Ford Transit Pun Ada Tipper!

Saya rasa berita ini agak cool sebab saya tak tau pun ada Ford Transit jenis tipper. Dan memang tak pernah terfikir pun van ini boleh buat macam tu. Rupa-rupanya van dengan nama rasmi Ford One Stop Shop Transit Tipper ini sudah pun berada dipasaran sejak 12 tahun dulu dan yang dipaparkan ini adalah model terbaru Transit Tipper.
Model ini mempunyai 35 penambahbaikan berbanding model lama dan lebih berproduktiviti, selamat dan dengan kos pemilikan yang lebih rendah. Antara perubahan yang dibuat ialah keseluruhan berat dikurangkan kepada 51kg untuk model cab tunggal dan 40kg untuk dwi cab. Ketinggian kotak belakang turut direndahkan untuk mobiliti kargo atau senang cerita senang barang nak keluar masuk. Perubahan lain ialah pada lampu dan pengurangan peralatan untuk menjadikan tipper ini lebih murah dan senang diselenggara.
Transit Tipper ini turut mendapat pengiktirafan dari TUV dan harganya bermula dari GBP 26, 726. Bagus idea Transit ini kan.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
Popularity: 11% [?]
Related posts:









waa… bawak masuk mesia nih agak2 buleh laku x?
kat mesia dorg buat projek curik pasir nnt…hahaha..
kalu di sabah laku ni..depa buat bwk kuda
nak curik barang senang nie…
woi woi sapa nak mencuri bak IC gua nak repot.
agak2 malaysia sesuai angkut pe pki ni?
durian?