MRSC: Rali Mesra Penonton! [DITUNDA!]
KEMASKINI 7.32 Mlm, 30 Julai: MRSC yang dijadualkan besok dan lusa terpaksa dibatalkan akibat masalah yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amat dikesali.
Peminat rali lokal biasanya menonton perlumbaan rali di ladang kelapa sawit, tetapi tidak pada 31 Julai dan 1 Ogos ini apabila pusingan kedua Kejohanan Rali Sprint KBS Pennzoil (MRSC) akan diadakan di Malaysia Agro-Exposition Park (MAEPS), Serdang. Lokasi ini hanya 30 minit dari bandaraya, Kuala Lumpur.
“MRSC adalah mengenai peserta dan penonton, pusingan pertama yang dilepaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini diadakan bersebelahan Litar Antarabangsa Sepang dan kali ini di MAEPS, sangat dekat dengan KL dan lengkap dengan pelbagai fasiliti,” kata Gunaseelan Rajoo, Pengarah Acara MRSC.

Selain dianjurkan berhampiran bandaraya, acara ini bakal menawarkan kepada peserta dan penonton suatu yang berbeza apabila pusingannya diadakan pada waktu malam dan serentak dengan perlumbaan drift.
“Rali malam adalah suatu yang baru untuk rali lokal, saya percaya yang ianya akan membuat kedua pelumba dan penonton teruja dan pada masa yang sama juga perlumbaan drift diadakan bersebelahan dengan litar rali, ini adalah acara permotoran semua dalam satu yang tidak patut dilepaskan!,” kata Gunaseelan.
Sementara itu, Pasukan Rali 1Belia 1Malaysia (1B1M RT) yang terdiri dari sepuluh pemandu dan pemandu arah dijangka akan mempertahankan trofi pasukan terbaik yang dimenangi pada MRSC lepas. Pasukan ini ditaja oleh UMW Pennzoil Sdn.Bhd. dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
“Bakat-bakat muda ini adalah masa depan rali lokal, mereka perlu disokong dan dengan pertolongan Pennzoil, KBS dan penaja lain kami akan membantu mereka, kereta, kru dan lain-lain ditanggung oleh kami, mereka tidak perlu risau mengenai perkara tersebut, apa yang mereka perlu ialah fokus dan nikmati rali ini,” tambah Gunaseelan.
Antara bintang 1B1M RT adalah Magendran Arunasalam, Kenneth Koh dan Mohd Shafiq Samsuddin dan menjadi penanda aras dan cabaran untuk pemandu muda tersebut ialah bekas pemandu Kejohanan Rali Dunia (WRC), Saladin Mazlan dari Pasukan Rali Felda yang akan memandu Proton Gen.2 4WD Turbo. Semasa pusingan pertama beliau disebut-sebut bakal menjadi juara namun terpaksa bersara kerana keretanya mengalami kerosakan stereng dan status tersebut tercicir kepada juara rali dari India, Lohitt Urs.
Lebih dari 30 pasukan dijangka akan bertanding dalam rali 10 pusingan pada hujung minggu ini dengan pemandu dan pasukan profail tinggi seperti Muhammad Rafiq Udhaya, peserta Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan Muhammad Siraj Abdullah dari MRU Motorsports, Faidzal Alang dari GRS Pennzoil Racing Team dan Nik Ammar Mohd dari Sukimi Sam Rally Team.
Hari pertama rali (permukaan jalanraya) akan bermula pada pukul 4 petang, Sabtu 31 Julai dan berlangsung hingga malam. Hari kedua (permukaan tanah) bermula dari pukul 9 pagi hinggalah 3.30 petang pada Ahad, 1 Ogos. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan, layari: www.mrsc.com.my.
-Mak Uia-
ps: Berita Hangat: Sutan Mustaffa akan turut bertanding!
Popularity: 8% [?]
Related posts:


















Alamak…gua nak pegi ni tp sabtu kena keje plak sampai malam…adoiii…cis…potong betul la kompeni gua ni
gua kena balik kampung pulak..tapi kalau sempat, ahad gua boleh singgah dari Melaka
da agak da…faidzal alang da jeng..jeng..jeng..da smlm..
bgus ar de program2 cmnie..truskaaaann…
Samala mcm gua pun dh agak sama mcm lu……….lu ni bau2 bacang ngn gua kerrr?
Kecoh arrrr matpon ni…keh…keh…keh
mesra penonton…???!
yg aku tahu cume mesra pelanggan….
hahaha….
gua xbau2 bacang ngn lu la matporn..
gua bau2 bacang ngn faidzal alang jer..ari2 tgok muka dia…
asal tgok buletin utama je kuar muka dia iklan petronas..
giler..berita 1 jam,iklan petornas da 45minit…pe cerr..
aik….hahaha…jgn salah faham….iklan petronas tu bukan gua….cuba tengok balik btui btui nama kat iklan tu….Faidzil la…bukan Faidzal…..abg gua tu hehe