Rumah Terbuka UMW Pennzoil
Walaupun Syawal terakhir adalah pada Jumaat lepas tapi masih ada lagi yang buat rumah terbuka pada hari Sabtu. Memang dah menjadi tradisi orang kita mengadakan jamuan hari raya dan ini lah masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan rakan sedia ada atau kenalan baru. Menarik tentang rumah terbuka ialah ianya agenda nasional iaitu alat sebagai mengeratkan perpaduan pelbagai bangsa di negara kita.
Minggu pertama Syawal, saya sempat ke rumah terbuka UMW Pennzoil, ini adalah jemputan kedua selepas tahun lepas dan rumah terbuka pertama yang saya hadiri Syawal ini. Seperti yang saya tulis di atas, pelbagai bangsa turut hadir dan suasananya memang meriah. Hos pula menyediakan makanan yang memang kena pada musim perayaan, jadi diet apa semua memang kena lupakanlah.
Nama besar sukan permotoran negara turut hadir seperti Gunaseelan Rajoo, Faidzil Alang, Faidzal Alang dan Jagdev Singh. Memang seronok dapat berborak dalam keadaan santai sebab biasanya kita berjumpa dalam acara perlumbaan jadi tak berapa sedap sebab masing-masing sibuk.
Akhir sekali terima kasih kepada UMW Pennzoil sebab jemput saya, ada peluang kita jamu sekutu GT pula!
-Mak Uia-
Popularity: 9% [?]
Related posts:


















raye da abis
dah abis raya baru nak buat open haus…
selalu mcm ni laa.. gua ditinggalkan…
bile nk buat open house utk GT nie…