Archive for October, 2010

Hyundai ix20: Model Baru, Lagi.

Hyundai mengganas lagi kali ini dengan model ix20, memang serangan bertubi-tubi dari mereka dengan desain agresif dan paling menarik harga yang lebih murah dari kereta Jepun. Di UK ix20 dipasarkan dengan tiga varian; Classic, Active dan Style yang katanya dibangunkan mengikut citarasa tinggi pengguna di sana. Versi Classic dipasang standard ESP, ENAM beg udara, kerusi [...]

MRC Tasik Kenyir 2010: Katsu Taguchi Mendahului Hari Pertama!

Katsu Taguchi dan Jagdev Singh serta Karamjit Singh dan Douglas Pickering mengembirakan kem GSR Pennzoil Racing Team dengan mendominasi hari pertama Kejohanan Rali Malaysia di Tasik Kenyir semalam. Taguchi menamatkan masa di tempat pertama dengan masa 3 minit 01.3 saat berkelebihan 11 saat di hadapan Karamjit dalam pusingan sejauh 4.16 km ini.

Gambar Risikan: Proton Exora CFE CVT [1]

Tidak silap saya kod CFE CVT merujuk kepada Campro Fuel Efficient iaitu enjin Campro terbaru [turbo?] manakala CVT pula merujuk kepada Continuous Variable Transmission dan kita boleh simpulkan tidak lama lagi versi Exora terbaru akan dikeluarkan. Sekarang staf Proton memang sibuk betul, macam-macam projek tengah diusahakan. Kita doakan semoga mereka berjaya dan semakin mahir dalam bidang [...]

Toyota Prius Generation X, SE Brader!

Entri ini disimpan sebagai draf sejak dua tiga hari lepas sebab saya sangat sibuk hendak menulis dan secara kebetulan UMW Toyota mengumumkan harga terbaru Toyota Prius semalam. Walaupun entri ini diperap lama tetapi nampaknya kini kena pada masa. Kepada yang berhajat nak beli Prius tetapi tergendala sebab harga, kini ianya disemak semula iaitu RM139,900 berbanding [...]

MRC Tasik Kenyir 2010: Karamjit Singh Mengintai Penamat Podium!

Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team mengintai satu lagi penamat podium untuk merangkul juara keseluruhan Kejohanan Rali Malaysia. Hanya lapan mata memisahkan beliau dengan pendahulu kejohanan yang bakal masuk pusingan ketiga di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat hingga Sabtu ini. Muhammad Rafiq Udhaya dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan pemandu arah Sean Gregory [...]

Toyota iQ: Jimat dan Percuma Caj Kesesakan

Bila bercakap mengenai kereta luar negara ada yang akan kata harga di sana lebih mampu dibeli berbanding di dalam negara. Iya, kalau dikira gaji GBP2 ribu dan harga kereta baru GBP10 ribu memang murah dan mampu dibeli. Tetapi kita harus ingat yang nilai matawang mereka besar, GBP2 ribu dah bersamaan kira-kira RM10 ribu. Jadi tidak [...]

LUXGEN7 CEO: MPV Mewah Dari Taiwan!

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai Luxgen, pembuat kereta dari Taiwan. Bisnes kereta kalau kena cara memang menguntungkan tambahan pula di ceruk mana pun orang menggunakan kereta. Memang tidak boleh dipisahkan. Terbaru Luxgen perkenalkan Luxgen7 CEO, MPV mewah untuk pasaran premium.

Mitsubishi RVR/ASX: Di Pasaran Tidak Lama Lagi!

Tidak lama lagi Mitsubishi RVR akan dijual dalam pasaran lokal. Mitsubishi Motors Malaysia memang aktif membawa masuk model dari Jepun, baru saja lancar Pajero, kemudian Sportback dan selepas ini RVR pula. SUV ini menggunakan enjin 2.0 Mivec sama seperti Lancer atau Inspira dan bakal dijual dengan harga lebih kurang RM140 ribu.

GSR Pennzoil Racing Team & Felda Rally Team Rakan Pelancongan Melaka

Seperti yang diumumkan pada 20 Oktober lepas Melaka kini adalah negeri maju. Dilaporkan juga 80 peratus hasil negeri datangnya dari sektor pelancongan dan ini boleh dilihat dari pelbagai produk dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Untuk menggiatkan lagi usaha pelancongan, GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team dilantik sebagai rakan promosi pelancongan negeri [...]

F1 Korea 2010: Schumi Keempat!

Perlumbaan di Korea semalam adalah terburuk untuk musim ini, suatu permulaan yang tidak cantik untuk pusingan yang pertama kali diadakan di Korea. Pelumba bermandi hujan dan terlibat dalam kemalangan. Pelepasan kereta dilewatkan dan selepas berlumba hanya tiga pusingan perlumbaan ditangguh sementara cuaca kembali normal. Selepas hampir sejam tertunda, perlumbaan disambung tetapi di belakang kereta keselamatan [...]