MRSC Melaka 2010: Penentuan Juara Musim Pertama!
Selepas dua pusingan yang berjaya, Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] kini sampai kemuncaknya apabila pusingan terakhir dan penentuan juara akan dilangsungkan hujung minggu ini di Stadium Hang Jebat dan Autocity di Melaka.
Rizal Wahid – pelumba persendirian yang menjuarai pusingan lepas dengan Proton Putra 1.8 dijangka mempertahankan takhtanya daripada dua pemandu GSR Pennzoil Racing Team iaitu Faidzal Alang dengan Proton Satria 1.6 dan Mohd. Sallehhuddin dengan Proton Satria 2.0 4WD Turbo. Begitu juga dengan pemandu lain seperti Rozali Abdullah dari Felda Rally Team, Suhaimi Nasro Ali dari Team Ultra Racing dan Kenneth Koh dari 1Belia 1Malaysia Rally Team yang masing-masing mengintai kejuaraan kategori. Satu-satunya pelumba wanita, Gina Finanza turut kembali bersaing selepas tidak berlumba pada pusingan kedua.
“Pelumba terakhir ini pastinya akan sengit, kesemua pesaing akan berlumba habis-habisan dan Melaka akan menyaksikan penganugerahan juara sulung MRSC dan saya sendiri turut teruja seperti pelumba yang bertanding!,” kata Gunaseelan Rajoo, Pengarah Acara MRSC.
Format rali parkir ini direka supaya adil untuk semua di mana kemahiran pemanduan adalah penentu kemenangan dan penonton pula dijamin kepuasan menonton secara maksimum.
Dalam rali ini pelumba persendirian akan bertarung dengan pelumba pasukan tajaan, kereta turbo bertarung dengan kereta talaan standard dan pelumba muda bertarung dengan pelumba senior, ianya perlumbaan yang menarik dan pertarungan kemahiran, salah penghakiman anda akan melanggar pembahagi jalan dan semua ini boleh ditonton hanya beberapa kaki dari litar dan saya hendak mengucapkan berbanyak terima kasih pada Badan Pelancong Melaka yang menyediakan lokasi dan hospitaliti untuk acara ini,” kata Gunaseelan.
Rali dengan dua belas peringkat perlumbaan [SS] akan dilepaskan pada pukul 5.00 petang Sabtu 11 November di Hotel Permaisuri Hang Jebat manakala hari terakhir bermula pada pukul 10.00 pagi Ahad 12 November di Autocity dengan SS penamat di Stadium Hang Jebat.
MRSC diperakui oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia [MAM], ditaja oleh UMW Pennzoil Sdn. Bhd. dengan Badan Pelancongan Melaka, IBIL, One Communications dan CUSCO Malaysia sebagai rakan pertandingan. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai aktiviti 1Belia dengan pasukan sendiri iaitu 1Belia 1Malaysia Rally Team. Untuk maklumat lanjut layari www.mrsc.com.my
-Mak Uia-
Popularity: 9% [?]
Related posts:









mari menyapot acara sukan tempatan