Ford: Juara 5 Acara Dalam 2 Hari!

Pada 5 Ogos lepas Ford mencatat sejarah dengan menjuarai 5 acara oleh 4 pemandu, di 3 benua dan dalam masa 2 hari. Tim tajaan Ford memenangi WRC, NASCAR Sprint Cup, Chinese Touring Cars dan rali X Games.
Di bawah ini saya ringkaskan kemenangan Ford.

WRC:
Jari-Matti Latvala dan Miikka Annttila menang di tanah kelahirannya di Finland dengan mengalahkan Sebastien Loeb! Latvala yang berusia 25 tahun adalah pemandu termuda yang memenangi WRC Finland sejak mula diperkenalkan pada tahun 1973.

NASCAR Sprint Cup
Ford memang kempunan dalam kejuaraan dan ini adalah kali pertama mereka menang tahun ini. Pemandu Greg Biffle pula dah 64 kali tak menang hinggalah beliau menjadi juara pada perlumbaan awal bulan lalu.

X Games
Tanner Foust dan Brian Deegan menghadiahkan kepada Ford podium 1-2 dalam kedua acara Rally Car dan Super Rally dan membawa pulang pingat emas dan perak dalam X Games yang berlangsung di L.A Coliseum. Kedua mereka menggunakan kereta Ford Fiesta yang sehingga kini sudah memenangi 3 pingat emas dan 6 daripada 9 pingat dalam X Games.

China Touring Car Championship
Acara ini dimenangi oleh pemandu muda belia, Martin Cao yang baru berusia 17 tahun. Beliau memenangi pusingan 4 CTCC di Litar Antarabangsa Chengdu.
Sumber: Ford
-Mak Uia-
Popularity: 9% [?]
Related posts:









hebat betol ford…
AfFORDable…hahaha
gua minat gak ford tp rega dia…..stakat fiesta boleh kot dulu bapak gua pun pakai ford cortina..
spare part owh spare part….