Rally X Pusingan 2 2010, Motocross Seterusnya!

Dianjurkan pada 20 Jun lepas, pusingan kedua WMK-MAM-SIC Rally X adalah acara yang kesepuluh sejak siri ini dianjurkan bermula tahun 2008. Dengan lebih ramai muka-muka baru mengambil bahagian pada pusingan kali ini, Rally X telah membuktikan tanpa ragu-ragu lagi yang ini adalah siri rali terbaik untuk mereka bermula. Slot baru yang dimasukkan pada rali kali ini ialah kelas basik pemanduan rali secara PERCUMA dari pemandu rali yang tidak asing lagi, Gunaseelan Rajoo dari GSR Pennzoil Motorsports.

Persaingan untuk merebut masa terpantas acara [FTD] cuba direbut oleh pemandu tim Rali 1Belia 1Malaysia, A.Magendran dan Jurutera sukan permotoran berpengalaman, Brian Palmer masing-masing dengan jentera Mitsubishi Lancer MR dan buggy Interformula. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Magen dengan kelebihan 0.5 saat. Persaingan lain juga menyaksikan penonton tidak berganjak dari tempat mereka. Dan ada antara mereka tidak melepaskan peluang bergambar dengan ratu rali lokal, Gina Finanza dan pemilik buggy, Shukor ‘Baja’ Hamid.

Antara tim yang bertanding adalah Proton Replica Rally Club, GSR Pennzoil dan pembuat kereta China, Chery dengan sebuah SUV Tiggo. Dianjurkan oleh Wheelspin Events dengan kerjasama GSR Pennzoil, One Communications Sdn. Bhd. dengan sokongan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia [MAM] dan Litar Antarabangsa Sepang [SIC], siri ini dianggap sebagai sukan rali akar umbi yang sangat popular di kalangan peminat sukan rali.
“Saya sangat gembira dengan bantuan mereka, kami telah dan akan sentiasa menempatkan sukan rali di tempat yang sepatutnya”, kata Jagjeet Singh, Pengarah Urusan Wheelspin Events.

Sementara itu, wakil penaja, Cik Guanne Khoo mengatakan penglibatan mereka dalam Rally X adalah untuk membantu penganjuran sukan yang mesra-bajet ini. “Hasil dari penajaan ini, kualiti Rally X dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama menarik lebih ramai bintang rali masa depan”, ujarnya.
“Siri Rally X adalah tempat terbaik untuk tim kami mencari bakat baru dan melatih mereka untuk menjadi juara baru rali tempatan”, kata Gunaseelan Rajoo dari GSR Pennzoil Racing Team. “Dengan RallySprint akan datang ini, pemandu boleh menggunakan Rally X sebagai platform untuk mereka beralih nanti”, tambah beliau lagi.

Pusingan 3 Rally X akan dianjurkan pada Oktober depan dengan satu lagi acara baru iaitu Motorcross jemputan. Untuk maklumat lanjut, hubungi 012 212 3260 atau emel: boss@wheelspin.my
Sumber & Foto: Wheelspin
-Mak Uia-
GT menggalakkan pelaburan yang sah dan halal. Sila semak sebelum membuat pelaburan.
Popularity: 9% [?]
Related posts:




















makin teruja pulak gua dengan rali ni..
Min…3rd round nnt kalo nak gi roger2 la gua..hehe..
Mak…Gua melabur kat ASB & ASW jer…
~GT menggalakkan pelaburan yang sah dan halal. Sila semak sebelum membuat pelaburan~
err..pelaburan apa ni mak??
mne pict ratu rali lokal, Gina Finanza??
Gina Finanza yg bawak kete Satria kaler merah WFX 6765 tu..
gua terus takde simpanan patah lagi pelaburan.apapun rally memang terbaik la jo!!!
camne carenye kalo nak masuk rali nih? bleh men masuk cmtu je ker?
NAK MASUK RALLY X..TAKYAH ROLLCAGE PUN XPE..APA2 MASUK FB KAT PROTON RALLY REPLICA CLUB