Chevrolet Cruze Hatchback

Dulu Baii ada cerita kat saya yang dia pernah pulang balik kereta pandu uji Chevy Optra dalam masa setengah hari sebab kereta tersebut membosankan. Dari segi desain pula saya sukakan Optra5 dan Optra Estate sebab lebih menarik dengan pengaruh Itali yang kuat. Dan kini Chevy kembali dengan model global terbaru, Chevy Cruze. Walaupun dah dilancarkan dalam negara tapi jarang sangat saya nampak atas jalan. Tak tau kenapa.

Terbaru Chevy akan memperkenalkan model hac pada Pameran Kereta Paris dan merupakan serangan syarikat dari Amerika ini untuk pasaran Eropah. Walaupun Cruze baru jenis hac tetapi kapasiti kargonya hampir 400 liter dengan kerusi lipat 60/40 yang boleh memaksimumkan sepenuhnya ruang dalam kereta.
Chevy Cruze boleh dikatakan berjaya di pasaran Eropah dan mengikut laporan memegang takhta jualan segmen sedan kompak di Denmark, Jerman, Switzerland, Itali, Sepanyol, Portugal dan UK. Di China sahaja kereta ini dah terjual sebanyak 90 ribu unit sejak awal tahun dan dengar kata laku juga di Rusia, sebahagian dari Amerika Selatan, India dan pasaran membangun lain. Bukan setakat menang jualan tetapi Cruze turut berjaya dalam Kejohanan Kereta Touring Dunia [WTCC] yang berbaki empat perlumbaan dengan mendahului kategori pemandu dan pembuat. Kategori pembuat turut dipegang Chevy dalam Kejohanan Kereta Touring British [BTCC].

Walaupun mencatat pelbagai kejayaan peringkat global tetapi Chevy Cruze belum menunjukkan taringnya dalam pasaran tempatan sebab di sini ialah kubu kuat Honda dan Toyota. Ikutkan harga Cruze tak sampai RM100 ribu pun.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
Popularity: 12% [?]
Related posts:









Chevy Cruze ni memang menarik & bagus tp satu jer yg membuat pembeli2 di Malaysia berfikir dua kali untuk membeli kete ni
1 – dgr2 sparepart & rege mahal
2 – Logo dier menyebabkan pembeli yg beragama Islam berbelah bagi
3 – sbb buatan Amerika (Amerika sekutu Yahudi)
ini kete yg paling smart aku penah nengok…
CaparZo
yg pasal logo tu aku setuju…tukar la logo tu pakai logo proton…hehe..
CZ & Azwan
Logo Chevy asalnya dari bow tie bukan salib. Kalau Alfa Romeo memang ye salib. Yang haram logo bukan kereta. waLLahualam.
Btw, negara pembuat kereta lain mcm Jepun, Eropah, Korea boleh kata sekutu Amerika. Hantar askar ke Afghan/Iraq. Yg agak anti ialah China. Tapi barang harus diingat Henry Ford dulu pernah tulis pasal Yahudi, menceritakan pasal agenda Yahudi.
Kalau betul kita nak boikot produk pertama sekali kita boikot tembakau di mulut iaitu rokok.