MRSC P2 2010: Pelumba Persendirian Juara MRSC!

MRSC022010GT.58

Pasangan pelumba persendirian, Rizal Wahid dan Sharol Zainal membuat kejutan dengan memenangi Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil MAM [MRSC] pusingan kedua pada 2 hingga 3 Oktober lepas. Menggunakan Proton Putra 1.8, mereka mencatat masa 18 minit 27 saat dalam rali 12 pusingan yang diadakan di Taman Permotoran MAEPS, Serdang dan Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Di tempat kedua ialah Faidzal Alang dan Hazwan Fauzi dari pasukan GSR PENNZOIL RACING yang memandu Proton Satria 1.6 dengan hanya defisit 0.08 saat di belakang Rizal. Di tempat ketiga ialah satu lagi pasangan persendirian iaitu Suhaimi Nasro Ali dan Zaini Mat Desa yang mencatat masa 20 minit 42 saat, mereka memandu Proton Satria 1.3.

MRSC 022010GT.08

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini, apabila MRSC dimulakan niat kami adalah untuk menghasilkan muka-muka baru dan saya tidak sangka keputusan adalah secepat ini, jika diberi peluang dan sokongan yang betul belia kita terbukti kompetitif dan boleh berjaya, kemenangan Rizal turut membuktikan pelumba dengan bajet rendah juga boleh menjadi juara!” kata Gunaseelan Rajoo, Pengarah Acara MRSC.

MRSC022010GT.43

Perlumbaan yang dilangsungkan selama dua hari di litar asfal [tarmac] dipenuhi pelbagai drama. Keputusan hari pertama menyaksikan dua pelumba, Faidzal Alang dan Mohd Salehudin dari PASUKAN RALI 1BELIA 1MALAYSIA [1B 1M RT] seri dengan masa yang sama iaitu 4 minit 1 saat. Pada hari kedua pula pertarungan sengit antara mereka terhenti pada pusingan ketujuh apabila Proton Satria 4WD Turbo yang dipandu Mohd Salehudin mengalami masalah enjin. Pendahuluan perlumbaan diteruskan oleh Faidzal namun kegembiraannya berakhir pada babak-babak terakhir perlumbaan apabila beliau mengalami kemalangan kecil dan terus dipintas oleh Rizal. Hari kedua perlumbaan juga tidak sempurna untuk Rozali Abdullah dan Arish Qutb Khan dari PASUKAN RALI FELDA [FRT] apabila aci pacu [drive shaft] Proton Gen.2 4WD Turbo mereka mengalami kerosakan. Satu lagi pasangan pemandu FRT iaitu Mohd Zekri dan Heiqal Sehanin pula masih lagi menyesuaikan diri dengan kereta baru mereka iaitu Proton Satria Neo 1.6.

MRSC022010GT.23

“Perlumbaan kali ini penuh dengan drama tersendiri dan saya yakin penonton berdebar-debar dengan keputusan yang silih berganti tambahan pula kereta berkuasa turbo bersaing sengit dengan kereta output sederhana, pelumba yang mahir berlumba dalam estet kelapa sawit pula belum tentu dapat menguasai perlumbaan asfal dan dengan keputusan ini saya yakin para pelumba akan bertarung habis-habisan pada pusingan akhir di Melaka nanti,” kata Gunaseelan.

MRSC022010GT.32

MRSC 022010GT.10

MRSC-022010GT.12.

Dalam kategori pasukan tempat pertama dimenangi oleh PASUKAN GSR PENNZOIL RACING, tempat kedua oleh PASUKAN RALI 1BELIA 1MALAYSIA manakala tempat ke tiga dimenangi oleh PASUKAN RALI FELDA. Kejohanan ini diperakui oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia [MAM], ditaja oleh UMW Pennzoil Sdn. Bhd. dengan rakan sokongan seperti IBIL, One Communications, Cusco Malaysia dan penyedia lokasi, KartQuest Corporation Sdn. Bhd. [MAEPS] dan SIC. Pusingan terakhir MRSC akan dianjurkan pada 13 hingga 14 November ini di Melaka.

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

9 Komen lu orang:

  1. cane gua nak join rally ni ek?mak, leh share sket kat cni step2 kalo nak berjinak ngn sukan rally ni?

  2. 1.3 eh, klu mcm tu aku nye iswara pun ble join ni….!!!! cusco malaysia sponsor, ni brng2 performance brand cusco japan ke….

  3. come on .. sponsorss
    bukak mate skett

  4. Ooo oooo oooo bos-bos gua sekarang bz mendeee laaa gua pun x tawwww….

  5. Nice write up…!

  6. lumba2 la..menang tak payah la goncang beer..

  7. Sori bro, diaorang bukan goncang beer ;-)

  8. yg diaorg goncang tu air halal.
    air anggur yg tak diperam

  9. air sirap bandung la 2.. + cincau skit..

Lu komen kat bawah: