Ford Ranger Serba Baru

Sebelum Ford Ranger dipasarkan dalam negara, orang tak berapa nak pandang sangat pikap dan entah mimpi apa tiba-tiba saja kenderaan ini meletup, memang popular sampai merata-rata orang pakai, lepas itu satu-persatu model diperkenalkan daripada pembuat kenderaan lain. Boleh jadi masanya memang kena, seingat saya pikap ni naik masa zaman Tun Dr. Mahathir membuat rangsangan ekonomi dengan sektor pembinaan menjadi tunjang utama. Projek kerajaan masa tu memang banyak jadi pikap memang kena lah untuk buat angkut barang runcit-runcit, pergi mesyuarat dekat JKR dan imej sebagai kontraktor.

Selepas beberapa lama tampil dengan model kitar semula, Ford kembali dengan Ranger serba baru yang katanya lebih berkuasa, berkeupayaan dan banyak kelengkapan. Ranger terbaru diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa di Sydney semalam dan ini adalah penampilan global.

Pikap ini dikuasakan oleh enjin 2.2 liter Duratorq TDCi I4 diesel berkuasa 150ps dengan tork puncak 375Nm. Satu lagi enjin yang ditawarkan ialah 3.2 liter Duratorq TDCi I5 berkuasa 200ps dengan tork 470Nm. Transmisi pula ada enam gear automatik dan manual dan pemandu boleh menukar mod 4X2 atau 4X4 pada bila-bila masa sahaja semasa pikap tengah berhenti atau bergerak. Walaupun hanya pikap, Ranger ini dipasang pelbagai peralatan terkini seperti kamera undur belakang, Adaptive Load Control, Trailer Sway Control, Kawalan Suara dan untuk prestasi brek terbaik dilengkapkan ESP yang terdiri daripada Kawalan Traction 4WD, Yaw Control dan pencegah kenderaan dari tergolek.
Ford Ranger baru akan mula diproduksi di Rayong, Thailand, kemudian di Argentina dan kilang terakhir di Afrika Selatan. Saya tak pasti berapa harga jualan tapi boleh jamin sekitar RM90 ribu hingga RM100 ribu. Pikap ni bagus sebab dia boleh angkat barang dan orang sekaligus. Kalau tak kontraktor pun boleh pakai pikap. Cuma kalau orang tanya kontraktor kelas berapa mungkin tergagap juga nak jawab.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
Popularity: 14% [?]
Related posts:



















Mat review pasal Inspira xde ke
yelah skrg org tgh hangit bicara tentang inspira mat. kt geartinggi je lom review lagik. mat cpt sket preview untok tatapan peminat setia gertinggi….
aah mak…inspira plez…
inspira aka lancer celup…sesuai utk or yg xmampu beli lancer ori…tp ak msih lg xmampu nk beli…pkai viva je la…
ranger ni kat sabah tak berapa laku sangat sebab masuk kawasan estate mesti sangkut…bahagian depan dia rendah sikit compare weego..tp pickup mmmg cun hehehe
Nasib baik tak tanya lu power ranger kaler apa.
tapi gua tengok skarang, pikap, 4×4 semua macam tak boleh masuk kebun, masuk hutan. dressing sangat.
viva 2 pung celup jgak
X da lg ke companny yg nak kuar kan lg 4X4 Hybrid…
x kira aper jenis pickup pun,ukan bleh pakai sgt kat smenajung nih…kat sabah n sarawak jer masih pakai…x kan nak pakai proton ker,perodua ker masuk hutan…x ke naya!!.pickup nih u ckp kontraktor jer pakai??transporter(tukang hantar brg dan brg2 runcit),toke buah(angkat buah la),toke ikan(angkat mcm2 ikan) pun pakai pickup tau…nih,kes sosilawati cthnyer, 2 ekor tambi tu pun angkat mayat2 g pickup..perghhh!!!mcm2 bleh angkut!!
v00nz, manyak jahat lu nih, lu ingat olang semenanjung tarak guna itu pikap meh? My father and da geng love this 4×4 pickup. even my uncle bimmer ade Isuzu D-Max, haiya, be positiv maa..dont fighting each ader. Heheh!
Ford SVT F150 Raptor adalah kereta kegemaran gua, tapi pickup sebegitu hanya untuk US jer. Tapi gua & my dad memang jatuh cinta sama ini Ford Ranger maa…Manyak best woo…
Bercakap mengenai pikap trak, Serius, gua rasa kalau lu semua jenis mampu beli 2-3 buah kereta, apa salahnya beli sebuah pikap, kita tinggal di negara Asean nih pikap trak adalah lebih penting berbanding membeli kereta Segment D seperti Camry, 508, Sonata atau Passat. Begitu juga dengan SUV 4X2 Urban Mover seperti CRV dan Sorento . Semua kereta tuh jenis hair dresser jer.
Bila time banjir sure kereta seperti Lexus Merc, Camry, CRV, Sonata, Accord, dan juga Golf parking jauh-jauh dari paras air jo. Selepas tuh baru terhegeh-hegeh meminta pertolongan Geng Hilux, D-Max, Ranger, Triton, Navara, Colorado, BT50 ye dak? ye dak?
Maksud gua disini, kalau u all semua jenis mampu beli kereta sehingga 2 hingga 5 kereta, daripada bazir duit beli Camry 4-Speed apa salahnya beli Hilux atau Triton ke. Mencegah lebih baik dari mengubati der, sediakan payung sebelum hujan.
Trend filem Hollywood biasanya si Hero mesti ade sebuah Pikap Trak dan juga Shotgun untuk melanggar zombie, meredah permukaan bumi yang lasak, mengharungi cabaran kejar mengejar menggunakan pikap.
Serius, suatu hari nanti apabila gua berumur 37 tahun, gua akan bersara bermain kereta Sedan dan Kompak dan fokus dengan segmentasi Pikap dan Ducati Monster 795 atau Yamaha R1 jer. Setel. Sambil memandu Ford Ranger sambil mendengar lagu my endless love. Peh.
Tapi gua masih muda dan handsome lagi, so tiada perancangan membeli pikap trak jo.
Encik Jamil, wa tarak setuju sama lu. Itu owner yang suka kasi mods Bling-bling dan lowerd sama itu pikap memang tarak ada passion dan soul. Pada pendapat wa, pickup macam nih boleh jadi MONSTER PICKUP kalau lu olang mods ala rambo punya style. My dad and the geng is different league than any Sissy Pickup urban mover out there yo. Ceh, u all apa tahu? hahaha~
Wei, apa celita entri Ford Ranger, u all mau sembang inspira celup? itu inspira ah, bagi wa, manyak motud. tapi ah, wa ada lebih baik beli evo 7 yang manyak mulah wo…beli evo simpan sampai 13 tahun sure cucu cicit u all manyak hepi maa…