Juara Rali Asia Katsu Taguchi Pandu untuk Pasukan GSR Pennzoil!
Pemandu rali Asia tersohor, Katsu Taguchi akan memandu untuk pasukan lokal, GSR Pennzoil pada pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia [MRC] yang akan berlangsung hujung minggu ini di Bahau, Negeri Sembilan.
Pemandu dari Jepun tersebut bakal memandu Mitsubishi Lancer Evolution 9 di samping rakan pasukan, Karamjit Singh, P.Nandakumar dan Faidzal Alang. Barisan pemandu bintang ini adalah strategi pasukan untuk memenangi setiap kategori yang disertai.
“Taguchi adalah orang yang dikenali dalam rali tempatan, beliau telah berlumba di ladang kelapa sawit kita sejak sekian lama dan baru-baru ini memenangi Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pusingan Malaysia dan sekarang ini mendahului kejohanan tersebut,” kata Encik Gunaseelan Rajoo, Pengurus Pasukan GSR Pennzoil.
Gunaseelan juga yakin pemandu pasukannya akan membawa pulang trofi kemenangan dan berterima kasih kepada prinsipal pasukan.
“Pemandu kami adalah yang terbaik dalam kelas mereka, Nandakumar adalah pemandu berpengalaman yang akan memandu dalam kelas 1.8 manakala Faidzal, pemandu junior terbaik semasa MRC tahun lepas akan memandu dalam kelas 1.6 dan saya amat berterima kasih kepada UMW Pennzoil yang sentiasa menyokong kami,” katanya.
Pusingan kedua MRC akan berlangsung dari 17 hingga 18 Julai di Bahau, Negeri Sembilan.
-Mak Uia-
Popularity: unranked [?]
Related posts:









dasat………
good luck!!
org luar…
pergh….rali buek kek kampung den tu poik!tapi bahau ado trek ko ek?ko buek kek palong or seghoting?
Dasat wo drebar Jepon ni…tp kalo kat luar KL mmg gua takleh tgk la…area2 KL pon selalu miss…rugi2
Kek tompet den ni woi Seghoting Hilir.
Den nk g tgk esok ni
salam…emm..encik semua ni dari mana??orang main drift kereta ni kat mana?boleh saya nak join sorang?emm.. kalau boleh,ni nombor telefon saya : 0145111226
alo nasa…
ni bukan game drift…ni rally…meh la ke Bahau hari ni atau esok kalau berminat.
ok tgu gua kat simpang. gua igt nk jual topup.
melopeh…sabtu den ado kno bagi ceramah…ahad lak tak sihat…ghugi2…