500CbyDiesel: Fiat 500 Lagi!

Fiat 500 ByDiesel.001

Nampaknya entri mengenai Fiat 500 berterusan lagi. Selepas edisi BlackJack dan Tributo Ferrari, jenama nasional Itali ini memperkenalkan lagi satu model edisi istimewa iaitu 500CbyDiesel.

Model dengan atap boleh tukar [convertible] ini dihasilkan dengan kerjasama Centro Stile Fiat dan jenama pakaian, DIESEL. Warna badan kereta ini ialah Midnight Indigo Blue, lebih kurang macam warna seluar jeans. Selain dari warna macam jeans kereta ini ditawarkan dengan 3 varians enjin iaitu 1.2 liter, 1.4 liter dan 1.3 liter MultiJet diesel. Pembeli juga boleh memilih atap lembut [soft top] dengan warna hitam, putih gading dan merah.

Ciri-ciri lain model ini adalah seperti berikut:

  • Rim 16 inci dengan logo DIESEL
  • Angkup brek warna kuning (opsyen untuk 1.4 sahaja)
  • Specific burnished-metal-finish front and rear bumper inserts
  • Specific burnished-metal-finish side rubbing strips
  • Specific burnished-metal-finish door handles and mirrors
  • Unique side pillar moulding embossed with the word DIESEL
  • Unique rear moulding with the DIESEL logo
  • Special DIESEL branded upholstery in denim fabric and yellow stitching
  • Stereng balutan kulit dengan sulaman kuning
  • DIESEL logo on the gear lever knob

500CbyDiesel juga dipasangkan dengan kawalan iklim auto, dan sensor undur sebagai ciri standard kilang. Harga model 1.2 ialah GBP 14,865, 1.4 GBP 16,265 dan 1.3 MultiJet Diesel pula ialah GBP 17,265.

Untuk pengetahuan sekutu, ada sebab mengapa saya paparkan jenama Fiat berkali-kali. Kata kuncinya ialah enjin diesel [yang saya tebalkan] dan rakan kongsi dari Eropah.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Popularity: 10% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Fiat 500 Limited Edition
  2. Fiat 500 Thousandth: Siap Ada Muka Orang ni!
  3. Fiat 500 Merah Jambu C!
  4. F1: Lotus Racing ada Lagi Empat Penaja?
  5. LUXGEN Lagi Laku Dari Hyundai!

12 Komen lu orang:

  1. proton pon boleh nih.. wat kerjasama dengan selipas asadi….
    maka kuarlah Proton Saga By Asadi..

    x pon perodua Myvi By Ariani… hehehe

  2. macam mini cooper….

  3. geng2 pink lady suka la keta mcm nie…

  4. megat putra kuning

    Diesel kat msia thp kotor lg..isuzu dmax latest pun xmasuk msia.kat thailand dh mcm2..

  5. tau x pe azwan nbs…
    =)

  6. enjin kecik pun dorg leh buat pkai diesel…proton & perodua tanak follow ke?

  7. megat putra kuning

    Disel masih d takuk xsht

  8. apsal lak enjin diesel..?????
    DIESEL nih jenama pakaian le…..

  9. megat putra kuning

    Pandai…10markah utk anda…

  10. bukan takat theme DIESEL… ceh enjin dia pon ada ver. diesel.
    baru perasan…

  11. haa…tu laa baca betoi2>matpon dah nk bunuh diri dh..penat2 diaorg taip entri ni…mat kacau?dh kene penyepak dah..

  12. mak uia, gua rase ape yg lu nak sampaikan adalah proton akan wat usahama ngan sykt pengeluar kete eropah dan akan hasilkan engine diesel..silap2 exora diesel kua nanti…yg pntg bukan vw kan mak?

Lu komen kat sini: