Gambar: Suzuki Swift Baru!

Suzuki Swift.006

Sebelum ini saya ada poskan gambar Suzuki Swift terbaru, model generasi ketiga ini mengekalkan desain asas lama dan akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini.

Gambar terbaru ini lebih lengkap, ada belakang, tepi dan interior. Swift adalah model cari makan Suzuki dan di India sana merupakan kereta sejuta umat macam Honda Jazz di Indonesia dan Perodua Myvi di negara kita.

Suzuki Swift.002

Penggunaan besi yang lebih kuat menjadikan kereta ini lebih ringan dan kuat dan impak keselamatan yang lebih baik untuk pejalan kaki dan penumpang. Kereta ini 90mm lebih panjang, 50mm lebih lebar dan 100mm lebih tinggi. Pengendalian juga lebih true katanya berbanding Swift lama dan kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.2 liter Dual VVT berkuasa 94PS pada 6,000rpm. Enjin 1.3 diesel pula bakal dipasarkan pada awal 2011.

Setakat ini tiada berita lagi pasal Suzuki Swift Sport.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Popularity: unranked [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Suzuki Swift Baru ni Jo!
  2. Suzuki SV650S
  3. Suzuki Alto SZ-L Special Edition
  4. SUZUKI GSX-R750: Kita Layan Superbike!
  5. Kia Optima Baru!

15 Komen lu orang:

  1. lebih kurang sama macam yg lama jer….

  2. ape bezanyer?…same jer…

  3. punggung dia seksi……..

  4. bontot lebih lentik……

  5. euewwwww gal like swift………i like veyron yeah yea yea

  6. harga…?

  7. dh tentu mahal 5-6 ribu dari yg skrg nih

  8. tgok btul2 kt headlight die… radius die lg tajam…
    swift lama lmpu die agak besa radius die…

  9. lampu sama besar dengan tayar. hahahaha

  10. beli la weii

  11. 1.2 aje cc dia? takleh tapau laa myvi gua (riak sikit aje.. lelebih tak baik.. hehe)

  12. boleh tak desain(design) tu ditukar kan kepada rekabentuk..berkelat mata aku tgk bahasa melayu mcm ni…

  13. dbdp

    Minta maaf kerana mata saudara berkelat. Sekadar berkongsi, desain adalah bahasa Indonesia yang ulang kali digunakan dalam Geartinggi [GT]. Saya fikir selain bahasa Inggeris adalah molek untuk menggunakan bahasa Indonesia kerana negara tersebut lebih hampir dengan negara kita berbanding negara-negara Inggeris.

    Selain dari perkataan desain, saya juga lazim menggunakan perkataan ‘tim’ juga dari bahasa Indonesia.

    Untuk rujukan saudara dan sekutu, laman web ini: http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx boleh digunakan bila perlu.

  14. die punye lmpu dh mcm fairlady….

  15. kalau nak tgk rupa facelift suzuki swift 2011 sila tgk kt suzukimalaysiachimomoi@wordpress.com..
    terlebih dahulu saya berikan kredit penuh untuk Geartinggi.com

    kalau nak detail pasal harga baru sila kol 017-9389697(eddie)”

Lu komen kat sini: