Archive for October, 2010

Minggu Lotus: Esprit 2013

Sebelum Dany Bahar bekerja dengan Grup Lotus, pengurusan lama merancang untuk mengeluarkan dua model ikonik iaitu Evora dan kemudian disusuli Esprit. Evora dikeluarkan dahulu dan memberi isyarat Lotus akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Apabila Dany Bahar masuk bekerja perancangan tersebut diperbesarkan dan ini adalah strategi untuk kembali meraih keuntungan selepas berbelas tahun kerugian. Strategi yang [...]

Bajet 2011: Industri Automotif

Saya boleh jamin ramai dari kita menonton PM mengumumkan Bajet 2011, menunggu apa yang menarik, yang kerja swasta nak tahu pengurangan cukai, yang kerja kerajaan menunggu bonus dan rakyat secara amnya menunggu langkah pengurangan beban mereka. Untuk kita yang kaki kereta pastinya nak tahu perancangan kerajaan dalam bidang ini, oleh itu di bawah adalah ringkasan [...]

Baii: Proton Inspira Punya Pengenalan

Apa sahaja berita yang melibatkan Proton, ia akan mendapat perhatian luas di seluruh negara. Gua jenis yang suka jalan-jalan dalam blog orang, bila ada isu Proton, tu dia dia punya komen punyalah banyak. Yang anti jangan ceritalah, daripada banyak yang gua tengok, tak ramai yang betul-betul faham industri automotif dan perniagaan. Jenis yang provokatif jangan [...]

Ford Ranger Serba Baru

Sebelum Ford Ranger dipasarkan dalam negara, orang tak berapa nak pandang sangat pikap dan entah mimpi apa tiba-tiba saja kenderaan ini meletup, memang popular sampai merata-rata orang pakai, lepas itu satu-persatu model diperkenalkan daripada pembuat kenderaan lain. Boleh jadi masanya memang kena, seingat saya pikap ni naik masa zaman Tun Dr. Mahathir membuat rangsangan ekonomi [...]

Ford Transit Sportvan LE Rim 18 Inci!

Untuk info sekutu Ford Transit tahun ini dah masuk 45 tahun jadi van paling laku di Britain dan Ford menyambut dengan memperkenalkan 100 unit edisi istimewa yang diberi nama Transit SportVan. Warna merah memang into sekarang ini. Ford Transit SportVan mula dijual pada tahun 2006 untuk pelanggan yang nakkan kelainan untuk kenderaan komersil mereka. Semua [...]

Video: Gambar Penuh Honda Civic Baru

Ini lah dia video risikan paling baik tahun ini. Honda Civic baru, memang lain betul dengan Civic sekarang ini. Nampak bersahaja dan entah lah nak komen apa sebab barang tak ada depan mata. Saya tak boleh bayang lagi macamana rupa Type R nanti. Entah ada atau tidak. -Mak Uia-

Perodua Myvi Euro 5

Perodua berbesar hati mengumumkan dua varian baru Myvi; SE dan Sport di UK. Paling menarik sekali ialah kedua-dua model ini mematuhi syarat Euro 5. Syarat Euro 5 ini memang payah nak patuh dan sebab itu lah juga Civic Type R UK bakal dihentikan pengeluaran. Myvi Sport ada kit badan yang terdiri dari skirt depan, sisi [...]

Aston Martin Cygnet: Kereta Kompak Hartawan!

Kita biasa tengok kereta ini di media massa, kereta kompak mewah yang asalnya daripada Toyota iQ. Apa yang Aston Martin buat ialah mewahkan kereta Jepun ini dan caj berlipat kali ganda sebab bila kita bercakap pasal segmen premium ini golongannya adalah yang jenis duit berkepuk. Jenis duit tak habis makan. Cygnet ini memang popular dan [...]

Toyota Avensis NGTC

Walaupun ramai orang kata kereta Toyota tak ada jiwa tetapi bila masuk bab perlumbaan dia orang hebat juga. Contoh paling dekat ialah Lexus SC430 yang digunakan dalam SuperGT dan paling tak menahan Lexus LFA dan kita jangan lupa enjin Lotus datangnya juga dari Toyota. Dalam entri ini pula ialah Toyota Avensis Next Generation Touring Car [...]

Video: Desain Nissan Juke

Entri pasal Nissan Juke memang tak sepi dari kutukan, tak dinafikan desainnya memang kontroversi, tak pernah dibuat dek Nissan kereta macam ini. Walaupun ramai yang tak boleh terima desain baru ini tetapi di Jepun jualannya memberangsangkan. Agaknya orang sekarang ini suka desain yang pelik-pelik mungkin sebab nak nampak berbeza dengan orang kebanyakan atau mungkin juga [...]