan kereta yang katanya nombor satu di Amerika. Senang cerita pameran kereta-kereta modifikasi dan paling menarik bukan sahaja disertai oleh penala tetapi juga oleh pembuat kereta. Toyota tidak ketinggalan kapal dengan mempamerkan model yang telah diubahsuai seperti Urban Cruiser, Yaris dan Prius.

Bard Punya Mesej Sama Gua

Semalam Encik Bard interkom tapi gua tak angkat. Ni dia punya mesej: UNTUK MAKLUMAN KERETA AUTOSHOW DI PUTRAJAYA PADA 7HB NOV 2010 TELAH DI TUKAR TARIKH SEPERTI BERIKUT : Putrajaya Presint 2 Tapak Pasar Tani 5HB Disember 2010. Keterangan lanjut SMS/Tel Badroul KERETA 012 353 0949 / 017 339 0434[24Hours] Sekian terima kassseyyy!!! – Ok [...]

Motor: Ducati Diavel dan Monster 1100EVO

Saya rasa peminat Ducati 1Malaysia memang goyang lutut tengok model terbaru Diavel. Dilengkapi pelbagai teknologi seperti ABS, Ducati Traction Control dengan kuasa enjin 162hp. Desain Diavel ini pelik, memang selari dengan gayaan Itali yang jauh dari kelaziman tetapi masih kekal cantik. Ini adalah kebolehan ‘ukiran’ yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana pereka lain. Diavel mempunyai [...]

SsangYong Korando: Giugiaro Punya Rekaan!

Saya boleh jamin berita mengenai SsangYong memang jarang disiarkan dalam GT, bukan apa, sebabnya tidak ada bahan yang hendak disiarkan. Selain daripada Hyundai dan Kia, SsangYong adalah produk Korea dan khabar angin terbaru syarikat ini bakal dibeli Mahindra dari India. SsangYong boleh dikatakan sebagai syarikat automotif Korea yang tidak menjadi. Satu lagi ialah Daewoo yang [...]

SUPERGT Motegi 2010: Petronas Tom’s SC430 Juara!

Perlumbaan pusingan kelapan dan terakhir SUPER GT yang dilangsungkan pada 24 Ogos lepas di Litar Motegi dimenangi oleh kereta nombor 1 Petronas Tom’s SC430 yang dipandu oleh Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer. Di tempat kedua ialah kereta nombor 18 Weider HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval manakala di tempat ketiga ialah sebuah [...]

Ford Fiesta R2 Rally Package

Untuk kipas-susah-mati [die hard fan] yang minat gila sama pemandu rali Ford seperti Mikko Hirvonen, Jari-Matti Latvala ataupun Ken Block boleh lah beli pakej rali Fiesta R2. Tetapi untuk peminat sebelah Asia payah sedikit sebab pakej ini tidak ditawarkan kecuali di Eropah. Ford Racing menyediakan pakej ini untuk peminat yang memerlukan kereta dengan spesifikasi rali.

Minyak Naik der!

Ye lu orang jangan saspen dalam surat khabar tade lagi berita ni. Saja gua buat gempak sebenarnya minyak RON 97 yang naik ok. RON 95 steady lagi. Naik 5 sen jadi RM2.15 seliter. Dari apa yang gua kaji [terpelajar ayat gua ni] minyak naik sebab kerajaan tak bagi subsidi ok. Bila harga dunia naik harga [...]

Honda Civic Hybrid RM109k je der!

RM109k je der Honda Civic Hybrid. Gua kasi post sama lu orang. Lagi murah dari Honda Freed dan macam-macam lagilah. Honda Goldwing jangan lu buat kira. Kalau lu orang beli Civic ni jangan niat mau resing sama gua. Confirm tak leh makan Veyron. Kekekekekek. Gua saspek brader yang nak beli Civic biasa mesti kucar-kacir mana [...]

Baii: Gua Dah Cuba Proton Inspira!

Sebelum dilancarkan secara rasmi pada 10hb November akan datang, Proton telah menjemput pihak media menguji pandu model Inspira dalam satu sesi khusus. Bertempat di Aman Rimba Janda Baik,  Bentong, Pahang. Sesi ini telah memberi peluang kepada pihak media untuk mencuba sendiri model yang dijangka menggantikan Waja. Sebenarnya, ia tidak menggantikan Waja. Proton mensasarkan sebagai segmen [...]