Archive for August, 2010

SUPER GT SUZUKA 2010: ARTA HSV Juara Kali Pertama!

Pusingan 6 Autobacs Super GT berlangsung di litar Suzuka pada 22 Ogos lepas dengan podium kelas  GT500 didominasi oleh jentera Honda HSV-010 GT. Kereta nombor 8 Arta HSV-010 yang dipandu oleh Ralph Firman, Yuji Ide dan Takashi Kobayashi [beliau hanya memandu pada ujian masa] buat pertama kalinya menghadiahkan tim Arta juara perlumbaan pada musim ini. [...]

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 53!

Hari ini ialah ulangtahun kemerdekaan kita yang ke 53. Ini bermakna dah genap 53 tahun kita bebas dari mendaulatkan penjajah.

WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!

Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.

F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton

Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton. Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang [...]

Luca di Montezemolo Baru Balik Dari Taman Tema Ferrari

Untuk pengetahuan saja-saja sekutu, Encik Luca di Montezemolo, Pengerusi Ferrari baru balik dari Abu Dhabi malam Khamis lepas. Beliau ke sana bagi menghadiri siri mesyuarat dengan rakan-rakan Ferrari di Emiriyah dan melawat tapak pembinaan taman tema Ferrari.

Video: Honda Civic Baru?

Baru-baru ini masa saya lepak minum teh [saya minum epal sebenarnya] dengan Baii dia ada cakap yang model gantian terbaru Honda Civic memang dirahsiakan betul oleh Honda. Rahsia sulit. Dan rasanya kita pun tak sedar yang Honda Civic dah nak sampai ke penghujung kitaran. Tapi itulah dia, perisik kereta sekarang ini memang ramai dan memang [...]

Paris: Mazda Pamer 3 Kereta

Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik. Beberapa bulan lepas [...]

KEPUTUSAN: Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010!

Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010 kelmarin mendapat sambutan hangat. Penyertaan pertama diterima seawal pukul 8.13 pagi dan berterusan hingga lewat petang. Kepada yang gagal, anda menjawab dengan betul cuma agak terlewat dari pemenang lain. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana berminat dan berusaha untuk turut serta dalam peraduan ini.

VW Race Touareg 3: Buat Rali Dakar!

VW telah memperkenalkan kepada umum jentera rali Dakar terbarunya iaitu Race Touarag 3 menggantikan Race Touareg 2 yang dua kali menjadi juara pada tahun 2009 dan 2010 dan juga kenderaan diesel pertama menjadi juara. Model terbaru Touareg 3 dikatakan lebih pantas dan efisien di samping mengekalkan kekukuhan dan ketahanan model lama. Ujian terowong angin banyak [...]

RTWORKS: Cadillac Calais Ni Boh!

“Gapo dio ni?”… ramai yang terpegun dan terlopong tatkala kereta ini memasuki Litar Go-Kart SC-TMKC, Gunong, Bachok Kelantan pada 23 Julai lalu sempena AWOKITO DRIFT CHALLENGE. Antik, besar, cantik dan pelik… umpama model fesyen sedang catwalk di atas pentas, semua mata terpaku menyaksikan kereta pelik ini. Masing-masing tertanya kereta apakah ini???