MRC Bahau: GSR Pennzoil 1-2!

Katsu Taguchi

Hubungan glokal untuk pasukan tempatan, GSR Pennzoil Racing yang memenangi pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia (MRC) di Bandar Seri Jempol, Ahad lepas. Karamjit Singh dan pemandu dari Jepun, Katsu Taguchi memenangi tempat pertama dan kedua untuk pasukan tersebut.

Karamjit Singh dan jurupandu arah, Douglas Pickering menamatkan perlumbaan dengan jarak 155.4km dengan margin 13 minit dari masa Katsu iaitu 2jam 20minit 44.3saat. Pasukan bertambah gembira apabila seorang lagi pemandu, P.Nandakumar menjuarai kelas P11, memandu Proton Satria 1.8.

Gunaseelan Rajoo

“Saya sangat gembira dengan pemandu dan jurupandu arah kami hari ini, mereka berlumba bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan kepada kami kemenangan ini, Karam adalah juara manakala Katsu menang kelas N4, Nanda pula dengan Satria 1.8 hanya ketinggalan 6 minit di belakang Subaru Impreza 4WD Turbo dan menang tempat keempat keseluruhan, kami membawa pulang tiga kejuaraan kelas hari ini!,” kata Gunaseelan Rajoo, Pengurus pasukan GSR Pennzoil Racing.

GSR Pennzoil Bahau 2010.001

Gunaseelan juga berterima kasih kepada UMW Pennzoil dan penaja lain yang menyokong mereka.

“Dengan Karam dan Katsu kini kami mempunyai pemandu kelas dunia dalam pasukan dan saya harus berterima kasih kepada UMW Pennzoil, Badan Pelancongan Melaka, Cusco, Yokohama (YHI) dan FireFly kerana mempunyai kepercayaan terhadap kami,” katanya.

GSR Pennzoil Bahau 2010.006

Dengan prestasi cemerlang pasukan, barisan pemandu yang sama akan kekal untuk pusingan MRC seterusnya.

“Selain memandu untuk kami, Katsu kini mendahului Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan kami tidak ragu-ragu untuk mengekalkan beliau untuk rali seterusnya, dengan Karam, Nanda dan Faidzal Alang kami akan pastikan kejohanan tahun ini milik kami sekali lagi,” katanya.

Foto: GSR

-Mak Uia-

Popularity: unranked [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Juara Rali Asia Katsu Taguchi Pandu untuk Pasukan GSR Pennzoil!
  2. MRC Bahau 2010: Karamjit Singh Dahului Leg 1
  3. MRC Bahau 2010: Karamjit Singh Juara!
  4. MRC 2009: Karamjit dan GSR Pennzoil Juara!
  5. MR10: Harapan Tinggi Untuk Trio GSR Pennzoil!

4 Komen lu orang:

  1. gambar tim penzoil jer, mano tim2 yg lain…

  2. JP

    Artikel ni siaran media rasmi, tak ‘kena’ kalau campur gamba tim lain.

  3. Ya betul…Hidup GSR Pennzoil…Syabasss…

  4. belalang_kontot

    tahniah!

Lu komen kat sini: